Aku nak memperkenalkan design terbaru jersey KL Pendidikan... tercetusnya idea ni, masa aku kat sekolah...sambil lepak-lepak dan berborak dengan cikgu-cikgu di stor sukan... terlintas dikepala untuk design logo yang baru...yang nampak agak agresif...he..he..he...
Logo kali ni aku gabungkan seekor naga dgn image orang tengah sepak bola... mula tu aku nak masukkan image api...tapi tak berapa sesuai... kebetulan terlintas seekor naga yang ada shape seakan-akan api...
Artwork asalWarna pilihan, kali ni adalah MERAH... sesuailah aku rasa dengan design baru tu... aku hantar untuk printing dan lebih kurang 2 minggu... tauke kedai pos jersey tu balik... jadi sempatlah kami pakai untuk friendly dengan team MRSM tempoh hari...
Logo
Pandangan DepanPandangan Belakang Design ni, sekiranya mendapat persetujuan, mungkin akan gunakan untuk ahli KL Pendidikan yang lain... tetapi mungkin mengunakan warna yang berbeza... sama ada Oren atau Hijau Muda... Jadi kepada ahli KL Pendidikan di sesi mengeluarkan peluh...tunggu akan kehadiran jersey kita...
adios
0 comments:
Catat Ulasan