Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' ."
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2nrIbDlisrsk2pELzbRxzAzdlJMczivcFgtUAlzfpNPaXS2avknccwKamc0CKFZiqsPuPreP1gZDxkhj06DHbZeoWIrWDqJB7Swau-pKLOkg6Bo7PJFBSu3B_fF-MHKkj5ynnLZLHB5U/s400/puasa.gif)
Ok, sedikit laporan mengenai friendly KL Pendidikan...jadi minggu ini, kami bertemu dengan 2 team yang kapitannya bernama BOY... kebetulan pulok... Jadi, aku bagi nama team FIRST TOUCH A.K.A BOY selayang dan Team BOY BAD... kenapa pulok team BOY BAD?...he..he..he... Boy ni sebenarnya selalu main badminton dengan team MUSANNEF... jadi aku singkatkan jer jadi BOY BAD...
ok, KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team FIRST TOUCH... Boy ni selalu jugak sms aku nak set friendly, tapi kebetulan court tak de... jadi terpaksalah tangguh dulu hingga pada 19hb Ogos 2009... Kali ni ni line up KL Pendidikan
Team Boy ni dari pandangan peribadi aku lah, memang biasa main bersama kerana sistem mereka bermain sama seperti team FUTSALRIA dan PRESTASI. Mereka akan menunggu dikawasan mereka bila mereka hilang bola... Jadi, Aku dan Atan perlu bergerak lebih untuk mencari ruang bagi membuat jaringan... KL Pendidikan biasanya bermain dengan 2 penyerang dan 2 defend... Jadi apabila line up berubah,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix9ONpFz1alZ0MyEzC64ysQg6Z46EbuGPKutLahyphenhyphenwGJebW6EsPK44sgZT6VSEhBirNdlshvwjHvwHEhbSrkwzLecb3MlgDv52YP3bHh5xEHof_-tVpj_ASK5rL1HvKniE58eDQEuKDJgA/s320/firstTOUCH.png)
Seterusnya, pada 20hb Ogos 2009, Kami sekali lagi bertemu dengan team BOY...kali ini TEAM BOY BAD...singkatan kepada "BADMINTON"... friendly ni di set oleh MUSANNEF... pada mulanya kami akan bermain diatas court RUMPUT SENTETIK tu...tapi malam tersebut, KADER berjaya mengubah court... dapatlah main atas DEKOFLEX...terima kasih KADER.... Dari
Diawal permainan, KL Pendidikan hanya ada 5 player sahaja, nasib baik MUSANNEF sempat menjemput POK PEK... adalah jugak engine spare nanti...
Team BOY BAD ni, membuka jaringan dan segera dibalas oleh KL Pendidikan, namun mereka terus membuka jaringan demi jaringan... Lotih jangan cakaplah, sebab sebelah petang tu, dah ada sesi mengeluarkan peluh...he..he..he...
Game malam ni, benar-benar sengit, mencabar fizikal dan mental... tetapi, KL Pendidikan sudah hampir memperolehi corak permainan selepas tersentap dengan 3 kekalahan berturut-turut baru ni... Jaringan berbalas jaringan... sangat sangat perit dan sengit... dihujung hujung permainan, salah sorang player mereka injured... walaubagaimana pun, permainan tetap berkualiti.. Jaringan ATAN disaat akhir minit permainan telah berjaya memberikan perbezaan mata... KL Pendidikan 17 dan Team BOY BAD 16...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqxt11Q7pT-ylym0vUn3uku0EHiWQFtmFDd8D-sjdwg8BbpiSHZJY6E__UI9b9JSjnYbqlxYlqzaL7TZ-J9QyYB9xlofhyGSLEQxZ_H34yUpZ5CLDZ3mt6b80qq3NTFKhroNr9XVKp1Xg/s320/Boy+BAD.png)
KL Pendidikan akan menutup tirai FRIENDLY ni untuk sepanjang bulan ramadhan ni, tetapi bergantung kepada keadaan jugak... Kalau player setuju. mungkin kita boleh set selepas solat Tarawih... TETAPI, atas persetujuan ramai, SESI MENGELUARKAN PELUH akan diteruskan selepas cuti sekolah ni... Kita akan main malam jam 10.00 hari yang sama...SELASA dan KHAMIS...jadi tunggu khabar berita... pihak pengurusan akan menghantar SMS makluman nanti... akhir sekali...SELAMAT BERPUASA...
gambar-gambar friendly yang sempat diambil
Adios
2 comments:
salam pembetulan team boy selayang...xsedap ar cikgu kiteorang memeng ada name pun FIRST TOUCH SILA TENGOK KAT GOFUTSAL ...cume xnk bgtaw ramai sebb line-up tengah pincang skunk
oooo...he..he..he..ok..akan dibuat pembetulan dengan kadar yang segera...sori...
Catat Ulasan