ok, aku cerita satu persatu... Bermula dengan LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN yang bakal diadakan pada 27hb Okt 2009, jam 6.00pm kat Sport 7, Wangsa Maju... Risau jugak, apabila aku melihat kepada kehadiran pada Selasa dan Khamis minggu lepas... Hari Selasa hanya 9 orang saja yang muncul... kemana hilangnya yang lain... untuk menyedapkan hati, mungkin pakat pakat pergi tengok KELANTAN vs KL PLUS kot... Khamis pulak kehadiran agak

Kemudiannya, cerita mengenai Friendly KL Pendidikan dengan 2 team yang hebat... GRENLAND FC dan SALA "O" FC... ungkapan yang boleh aku katakan kat sini... hebat, cantik dan berbaloi...
Friendly KL Pendidikan dengan Grenland FC ni merupakan kali ke-3... kebangkitan mereka

KL Pendidikan tetap memberikan cabaran... Keeper Ramlie dah mula bersemangat... banyak menyelamatkan gawang... gandingan Defend jugak berjaya mengekang pihak lawan... cuma bahagian serangan agak tumpul, peluang ada tapi kurang berjaya menafaatkan peluang tu.... banyak cubaan yang tersasar... nampaknya kita kene mantapkan lagi serangan ni... jadi apa keputusannya malam tu?... he..he..he... KL Pendidikan tewas...

Sedikit gambar-gambar yang sempat aku snap...
Seterusnya, KL Pendidikan berfreindly dengan team SALA 'O' FC pulak... perghhhh... habis

aku perhatikan mereka ni... memang mengunakan sepenuhnya skill individu mereka...tapi tak de sampai tahap mengentel bola sorang sorang... bila kami rapat jer... terus passing... then berlari mencari ruang...

KL Pendidikan cuba bangkit... cuba mengikut corak mereka...tapi tak berdaya... walaubagaimanapun, seperti friendly kami dengan Grenland... banyak cubaan yang jauh menyimpang... serangan agak tumpul... kena perbaiki lagi ni... Keputusannya...he..he..he... KL Pendidikan tewas lagi...

Tahniah kepada kedua dua team ini... GRENLAND FC dan SALA 'O' FC... kerana berjaya menunjukkan satu permainan yang amat bermutu...
Adios