Ada juga rakan-rakan futsal bertanya, KL Pendidikan tak de friendly ker sejak awal tahun baru ni... bukan tak de... tahun ni kami ambik keputusan nak berfriendly setiap hari RABU... sekali jer seminggu... maklumlah komitmen jugak dah bertambah...
Untuk makluman semua, KL Pendidikan dah mengadakan 2 friendly lewat tahun lepas dan 6 friendly seawal tahun baru dengan team-team yang hebat-hebat belaka... he..he..he.. Oleh kerana terlalu banyak, friendly yang aku perlu cover, jadi edisi kali ni aku akan laporkan seringkas meringkaskan karangan tingkatan 3... he..he..he... tak ingat dah macam mana suasana masa friendly tu... sori sekali lagi...
Pada, 16 Disember 2009 KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team KITARO FC dalam persediaan mereka untuk menyertai iMETRO Grand Final di Seberang Prai... Mereka berjaya menunjukkan prestasi yg membanggakan...KL Pendidikan tewas...
Seterusnya pada 30 Disember 2009 selepas Menyambut AidulAdha..KL Pendidikan bertemu dengan team X-BOUNDERS... mungkin banyak sangat makan daging... So, KL Pendidikan hanya Mampu seri sahaja...
OK, seawal 6 Jan 2010, KL Pendidikan Bertemu dengan team JUNIOR FC... merupakan team pelapis bagi team SJFC... KL Pendidikan tewas tipis...
Kemudian pada 13 Jan 2010, KL Pendidikan sekali lagi mengadakan Friendly dengan team FIRST TOUCH... kali ini mereka datang dengan untuk berjaya dan mereka berjaya menewaskan KL Pendidikan
Pada 20 Jan 2010 pula, kami bertemu pula dengan team STREET TEAM... jauh merantau team ni...selalu bergerak mencari pengalaman... KL Pendidikan tewas tipis lagi...he..he..he...
Seterusnya pada 28 Jan 2010, Kami menerima jembutan daripada SHAM KICK-KA untuk freindly... Friendly yang sengit... walaubagaimana pun, KL Pendidikan tewas tipis, bila saat-saat terakhir mereka menjaringkan gol kemenanggan...
03 Feb 2010, Aku meerima jemputan team ONE3RD untuk friendly kat Ampang, Sport Planet... Friendly yg benar-benar friendly... kali ni, kami menggunakan khidmat refree... Friendly ini dijalankan dalam 2 set... set pertama KL PENDIDIKAN berjaya menewaskan ONE3RD, tetapi set kedua mereka berjaya mendahului team KL Pendidikan... walaubagaimanapun total score yg dikira menyebelahi team ONE3RD...
dan friendly yang terakhir sebelum cuti Chinese New Year adalah dengan team KICK-KA sekali lagi... Kali ini, KL Pendidikan turun dengan FULL TEAM... Komitmen yang ditunjukkan oleh player amat amat dihargai... Aku lupa nak bagi tahu semua, kali ni KL Pendidikan telah menjemput 2 player baru untuk bersama-sama mengharungi friendly... SHAHRUL mempunyai skill seperti ATAN dan stamina yang tinggi...paling best, sepakkan kaki kirinya...berdesupppp... Sorang lagi, SYAZWAN yang bermain diposisi Keeper... Jadi Keeper RAMLEE adalah masa untuk relex sikit... Setelah KL PEndidikan mengharungi 6 kekalahan dan 1 seri... Kali kami berjaya mencari motivasi untuk friendly seterusnya..kami berjaya menewaskan team KICK-KA...
Kalah atau menang bukan menjadi ukuran disini, tetapi semangat yang dipamerkan...bersama-sama komitment yang menjadi ukuran... selama aku manage team ni, apa yang aku benar-benar suka adalah kerjasama yang diberikan... aku harapkan tahun HARIMAU ni akan membuatkan KL PENDIDIKAN terus mengaum dan hari-hari mau...
kita jumpa lagi...
adios...
0 comments:
Catat Ulasan