Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

last Frindly sebelum Hari Raya menjelma... KLP vs PORON FC

Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Banyak makan lemang... Kuih muih... So, badan ada sedikit letih lesu...lebih lebih lagi tak bersenam sepanjang cuti raya baru ni... So, sesi menternak lemak berlangsung dengan jayanya...

Ok, berbalik kepada aktiviti dan friendly KL Pendidikan sebelum hari raya ari tu... selepas kecewa dengan sesi mengeluarkan peluh yang terpaksa dibatalkan kerana court yang di booking terlepas ke tangan orang lain... mungkin pekerja baru tu tak perasan... kita orang biasa main dulu..baru bayar...he..he..he... booking pun booking dengan air liur je dulu...then datang main and bayar fee lepas tu... So, ada sedikit kekeliruan... Jadi, dek kerana gian malam sebelum tu... aku terus set friendly last minit...nasib baiklah team PORON ni bersetuju nak main... tapi kita orang start main jam 11.00 malam... on 16 September 2009...

Sebenarnya, KL Pendidikan pernah friendly dengan PORON FC ni... masa awal awal penubuhan team ni dulu... Tapi apa yang menarik kali ni... KL Pendidikan bermain tanpa kedua-dua keeper... RAMLIE masih lagi sibuk round KL mencari baju raya dan BOB pulak demam... Jadi, terpaksa mengunakan khidmat keeper import... MUSANEEF dan POK CEK... dan dua-dua sama hebat...he..he..he... banyak jugaklah menyelamatkan gawang KL Pendidikan...

Rata-rata permainan malam tu, memang best... simple and easy... dan team PORON ni memang berbaloi untuk diajak untuk friendly...sebab mereka bermain dengan perasaan...he..he..he... so, if ada team diluar sana ingin friendly or nak test skill... boleh try ajak PORON FC ni...


keputusannya... jeng..je.. jeng...


Malam tu aku ada ambik gambar...tapi macam biasa...bila nak upload gambar jer, mesti problem...ok..akhirnya setelah bertungkus lumus...akhirnya berjaya mengupload sedikit gambar malam tu...



adios

P/S : sesi mengeluarkan peluh dah bermula... Khamis 01 Oktober 2009 mula pakej kita...hari macam biasa...SELASA dan KHAMIS, jam 6.00 petang.... mari beramai ramai...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Mari pakat-pakat tinggalkan ucapan anda...



Salam semua...

Ok, hari ni dah masuk hari yang ke-21 kita berpuasa... Ramadhan sudah nak beransur pergi... Syawal akan menjengguk kita... Jadi aku sediakan satu slot ni, untuk warga KL Pendidikan saling bermaaf-maafan...

Anda semua boleh lah tinggalkan ucapkan-ucapan yang bernas, madah berhelah dan kata-kata bidalan untuk sesama ahli KL Pendidikan (terutama kepada RAMLEE), untuk keluarga, isteri, isteri kedua dan isteri seterusnya, suami, anak, anak penakan, rakan sekerja, jiran anda, jiran kepada jiran anda dan kepada kepada siapa saja yang terlintas difikiran anda...

Caranya:
  1. Klik butang "Comments" kat bawah ni.
  2. Isikan ucapan anda pada ruang "catat ulasan"
  3. masukkan maklumat yang diperlukan pada ruang "ulas sebagai"
  4. Setelah selesai, klik butang "Catat Ulasan"
  5. Memasukkan urutan Kod yang diberi pada ruangan yang disediakan
  6. Klik butang "Catat Ulasan"
Jadi, marilah kita saling maaf bermaafan...

adios

1st Friendly Dalam Bulan Ramadhan... PAP FC

Selamat Berpuasa sekali kepada semua ahli KL Pendidikan dan para - para pembaca blok kami ni... dah masuk hari ke 20 hari kita berada di bulan yang mulia ini... sekejap jer masa berlalu... Naik dari cuti baru ni, sesi mengeluarkan peluh dah disambung semula...tapi kali ni, kita main belah malam...lepas solat terawih...jam 10.00 malam... Sambutan masih lagi seperti biasa...ramai dan hangat sambutan nya...

Pada awalnya aku ada mencadangkan pada pengurusan untuk adakan friendly... tapi memandangkan agak lama dah tak main, jadi takut stamina... chemistry lari..jadi MUSANNEF cadangkan agar kita main di sesi mengeluarkan peluh dulu... bila dah ok...baru cari rakan friendly... dan Rakan friendly yang pertama dalam bulan ramadhan ni...bulan yang penuh keberkatan ni adalah PAP FC... PAP FC ni terdiri dari kaki tangan sokongan Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur... mereka ni lah yang jadi NAIB JOHAN tournament PSKPP-KL Pendidikan baru-baru ini...

Ok, line up semalam...MUSANNEF, RAMLI, BOB, NUSI, ATAN, FAIZAL, UST. ZURASNI, POK CEK dan AKU... he..he..he... semalam buat julung julung kalinya, KL Pendidikan ada 2 keeper... RAMLI bersemangat waja semalam... mungkin kalu menang, banyak story bila jumpa rakan PAP nanti...

Dari pandangan aku, corak permainan KL Pendidikan lebih teratur... banyak pergerakkan dalam gelanggang mencari ruang... 1 - 2 touch... dan formation masih lagi seperti dulu... 2 striker dan 2 defend... Walau bagaimanapun, banyak percubaan dapat dipatahkan oleh keeper mereka... thumb up untuk keeper mereka... Sekali sekala mereka dikejutkan dengan sepakkan kencang daripada ATAN... tapi kebanyakkan jaringan gol KL Pendidikan terhasil daripada simple crossing depan gol.

Tapi harus diingat, lawan KL Pendidikan bukannya calang-calang team, mereka mempunyai corak permainan mereka tersendiri... tapi semalam mungkin kerana lama tak main atau main pada bulan ramadhan jadi rentak mereka agak longgar... terutama pada bahagian serangan... peluang ada tapi agak tersasar... Tapi yang penting semangat melawan tu tetap ada... kedua dua keeper mereka beraksi dengan cemerlang... sekiranya mereka berfriendly dengan lebih kerap, mungkin bisa pergi lebih jauh...

Apa - apa pun, semalan merupakan permulaan yang bagus untuk KL Pendidikan... kerana berpeluang berfriendly dengan team yang bagus... Jadi keputusan semalam... 19-9...


Seperti biasa, sedikit gambar yang sempat aku snap semalam...





P/S: dikesempatan ni, kepada warga KLP, selamat menyambut hari raya aidilfitri...

Adios

Sesi Mengeluarkan Peluh Pertama Bulan Ramadhan...

Salam Ramadhan kepada semua warga KL Pendidikan dan pembaca blog kami ini... pejam celik pejam celik dah masuk 13 hari kita berpuasa... So, rasanya body dah dapat adjust dengan perubahan... banyak dah proses pembersihan berlaku sepanjang bulan ramadhan ni... body cleansing... banyak sisa toksik dah dibuang dari badan dan perut sepatutnya dah kurang berkerja... he..he..he... tapi???... pasar ramadhan tetap memanggil... berkoyan koyan diusungnya... he..he..he...

Banyak jugak aku terima sms dari rakan rakan yang kaki mereka dah mula mengeletar...ketar sebab nak sepak bola... air liur meleleh... gian nak sepak bola... Jadi, aku berbincangan dengan pengurus sesi mengeluarkan peluh...kebetulan semalam (2hb Sept 2009) pun court ada...jadi ramailah kawan kawan yang turun melepaskan gian...

Sesi mengeluarkan peluh kita semalam... tergelak ada...tersenyum sumbing bilo tengok kawan-kawan dan diri sendiri main... jadi betullah kata ATAN, futsal ni tak boleh tinggal lama...nanti skill hilang...sefahaman akan berkurang... stamina berganggu... tapi ada jugak rakan futsal yang
masih steady...nafas panjang...sepakan makin kencang... good...good...

Ok, seterusnya, sedikit info mengenai mini tournament tertutup kita... Hadiah sudah di beli... 3 set jersey... sah-sah, tiga tempat teratas akan mendapat hadiah... mungkin tempat ke-4 dan ke-5 jugak akan diberi t-shirt esklusif KL Pendidikan... Kat sebelah tu dipamerkan hadiah yang bakal menjadi rebutan semua... Jadi, mari kita tingkatkan stamina untuk mencari juara... Jangan lepaskan peluang ni... Masa dan tarikh akan diberi tahu... Jadi rajin-rajinlah baca blog ni...

Jeng..Jejeng... Hadiah yang bakal menjadi rebutan

Oren

Green

Red

Apa-apa pun, objektif utama adalah untuk menggalakan lagi ahli KL Pendidikan beriadah dan bermesra sesama ahli... Sekali lagi, tunggu update terkini dari pada pihak berwajib...

Satu lagi sebelum terlupa.... sesi mengeluarkan peluh kita akan bermula seperti biasa iaitu pada hari SELASA dan KHAMIS, pada jam 10.00 malam... tarikh start 8 September 2009... Meh lah beramai-ramai...

Adios...



Blog Widget by LinkWithin