Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center
Memaparkan catatan dengan label Sesi Friendly. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sesi Friendly. Papar semua catatan

Siaran tertunda: SJFC, FU SQUAD, ROYALE BLASTERS & COPA dan KL Pendidikan mencuba nasib di F5 Mini Tournament

Ketemu kembali kita di blog ni, minta maaf bebanyak sekali lagi sbb dah agak lama tak update blog ni... kebelakangan ni agak busy dengan tugasan hakiki...Kutipan data dan latihan rumah sukan... Disamping membuat pelbagai persiapan untuk Let's Futsal Mini Tournament dan KL Pendidikan-PSKPP Tournament...

Sepanjang tempoh tersebut, KL Pendidikan berkesempatan untuk mengadakan 4 friendly dengan team yang hebat-hebat... bermula dengan team SJFC, kemudian FU SQUAD dan ROYALE BLASTERS dan yang terkini adalah COPA DEL RAY...dalam tempoh tersebut juga kami ada mencuba-cuba nasib di F5 Mini Tournament di Sport Planet, AMPANG.

Kita mulakan dengan team SJFC, banyak rintangan sungguh sebelum mengadakan friendly kali ni...pada awalnyer aku ajak team ADBRANKA FC untuk friendly... dah set cantiknyer, tetiba pada hari kejadian 24hb Feb 2010 apabila aku confirmkan balik dengan kapten ADABRANKA FC, dia kata ada di kampung kerana datuknyer tak sihat... dan yang bestnyer team dia pun tidak diinformkan lagi pasal friendly pada malamnyer...nak tak nak aku terpaksa mencari team lain...nasib baiklah team JUNIOR FC sanggup untuk mengisi kekosongan tersebut... tapi yang datang malam tu adalah team senior mereka iaitu SJFC... apa-apa pun lawan jerlah... yang penting friendly dan mengeluarkan peluh....

Walau pun telah mencuba, mungkin faktor usia yang menjadi penghalang apabila KL Pendidikan tewas untuk kali kedua dengan team SJFC ni...


Seterusnya kami menyambut undangan FU SQUAD untuk friendly (3hb Mac 2010)... ni merupakan kali kedua kami berfriendly... aku rasa seronok bila tengok kegigihan nakazato mencari player untuk set up FU SQUAD ni... Banyak sungguh perbezaan masa kami main dulu dengan sekarang... Mereka mempunyai keeper yang baik dan defend mantap...corak permainan mereka juga simple dan sekali sekali sepak kencang datang berdesup... Result malam tu...

Dengar kata, FU Squad menyertai Liga Futsal Amatur Selangor...apa-apa pun kuatkan semangat...terus berusaha.... Teruskan pencarian player yang berkualiti dan boleh bagi komitment kepada team...

Seterusnya, pada 10 Mac 2010 kami berpeluang untuk frindly dengan team ROYALE BLASTERS... team ni baru saja ditubuhkan dibawah pengurusan En. Sazali... Daripada friendly malam tu, walaupun team ni baru ditubuhkan tetapi player mereka bukan calang-calang...dah biasa main futsal... Masa kami sampai di Danau Futsal, mereka tengah friendly dengan 1 team lain...Jadinyer mereka bermain 2 jam berturut-turut... nafas panjang beb...

Entah dimana silapnyer... malam tu serba tidak menjadi... nak kata court baru mungkin gak...melekat jer bola... nak kata faktor usia, mungkin gak...(he..he..he.. ayat untuk sedapkan hati)... walaubagaimanapun saingan tetap diberikan...

Malam tu aku cukup tertarik dengan permainan yang ditunjukkan oleh salah seorang player mereka..usia masih muda rasanya...dalam 16-18 tahun jer... tapi lincah...sentiasa bergerak...matang dalam mencari ruang...banyak membantu rakan lain mencorak permainan... boleh pergi jauh kalu di monitor dengan baik... nama tak sempat tanya..he..he..he... yang pasti dia pakai seluar kuning dan kasut kuning....

Result malam tu.... KL Pendidikan tewas tipis dengan beza jaringan sebanyak 2... Royale Blasters 19 dan KL Pendidikan 17....


Last sekali pada 17 Mac 2010, kami berfriendly dengan COPA DEL RAY... team ni pakai balik nama asal mereka... dulu lebih dikenali dengan nama GRENLAND... team COPA ni pun macam FU SQUAD... mereka menyertai LIGA FUTSAL AMATUR SELANGOR... Jadi, kesempatan ini mereka ambil untuk mencari chemistry antara player mereka... oleh kerana syarat-syarat LIGA tersebut setiap team mesti mempunyai sekurang-kurangnya 12 orang player... Jadi kesersian adalah penting... teruskan perjuangan... Result malam tu...KL Pendidikan 18 dan COPA DEL RAY 15...


Dalam tempoh tersebut jugak, KL Pendidikan ada jugak mencari rangsangan dengan menyertai F5 mini tournament di Ampang, Sport Planet... 2 kali kami ke sana... Tapi nasib tak menyebelahi kami apabila diletakkan dengan team pilihan...COURT SOCCER C dan DANI FC... team yang banyak dengan pengalaman...

Aku tak nak tulis banyak sangat pasal F5 mini tournament ni... sebab kalu di kenang memang banyak yang nak ditulis...tapi aku nak highlight pasal MASA... Aku tak pasti sama ada team yang menyertai F5 Mini tournament ni perasan atau tidak...yang dijanjikan adalah 5-1-5 minit tetapi yang sebenar tidak sampai pun 5 minit... kami cuba mencari kepastian dengan set masa sendiri... memang jelas bila hanya 3 minit saja untuk separuh masa... jadi ini adalah penipuan yang halus... aku tak pastilah sama ada pengurusan F5 sedar akan menda ini atau tidak... Kalu kata KL Pendidikan berada di team yang kalah masa tu, mungkin korang kata kami emosi...tetapi pada masa tersebut kami menang... jadi kami yang menang pun rasa tidak puas hati...apatah lagi kalu team yang kalah... satu platform yang bagus untuk mencari bakat-bakat baru tetapi dicemari dengan kejadian sebegini..jadi bak kata NABIL..."lu pikirlah sendiri"....

OK... aku berenti sampai sini...nanti aku tulis lagi... gambar sepanjang friendly tu akan aku upload perlahan-lahan seperlahan speed P1 WIMAX ni...potong P1 WIMAX...jangan tak Potong...

adios...

Lama terlalu lama KL Pendidikan tidak bersiaran...

Selamat Tahun Baru semua... terlalu lama rasanya aku tak update blog KL Pendidikan ni... kenapa??... pertama sekali terlalu lalu buzy dengan tugasan hakiki... biasalah awal-awal tahun ni... buku rekod mengajar nak kene siapkan, mesyuarat mengalahkan Perdana Menteri... boleh dikatakan hari-hari... Meeting Ketua Bidang dengan Panitialah, meeting Ketua panitia dgn guru-gurulah, meeting kurikulum, meeting ko-kurikulum, meeting HEM... aku rasa kalah ahli parlimen kalu dibandingkan... dan yang best nyer, seawal bulan Januari dah diadakan Ujian Intervensi untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5... so, kene mentadbir exam tu lagi dan lepas exam, kene lah pulak menanda.... belum kira kerja-kerja pengkeranian yang lain...Data EMIS/MAP dan Borang M... Jadi, itu antara sebab musabab kenapa aku dah lama tak update blog ni... Kepada peminat diluar sana ( hebat sungguh KL Pendidikan kalu ada peminat...he..he..he..) harap teruskan bersama kami...

Ada juga rakan-rakan futsal bertanya, KL Pendidikan tak de friendly ker sejak awal tahun baru ni... bukan tak de... tahun ni kami ambik keputusan nak berfriendly setiap hari RABU... sekali jer seminggu... maklumlah komitmen jugak dah bertambah...

Untuk makluman semua, KL Pendidikan dah mengadakan 2 friendly lewat tahun lepas dan 6 friendly seawal tahun baru dengan team-team yang hebat-hebat belaka... he..he..he.. Oleh kerana terlalu banyak, friendly yang aku perlu cover, jadi edisi kali ni aku akan laporkan seringkas meringkaskan karangan tingkatan 3... he..he..he... tak ingat dah macam mana suasana masa friendly tu... sori sekali lagi...

Pada, 16 Disember 2009 KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team KITARO FC dalam persediaan mereka untuk menyertai iMETRO Grand Final di Seberang Prai... Mereka berjaya menunjukkan prestasi yg membanggakan...KL Pendidikan tewas...



Seterusnya pada 30 Disember 2009 selepas Menyambut AidulAdha..KL Pendidikan bertemu dengan team X-BOUNDERS... mungkin banyak sangat makan daging... So, KL Pendidikan hanya Mampu seri sahaja...



OK, seawal 6 Jan 2010, KL Pendidikan Bertemu dengan team JUNIOR FC... merupakan team pelapis bagi team SJFC... KL Pendidikan tewas tipis...



Kemudian pada 13 Jan 2010, KL Pendidikan sekali lagi mengadakan Friendly dengan team FIRST TOUCH... kali ini mereka datang dengan untuk berjaya dan mereka berjaya menewaskan KL Pendidikan



Pada 20 Jan 2010 pula, kami bertemu pula dengan team STREET TEAM... jauh merantau team ni...selalu bergerak mencari pengalaman... KL Pendidikan tewas tipis lagi...he..he..he...



Seterusnya pada 28 Jan 2010, Kami menerima jembutan daripada SHAM KICK-KA untuk freindly... Friendly yang sengit... walaubagaimana pun, KL Pendidikan tewas tipis, bila saat-saat terakhir mereka menjaringkan gol kemenanggan...



03 Feb 2010, Aku meerima jemputan team ONE3RD untuk friendly kat Ampang, Sport Planet... Friendly yg benar-benar friendly... kali ni, kami menggunakan khidmat refree... Friendly ini dijalankan dalam 2 set... set pertama KL PENDIDIKAN berjaya menewaskan ONE3RD, tetapi set kedua mereka berjaya mendahului team KL Pendidikan... walaubagaimanapun total score yg dikira menyebelahi team ONE3RD...



dan friendly yang terakhir sebelum cuti Chinese New Year adalah dengan team KICK-KA sekali lagi... Kali ini, KL Pendidikan turun dengan FULL TEAM... Komitmen yang ditunjukkan oleh player amat amat dihargai... Aku lupa nak bagi tahu semua, kali ni KL Pendidikan telah menjemput 2 player baru untuk bersama-sama mengharungi friendly... SHAHRUL mempunyai skill seperti ATAN dan stamina yang tinggi...paling best, sepakkan kaki kirinya...berdesupppp... Sorang lagi, SYAZWAN yang bermain diposisi Keeper... Jadi Keeper RAMLEE adalah masa untuk relex sikit... Setelah KL PEndidikan mengharungi 6 kekalahan dan 1 seri... Kali kami berjaya mencari motivasi untuk friendly seterusnya..kami berjaya menewaskan team KICK-KA...

Kalah atau menang bukan menjadi ukuran disini, tetapi semangat yang dipamerkan...bersama-sama komitment yang menjadi ukuran... selama aku manage team ni, apa yang aku benar-benar suka adalah kerjasama yang diberikan... aku harapkan tahun HARIMAU ni akan membuatkan KL PENDIDIKAN terus mengaum dan hari-hari mau...

kita jumpa lagi...

adios...

Asbestos FC... simple dan menarik....

Salam semua... kita jumpa lagi nampaknye... Ada beberapa perkara yang mengejutkan berlaku sepanjang minggu lepas... Yang paling mengejutkan pemergian ayah RAMLEE ke RAHMATULLAH... diharap RAMLEE dapat kuatkan semangat dan banyakkan bersabar... Jadi, dalam 2 friendly yang lepas, KL Pendidikan terpaksa menggunakan 2 orang keeper import... tapi masih lagi dikalangan keluarga Warga Pendidikan... terima kasih sekali lagi KEEPER BOB dan KEEPER ALIF.... Pujian harus diberikan kepada kedua-dua keeper ni atas kesungguhan yang ditunjukan... banyak jugak gol yang dia selamatkan malam tu....

Berbalik kepada friendly KL Pendidikan pada 4hb Disember 2009... Kali ni Kami bertemu dengan team anak-anak muda dari CHERAS dibawah kelolaan FARHAN.... Yang bestnyer, mereka datang dengan unform warna PUTIH...senang nak main...Kami Pakai Jersey Hitam malam tu...jadi memang contra giler.... he..he..he... malam tu FAIZAL tak dapat hadir, NUSI masih lagi kat kampung... kami hanya ada 6 orang jer.... walaubagaimanapun, saingan tetap diberikan kepada team ASBESTOS ni...

Apa yang menarik tentang team ASBESTOS ni, corak permainan mereka hampir sama dengan KL Pendidikan... mereka tak banyak mengentel bola... simple game... one-two touch jer..then passing... Gol mereka jaringkan tu pun, kebanyakkan melalui crossing depan gol... jarang-jarang sekali mereka rembat dari jauh... dan yang menarik jugak... bila sepak mula dilakukan,mereka suka rembat dari tengah ... tak kiralah ada wall ker...tak de ker...mereka mesti rembat punyalah... kembang jugaklah pungung menahannyer... Perbezaan hanyalah dari segi susun atur player... KL Pendidikan biasanya 2 diatas dan 2 dibawah... tapi mereka suka menyerang dengan 3 orang dan tinggal 1 defend...

Aku rasa mereka ni dah biasa main bersama, sebab komunikasi antara diorang memang baik... tapi stamina agak kurang... baru main dalam 1/2 jam, masing-masing dah mintak nyawa... he..he..he... aku rasa, kalu dia orang up sikit stamina, tentu buleh pergi jauh.... satu lagi aku perasan, men-marking agak longgar... tapi mungkin sebab dah keletihan yang amat kot... sebab tu jadi macam tu.... apa-apa pun welldone boys... corak permainan yang menarik...

Ok, macam mana pulak dengan KL Pendidikan malam tu...he..he..he... secara keseluruhan, agak ok... rentak dah ada kembali... malam tu menurut MUSANEEF, crossing pun dah cantik, cepat dan main pun dengan cara yang simple... one-two touch jer.... TAPI.... aku malam tu, memang hancus...sehancus-hancusnyer.... tahan bola pun terlepas... ATAN cross pun terlepas... berpusing-pusing... selalunyer kalu ATAN cross jer, aku just tunggu jer nak tap bola tu... tapi semalam... hanya tuhan yang tahu.... memang tak menjadi langsung... he..he..he... sori aaa... nanti aku wat yang TERBAIKKKK....

Walaubagaimana pun, malam tu sangat-sangat sesuai untuk KL Pendidikan mencari dan mencorak semula rentak permainan... sekali lagi thank you ASBESTOS FC kerana sudi berfriendly dengan kami...Keputusan malam tu...


Sedikit gambar yang sempat aku snap malam tu: (jap eh...biasalah..POTONG..JANGAN tak POTONG...P1 ni nak kene potong ni...)



akhirnyer berjaya...sekali lagi juga dengan bantuan DIGI...

Adios

KL Pendidikan VS adaBRANka...hmmmmm...

Apa yang patut aku tulis ni... he..he..he... hilang ingatan kejap... nak mula tu yang susah sikit...bila dah mula... laju jer... oklah kita mula dengan tarikh dulu...he..he..he... 02hb Disember 2009, KL Pendidikan berfriendly dengan team adaBRANka...

Lepas balik dari Cuti Hari Raya Idul Adha tempoh hari, player KL Pendidikan dah gian nak berfriendly... jadi aku pun setlah dengan team adaBRANka ni...rupa-rupanya salah seorang daripada player mereka tu, player untuk team PSKPP yang akan berangkat ke SABAH 2 minggu lagi... oklah, rupanyer ramai gak geng-geng yang aktif...

Berbalik kepada friendly malam tu... first time aku jumpa IM (merangkap pengurus team diorang lah ni) malam tu...muda-muda belako lagi... then terkejut jugak aku bilo dio ajak main malam tu dgn payment utk court 70-30...he..he..he... sesuai la dengan nama dio orang... seingat aku, aku dah bagi tahu yang term of payment is 50-50... mungkin dio org tgk team KL Pendidikan berumur kot... aku tak bagi keputusan sbb kene deal dengan team aku dulu...

Friendly kali ni, Keeper RAMLEE tak boleh main sebab ayahnya masuk wad... dari sumber yg boleh dipercayai kene STROKE... bersabarlah RAMLEE... "Orang yang ALLAH sayang akan sentiasa diuji"... terpaksalah minta khidmat BOB...tq BOB atas kesudian... kemudiannya, penampilan semula orang lama KL Pendidikan...SADLI...

Diawal permainan aku dok kat luar dulu, observe dulu... team mereka membuka jaringan... 2 gol berturut-turut... boleh tahan jugak dio orang ni.... permainan agak seimbang... Pada suatu ketika, KL Pendidikan mendahului mereka... dan bermulalah episode ROBUST meROBUST...he..he..he... mungkin mereka tersentak kot... Kami ni orang tua-tua belako... kalu dah main robust tu... Kami akan back off...slow down the "rentak"... jadi mereka dihadapan semula... ok pulak corak mereka...he..he..he...

Satu lagi, masa friendly malam tu, penuh dalam court dengan warna merah... rasanyer aku dah inform awal-awal pada IM, yang KL Pendidikan pakai jersey warna MERAH... mungkin tak sampai maklumat tu pada player mereka kot... nadib baiklah, Sport 7 bermurah hati bagi pinjam 2 helai bib... Jadi utk friendly yang akan datang ni aku rasa, aku kene bawak BIB lah... sebab akan mengganggu permainan...

Diakhir-akhir permainan, mereka agak tersentak bila KL Pendidikan menambah jaringan demi jaringan, walaubagaimana pun, nasib sekali lagi bukan dipihak kami, apabila KL Pendidikan tewas...13 - 15... he..he..he... tercalar atau terkesan... orang tua-tua main jer tu....

Gambar malam tu ada...tapi..biasalah... P1 WIMAX... ada yang kene POTONG ni... sebelum ada adegan yang kene potong... baik aku stop dulu...Setelah berhempas pulas... akhirnya, sekali lagi..DIGI menyelamatkan...saksikanlah...



adios....

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA semua... rupanya ada 3 lagi friendly yang lupa nak update... soriii aaaa...

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku bagi pihak KL PENDIDIKAN mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA... Lembu dan kambing dah banyak yang tumbang... lemak pun dah banyak yang diternak... ada lah tu antara ahli yang tekanan darah makin tinggi naik... sebab banyak makan daging dan banyak makan hati sebab jalan JEM dari kampung nak balik KL... terutama negeri-negeri belah Pantai Timur... Banjir pun surut...naik...surut balik... apa-apa pun, kesihatan perlu diutamakan....

Ok, ada member dah bertanya, kenapa blog KL Pendidikan lama tak update... jawapannyer senang jer.... P1 WIMAX problem lagi... aku pun tak tahulah, kenapa... setiap kali aku nak upload gambar... mesti slow... tapi kalu nak surf menda lain..ok jer... kalu ada orang P1 WIMAX yang baca blog ni..tolong jawab sikit... he..he..he....

Sebelum cuti sekolah ari tu, aku sempat arrange 3 friendly... pertama dengan team PAP lagi... banyak sungguh PAP ni nyer team... team kedua adalah 79ers, then last sebelum cuti sekolah, friendly pulak dengan team MRSM Bentong...

Berbekal semangat PAP ni... sekali lagi kami berfriendly ( 11hb November 2009), selepas diselidiki rupanya team ni adalah campuran daripada rakan-rakan PAP... rata-rata player mereka memang dah biasa main bersama... KL Pendidikan masih lagi dalam proses recovering... mencari rentak yang terbaik.... KL Pendidikan mendapat tentangan yang hebat daripada team PAP ni...saling berbalas jaringan... mungkin kami alpa sedikit sehinggakan minit-minit terakhir membiarkan mereka menjaringkan gol bertubi tubi... apabila lampu ditutup, KL Pendidikan telah ketinggalan 16-19.... tapi, mereka ingin sambung lagi untuk 1/2 jam lagi... kali ini kami tidak leka....he..he..he... tetapi tetap berbalas jaringan...sehinggalah semua lemah longlai... result berpihak kepada KL Pendidikan...16-15...




seterusnya, pada 13hb November 2009 KL Pendidikan bertemu pulak dengan team 79ers yang dikendalikan oleh DIN... aktif gak dio ni kat goFUTSAL tu.... team ni, mungkin baru get together... macam malu-malu lagi...he..he..he... tapi semangat tu yang penting... ada antara mereka yang ada personal skill yang baik, cuma men-marking agak longgar...jadi senanglah player KL Pendidikan berlegar-legar depan gol...

Lepas friendly malam tu, aku sempat borak dengan DIN, aku suka semangat mamat ni... dio sedang mencari-cari ahli yang benar benar comited terhadap futsal dan team... dio suka tengok team KL Pendidikan...ada SOUL katanyer... senang nak manage...walaupun dah berkawin tapi komitment pada team masih lagi tinggi... kembang semangkuk lah seketika...Keeper RAMLEE pun senyum memanjang...mendapat pujian melambung... keputusan malam tu... KL Pendidikan-14, 79ers-5


Bagi menutup tirai friendly sebelum cuti sekolah dan sambutan hari raya idul adha-18hb November 2009... aku set satu lagi friendly dengan team negeri jiran...Pahang... team MRSM Bentong... Kebetulan, jersey terbaru KL Pendidikan pun baru siap... Jadi malam tu KL Pendidikan merasmikan jersey baru...dengan menggunakan logo yang baru...he..he..he...

aku seronok bila berjumpa dengan team cikgu-cikgu yang semangat nak berfutsal ni...dari jauh mereka datang... team ni juga baru ditubuhkan tapi ada player mereka yang boleh main, cuma belum cukup serasi lagi...jarang nak jumpa ada sekolah yang bilangan cikgu lelakinyer yang ramai hingga boleh wat team futsal..he..he..he... dan kesempatan ini kami gunakan untuk mencari balik rentak dan corak asal permainan KL Pendidikan... tapi masih banyak yang perlu diperkemaskan... tak po lah... slow-slow kayuh... bilo lampu dipadamkan, KL Pendidikan berjaya menewaskan team MRSM dengan jaringan 22-5...


Adios..

p/s: semua gambar dan update ni, aku mengunakan broadband DIGI..."ku bersamamu"... walau hanya sekadar EDGE...tp sangat-sangat boleh diharapkan.... kenyataan ini tiada kaitan dengan publisiti DIGI, kerana aku bukan agen DIGI... aku sekadar penguna yang berpuas hati....

Liga Dalaman dah selamat dijalankan.... Friendly : 2+1...

Alamak...dah agak lama aku tak update blog ni... buzy ker?... bolehlah dikatakan buzy... boleh jugak dikatakan mood tak datang... Feel tak de nak tulis blog ni... kenapa ek?... he..he..he.. bukan merajuk tapi mencari kekuatan... emosi terganggu... terganggu pertama kerana sambutan ahli KL Pendidikan terhadap Liga dalaman... Kedua kerana kekalahan berturut-turut friendly... He..he..he...

Sambutan terhadap Liga dalaman bukannya tak baik..bagus...macam biasa...cuma ketepatan masa... rasanya dah diwar-warkan yang game start jam 6.00pm... tapi jam 6.30pm masih belum dapat dimulakan... Jadi, kesudahannya 2 perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakkan penalti... sebab tak cukup masa... Harapnya, Liga dalaman kita pada 19hb Nov 2009 ni, menda ni tak berlaku lagi.... Walaubagaimana pun, Liga berjalan dengan jayanya...terima kasih kepada team undangan.. team dari Jaya Jusco, Wangsa Maju... yang juga merupakan JUARA untuk edisi kali ini... Tahniah...Tahniah...

Ok...dalam kesibukkan jugak..seperti biasa... KL Pendidikan sempat mengadakan friendly... diam tak diam ada 3 friendly yang tak sempat aku tulis...he..he..he... jangan marah arrr... Team yang pertama namanya CUTI-CUTI FC, team yang kedua... ICON FC dan last sekali Team serpihan PAP.... aku namakan PAP 2...

Ok, kita pergi satu-satu... pada 28hb Oktober 2009, KL Pendidikan bertemu dengan team Cuti-Cuti FC... entah kenapa, aku pun tak pasti..sejak daripada naik daripada cuti hari raya aidilfitri ari tu... corak permainan agak kucar kacir... keadaan ini berlanjutan sehinggalah kami bertemu pulak dengan team ICON FC pada 4hb November 2009... agak pelik... bagai hilang arah... passing tak sampai... men marking pun longgar...stamina jgn cakaplah... he..he..he... hasil daripada itu, KL Pendidikan telah mengalami kekalahan yang berturut turut...


Setelah mengadakan sesi post-mortem di ALI MAJU... aku rasa sebab utama adalah, chemistry antara player dah makin kurang... maksud aku, start dari lepas raya ari tu... aku set 1 friendly seminggu... jadi interaksi jadi kurang sbb ada 2-3 player yg tak turun waktu sesi mengeluarkan peluh, so, mereka hanya main seminggu sekali sahaja... kemudian, faktor kecederaan... ATAN dan MUSANEEF cedera kat ankle...Keeper RAMLEE cedera kat pergelangan tangan masa lawan SALA O... Tindakkan yang akan diambil... akan mengadakan friendly 2 kali seminggu...he..he...he...
Sedikit gambar yang sempat aku snap semasa friendly dengan Cuti-Cuti FC..


Seterusnya, semasa friendly dengan team ICON, terdapat sedikit peningkatan dalam corak permainan KL Pendidikan... walaubagaimana pun, KL Pendidikan dipaksa bekerja keras... he...he... he... akhirnya... KL Pendidikan Kalah lagi... hu..hu..hu..



gambar untuk friendly tersebut...


Selepas post-mortem tersebut jugak, aku pun dengan kadar yang pantas... set 1 lagi friendly pada 6hb Nov 2009... Kali ni dengan team serpihan PAP... aku bagi nama PAP2 yang di organise oleh HASBULLAH... KL Pendidikan mengunakan sepenuhnya, peluang yang ada untuk memperbaiki keadaan... hasilnya agak memberangsangkan... tetapi masih ada ruang-ruang untuk meninggkatkan corak permainan.... KL Pendidikan berjaya mencari sinar....


Moral of the story... chemistry antara player juga penting....

adios...
Blog Widget by LinkWithin