Pada awalnya aku ada mencadangkan pada pengurusan untuk adakan friendly... tapi memandangkan agak lama dah tak main, jadi takut stamina... chemistry lari..jadi MUSANNEF cadangkan agar kita main di sesi mengeluarkan peluh dulu... bila dah ok...baru cari rakan friendly... dan Rakan friendly yang pertama dalam bulan ramadhan ni...bulan yang penuh keberkatan ni adalah PAP FC... PAP FC ni terdiri dari kaki tangan sokongan Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur... mereka ni lah yang jadi NAIB JOHAN tournament PSKPP-KL Pendidikan baru-baru ini...
Ok, line up semalam...MUSANNEF, RAMLI, BOB, NUSI, ATAN, FAIZAL, UST. ZURASNI, POK CEK dan AKU... he..he..he... semalam buat julung julung kalinya, KL Pendidikan ada 2 keeper... RAMLI bersemangat waja semalam... mungkin kalu menang, banyak story bila jumpa rakan PAP nanti...
Tapi harus diingat, lawan KL Pendidikan bukannya calang-calang team, mereka mempunyai corak permainan mereka tersendiri... tapi semalam mungkin kerana lama tak main atau main pada bulan ramadhan jadi rentak mereka agak longgar... terutama pada bahagian serangan... peluang ada tapi agak tersasar... Tapi yang penting semangat melawan tu tetap ada... kedua dua keeper mereka beraksi dengan cemerlang... sekiranya mereka berfriendly dengan lebih kerap, mungkin bisa pergi lebih jauh...
Apa - apa pun, semalan merupakan permulaan yang bagus untuk KL Pendidikan... kerana berpeluang berfriendly dengan team yang bagus... Jadi keputusan semalam... 19-9...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic7-RLQy3SXRjuS5zBnG3CuvN72mAyODLYrLrDUQ2frqNs6YPh6zg_m741jzSR7z61b3CFjH-yL1ETTZCfAVz5JI8MYcE8ocwRmPeyJDeqmUCRmLntLa-BK5RVe02kH9F5Bj_fPcxD1S4/s320/PAP.png)
Seperti biasa, sedikit gambar yang sempat aku snap semalam...
P/S: dikesempatan ni, kepada warga KLP, selamat menyambut hari raya aidilfitri...
Adios
0 comments:
Catat Ulasan