
Sebelum aku melaporkan aktiviti friendly ni... Aku ambil peluang ni nak ucapkan
SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgu... Walau dimana kita berada... Insa'allah ada anak murid yang sedang mengenang kita... Keikhlasan anda semua menjadi dorongan kepada anak-anak kita...
SELAMAT HARI GURU...

Ok, kita teruskan... sebenarnya team KL Pendidikan baru jer menyertai
FRIDAY FUTSAL.... oleh kerana keletihan yang amat sangat... Aku jadi tak boleh nak tido...terkebil-kebil dalam gelap... So, aku bukak balik PC ni dan cuba tulis sikit pasal friendly ad-hoc dengan
MAT ZU FC ni... yang FRIDAY FUTSAL aku tulis kemudian...save the best for last.... he...he..he....
Team MAT ZU ni, sebenarnya Kombinasi beberapa jabatan kerajaan..ada Polis, ada cikgu, ada JKR dan lain-lain lagi...kiranya team majmuklah ni... Aku kenal MAT ZU ni pun sebab dia main

utk MyLib FC nyer team... Aku dapat panggilan dari MAT ZU untuk wat friendly tengah hari... then aku follow up dengan MUSANNEF... bos kata layan...he..he..he... so, malam tu (12hb Mei 2009) berlangsunglah friendly ni... Mat Zu sampai lewat sebab lekat dalam hujan...
Seperti kebiasaan, KL Pendidikan membuka jaringan seawal permainan.... 3 gol direct... mungkin team Mat Zu ni masih belum panas lagi... selepas tu, barulah nampak kesungguhan mereka mengejar.... gol demi gol mereka jaringkan... Keeper

RAMLEE nampak nyer dah semakin meningkat dan sudah mula beraksi sebagaimana sepatutnya...banyak jugaklah dia selamatkan gawang... Atan seperti biasa, merobek hati pihak lawan dengan sepakkan kencangnya..berdesup pergi bola tu... dan kebanyakkan gol KL Pendidikan terhasil daripada crossing depan gol lawan... sekali sekala Atan dan MUSANNEF dengan sepakkan berbisanya...
Team Mat Zu ni daripada segi stamina agak tinggi... tetapi mereka jarang shooting bila mempunyai peluang... tapi man marking mareka baik... Jadi disinilah kekuatan stamina diperlukan... Daripada perbualan, team ni jarang-jarang main bersama jadi, mungkin kesefahaman masih kurang... tapi yang penting semangat kesukanan... terima kasih kerana sudi berfriendly dengan kami... Line Up KL

Pendidikan...
Atan, Ramlee, Musannef, Adha, Nusi, Aku dan Faizal....
Selepas berhempas pulas...KL Pendidikan berjaya mengekang pihak lawan dengan 14 berbalas 9

Sedikit gambar-gambar yang berjaya ditangkap...
Adios
0 comments:
Catat Ulasan