Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

2 Boys Vs KL Pendidikan...FIRST TOUCH dan Boy Badminton...

Selamat berpuasa semua, hari ni merupakan hari pertama umat Islam berpuasa.... Diharapkan hari-hari yang dilalui oleh rakan rakan futsal semakin bermakna dan diberkati sepanjang bulan ramadhan al-mubarak ni... he..he..he... sedikit petikan untuk renungan semua

"Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan.

Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' ."



So, jangan jadikan bulan ramadhan ni sebagai alasan untuk kita bersenang lelang, semua kerja tak mahu buat...alasah letih... sepatutunya kita makin kuat... Ok, seterusnya SELAMAT BERCUTI buat warga cikgu-cikgu...kebetulan puasa tahun ni jatuh pada cuti sekolah... dan SELAMAT PERIKSA PTK pada yang akan ambik peperiksaan tersebut pada minggu depan...

Ok, sedikit laporan mengenai friendly KL Pendidikan...jadi minggu ini, kami bertemu dengan 2 team yang kapitannya bernama BOY... kebetulan pulok... Jadi, aku bagi nama team FIRST TOUCH A.K.A BOY selayang dan Team BOY BAD... kenapa pulok team BOY BAD?...he..he..he... Boy ni sebenarnya selalu main badminton dengan team MUSANNEF... jadi aku singkatkan jer jadi BOY BAD...

ok, KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team FIRST TOUCH... Boy ni selalu jugak sms aku nak set friendly, tapi kebetulan court tak de... jadi terpaksalah tangguh dulu hingga pada 19hb Ogos 2009... Kali ni ni line up KL Pendidikan agak pincang, bila Ust. Zurasni tidak dapat main, Kepeer Ramlie semakin parah... MUSANNEF terpaksa menjadi pemantun untuk satu majlis pertunangan...Terpaksalah kami menggunakan khidmat Qadrie dan BOB... Jadi, hanya ada 2 saja spare engine kat luar... ni nak lawan budak budak muda belia belaka...he..he..he... terpaksalah mengunakan kudrat yang ada...

Team Boy ni dari pandangan peribadi aku lah, memang biasa main bersama kerana sistem mereka bermain sama seperti team FUTSALRIA dan PRESTASI. Mereka akan menunggu dikawasan mereka bila mereka hilang bola... Jadi, Aku dan Atan perlu bergerak lebih untuk mencari ruang bagi membuat jaringan... KL Pendidikan biasanya bermain dengan 2 penyerang dan 2 defend... Jadi apabila line up berubah, sedikit perubahan kepada susun atur player malam tu, QADRIE banyak membantu dibahagian tengah untuk mencari ruang, manakala FAIZAL atau Nusi akan jadi last men... sekali sekala disupport oleh ATAN dan QADRIE... KL Pendidikan dan FIRST TOUCH ni saling berbalas jaringan... suatu ketika mereka mendahului dan suatu ketika KL Pendidikan pulak mendahului... Tapi, yang pasti mereka benar-benar memberikan saingan kepada KL Pendidikan... KL Pendidikan menjaringkan 3 gol berturut turut dihujung-hujung permainan untuk menewaskan Team Boy dengan jaringan 14-11...


Seterusnya, pada 20hb Ogos 2009, Kami sekali lagi bertemu dengan team BOY...kali ini TEAM BOY BAD...singkatan kepada "BADMINTON"... friendly ni di set oleh MUSANNEF... pada mulanya kami akan bermain diatas court RUMPUT SENTETIK tu...tapi malam tersebut, KADER berjaya mengubah court... dapatlah main atas DEKOFLEX...terima kasih KADER.... Dari segi Susuk tubuh dan umur, team BOY BAD ni hampir dengan team FIRST TOUCH...muda-muda belaka... Kali ini lagi parah... FAIZAL tidak dapat hadir, UST. Zurasni dan QADRIE ada majlis solat hajat disekolah, KEPER RAMLIE menyambut harijadi ayahnya, SADLI tiada berita... yang tinggal hanyalah, NUSI, ATAN, MUSANNEF, BOB, AKU dan pemain jemputan POK CEK... parah-parah...

Diawal permainan, KL Pendidikan hanya ada 5 player sahaja, nasib baik MUSANNEF sempat menjemput POK PEK... adalah jugak engine spare nanti...
Team BOY BAD ni, membuka jaringan dan segera dibalas oleh KL Pendidikan, namun mereka terus membuka jaringan demi jaringan... Lotih jangan cakaplah, sebab sebelah petang tu, dah ada sesi mengeluarkan peluh...he..he..he...

Game malam ni, benar-benar sengit, mencabar fizikal dan mental... tetapi, KL Pendidikan sudah hampir memperolehi corak permainan selepas tersentap dengan 3 kekalahan berturut-turut baru ni... Jaringan berbalas jaringan... sangat sangat perit dan sengit... dihujung hujung permainan, salah sorang player mereka injured... walaubagaimana pun, permainan tetap berkualiti.. Jaringan ATAN disaat akhir minit permainan telah berjaya memberikan perbezaan mata... KL Pendidikan 17 dan Team BOY BAD 16...


KL Pendidikan akan menutup tirai FRIENDLY ni untuk sepanjang bulan ramadhan ni, tetapi bergantung kepada keadaan jugak... Kalau player setuju. mungkin kita boleh set selepas solat Tarawih... TETAPI, atas persetujuan ramai, SESI MENGELUARKAN PELUH akan diteruskan selepas cuti sekolah ni... Kita akan main malam jam 10.00 hari yang sama...SELASA dan KHAMIS...jadi tunggu khabar berita... pihak pengurusan akan menghantar SMS makluman nanti... akhir sekali...SELAMAT BERPUASA...

gambar-gambar friendly yang sempat diambil



Adios

Lamanye tak update blog ni...ramai rakan futsal tanya...he..he..he... ni nak update lah ni...

Salam semua, mintak maaf lah sebab dah agak lama tak update blog ni... Last sekali di update lepas KL Pendidikan menang Friday FUtsal tempoh hari... Bukan dah hilang semangat...semangat tetap membara...tapi masa agak terhad...maklumlah, bilo hujung-hujung tahun ni... Busy dengan kelas tambahan... Peperiksaan...senang kata, tugas hakiki tu kene settle dulu... ni pun aku curi sedikit masa... waktu lepak-lepak dengan anak...he..he..he...

Ok, semalam 16hb Ogos 2009, telah berlangsung mini tournament Let's Futsal KL Pendidikan yang pertama... Alhamdullilah telah berlangsung dengan jaya dan mendapat sambutan.... tapi mini tournament ni, aku tak nak ulas dekat blog KL Pendidikan ni...sebab, aku dah beli 1 domain dan hosting khas untuk mini tournament ni...kat mana?.... http://www.futsal2u.com... Jadi gi lah kat sana untuk mendapatkan berita or informasi terkini...


Blog KL Pendidikan ni pulak, aku hanya gunakan untuk melaporkan aktiviti KL Pendidikan semata-mata... Tak elok rasanya aku campur-campur... macam barang RM2.00 pulak rasanye nanti...

Ok, kita mulakan dengan team yang pertama... Friendly ni benar-benar ad-hoc, bila MUSANNEF dapat sms dari kapitan team lawan untuk friendly malam malam tu jugak...he..he..he.. 4hb Ogos 2009 jam 10.00 malam...Biarlah aku namakan team ni dengan SAWADEE FC je... Team ni mempunyai player yang datang dari seberang... bukan indonesia...tapi THAILAND... mereka bekerja disekitar kuala lumpur... Ni kira macam friendly antarabangsa lah jugak... tapi apa yang aku boleh katakan kat sini... corak permainan mereka sangat sangat bagus... banyak mengunakan ruang... simple touch...men marking dan crossing depan gol...sekali sekala..meletup dengan sepakkan kencang.... dan yang bestnye... AKU dan NUSI menjadi keeper malam tu... selepas keeper RAMLEE injurd...MENTAL.... tapi sayang, aku tak sempat nak bawak camera, terlupa...macam mana boleh terlupa...he..he..he..ni menunjukkan faktor usia... Kesudahannya?... KL Pendidikan berjaya mengatasi mereka dengan hanya 1 beza mata... 12-11...



Keesokkan harinya pulak, 05hb Ogos 2009, jam 10.00 mlm...rematch time...bila KL Pendidikan ajak team GURNEY untuk rematach... panas hati bilo jumpo ADHA pada sesi mengeluarkan peluh..senyum-senyum sumbing....he..he..he... ok, corak permainan GURNEY seperti sebelum ni, tapi menurut ADHA, ada sedikit cacat bila ayam tambatan mereka tidak dapat hadir... he..he..he... Keeper OSMAN juga kelihatan sedikit terganggu dengan serang bertali arus...he..he..he.. lepas diselidik, rupanya Keeper OSMAN mengalami sedikit sakit Dada... Tapi kali ini KL Pendidikan turun dengan semangat yang agak berbeza.... misi utama untuk menebus kekalahan... Kombinasi defend dan serangan berjaya memporak perandakan GURNEY... jaringan demi jaringan... dengan GURNEY juga membuat serangan balas...

Yang peliknya, Keeper RAMLEE masih lagi injurd...kali ini jari kelinking pulak...bengkak katanya... terpaksalah AKU menjadi keeper tetapi bantuan datang apabila NUSI meminta khidmat BOB setapak indah...Thank you BOB...

Keputusannya?... nak cakap macam taknak cakap..tp kene cakap... tgk jelah scoreboard kat bawah ni....



seterusnya, pada 12hb Ogos 2009, kami beranggkat ke AMPANG SPORT planet pulak, bila kami memenuhi undangan daripada MALY ... dari team ONE3RD FC... sekali lagi kami terpaksa menggunakan khidmat BOB sebagai keeper... Keeper RAMLEE ada masalah lagi... UST. Zurasni juga tidak dapat hadir kerana takde orang nak ganti kelas dio...kami panggil QADRIE untuk mengisi tempat ustaz.... Disini bermula edisi gelap KL Pendidikan, bila semua tidak menjadi... serangan agak tumpul... defend juga agak longgar..banyak yang off position... Pada pendapat aku lah, keserasian tu penting jugak, malam tu nampak macam chemistry kurang... Apa yang menarik mengenai team lawan ni...mereka suka membuat passing dengan bola lambung... mungkin menggunakan kelebihan ketinggian mereka. Stamina mereka juga baik...kelebihan mereka juga mempunyai tubuh yang tinggi dan besar...he..he..he...

Tidak pasti dimana silapnya... Kalu nak dibandingkan dengan team sebelum ini, corak permainan mereka hampir sama sahaja... tapi bak kata pepatah... BOLA ITU BULAT... kekalahan itu bisa membuatkan kita semakin kuat...

Keputusan friendly malam tu....


Ok... seterusnya, aku dapat sms daripada KAMARUL... ajak KL Pendidikan friendly 3 penjuru pada 13hb Ogos 2009 ... menurut KAMARUL, friendly ni kira warm-up match utk team FUTSALRIA dan PRESTASI sebelum dio orang masuk grand final piala SERI NILAM... tempatnya...sungguh romantik... ROOFTOP @ The Zon... Kebetulan, petang tu hujan lebat... jadi keadaan court amat basah dan air berkumpul bawah court...sebab court ni jenis Sentetik Turf... KL Pendidikan juga terkesan dengan keadaan ni... Sepanjang kami friendly...ini kali pertama kami main atas court Sentetik Turf ni... Pengalaman baru bagi KL Pendidikan.

Sepanjang hari, ATAN tidak dapat dihubungi... RAMLEE masih lagi injurd... SADLI keluar kawasan... Jadi yang tinggal hanyalah MUSANNEF, NUSI, UST. ZURASNI, AKU, FAIZAL dan BOB...

Mungkin emosi belum stabil dan keadaan court yang basah...dan terkejut dengan pemandangan KLCC...corak permainan agak kelam kabut... Licin... Disini, aku sempat berborak dengan musannef... musannef ada memberikan sedikit komentar mengenai corak permainan lawan... Mereka tidak akan masuk tetapi sekadar berlegar-legar dikawasan mereka... jadi men marking amat ketat... ruang kosong ditutup... Jadi KL Pendidikan terpaksa berkerja keras mencari sedikit ruang diatas court yang licin tu... Mereka seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengawal keadaan... kedua-dua team menunjukkan corak permainan yang sama... Sekali lagi, KL Pendidikan terpaksa menghadapi kenyataan kekalahan yang berturut - turut...


Jangan risau guys, mungkin kita perlu beri perhatian terhadap posisi keeper kita... RAMLEE kelihatan seperti sudah tawar hati... tak pasti dimana silapnya.... tapi yang pastinya, kekalahan ni, boleh buatkan kita bertambah kuat... sebab memberikan kita ruang untuk merenung dan mengatur strategi...

ok... banyak gambar yang aku ambik untuk 2 friendly ni, tapi tak boleh nak upload...Photobucket macam problem...mungkin terdapat gangguan pada cable dasar laut..lepas JEPUN dilanda gempa bumi baru-baru ni...tapi, aku akan upload gambar tu bila server dah ok... Jadi teruskan memberi support anda... kerana kita tiada ultromen untuk membantu... tapi kita ada JIWA...

adios..

FRIDAY FUTSAL... KL Pendidikan Menang?...JOHAN??... APA !!!!

Betul ker apa yang ditulis ni?... macam - macam persoalan yang timbul... nak percaya ke? tak nak percaya ker?... dugaan ke? ATAU cobaan...? he...he...he... Jadi sebelum yang panas menjadi sejuk... baiklah aku ulas sikit pasal friday futsal ni...

Kalu mengikut sejarahnye, KL Pendidikan dah menyertaai 2 kali Friday Futsal ni... bermula dengan cemerlang... tetapi kalah di peringkat kumpulan dengan beza jaringan-bolos... Jadi kita berehat seketika.... mencari kekuatan...menambah ilmu di dada...banyakkan friendly...

Dari pengalaman aku, friendly yang sejam tu dengan tournament yg 10 minit tu...sangat - sangat jauh bezanya... kekuatan mental paling penting... Jangan mudah panik dengan jaringan awal pihak lawan... sebab tu aku selalu guna istilah BOLA ITU BULAT... tapi ada jugak yang tak puas hati...he..he..he...

Jadi, lepas friendly dengan team TUDM FC tu, aku cuba booking court untuk friendly hari jumaat... tapi rezeki tak de... court fully booked... Jadi, tak de rezeki kat sport 7... last minit, aku cadangkan main FRIDAY FUTSAL pada 31hb JULAI 2009... Coach bersetuju... beliau cuba mencongak line up malam tu... Memandangkan Keeper RAMLEE masih lagi trauma... jadi biarlah dio berehat dulu, mencari rentak kembali... Kepeer BOTAK dipanggil... mujur BOTAK bercuti.... Line up lain dikekalkan...Cuma NUSI direhatkan, sebab baru balik dari KURSUS INDUKSI.... walaubagaimanapun, saat akhir, UST. ZURASNI tidak dapat hadir sebab baru jer habis kelas.... Jadi, line up malam tu... BOTAK, ATAN, FAIZAL, SADLI, MUSANNEF dan AKU...


Jeng..jejeng...jenggggg



Malam tu KL Pendidikan diletakan dalam kumpulan A1 bersama dengan team yang muda belia belaka... Team SETAPAK BOYS, Team X dan Team ASAL ADE... daripada pemerhatian aku, semua team ni, ada skill masing-masing... bermain dengan pantas... laju dengan stamina yang tinggi... kalu diukurkan dari segi umur... jauh mereka lebih muda... Tapi mungkin rezeki KL Pendidikan di FRIDAY FUTSAL ni... bila berjaya menewaskan kesemua anak muda tadi...he..he..he... Di peringkat akhir, KL Pendidikan bertemu dengan team BOHJAN FC... sekali lagi KL Pendidikan mengegarkan gawang gol lawan dengan 3 gol berbalas 0.... jadilah. KL Pendidikan dinobatkan johan kumpulan malam tu dan membawa pulang... T-SHIRT... dan PRIDE bersama-sama....bukan nak apa pun tapi seronok bila dapat bermain dengan anak - anak muda... jadi jiwa pun rasa muda...

So, kepada mereka nak rasa perbezaan main sejam dengan main 10 minit cuba ajak lah team joint sekali FRIDAY FUTSAL... tengok kehebatan...tengok keberanian...tengok keserasian.... he..he..he...

So, masing-masing balik tidur dalam senyuman... senyuman bila tengok reaksi kawan-kawan tengok t-shirt friday futsal... bila tgk anak-anak muda tengok orang tua-tua pun buleh pakai t-shirt friday futsal ni...he..he..he....

seperti biasa, meh lah tengok seba sedikit gambor yang sempat aku ambik pada malam tu...



Adios...


Lagi lagi siaran tertunda...he..he..he... sori aaa.... KLP vs SATRIA NEO FC dan KLP vs TUDM FC dan LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN

OKlah, kebelakangan ni banyak sangat dugaan yang menimpa... anak kene chicken pox lah... demam lah... tapi jangan risau bukan H1N1... dalam beberapa minggu ni, ada 4 perkara yang menarik telah berlaku... 2 friendly KLP, 1 mini tournament dalaman KLP dan 1 lagi KLP menjadi johan Friday Futsal... APA??? JOHAN...mesti ramai yang sapu mata...ingat aku salah type... ini kenyataan bukaan dugaan kata P. RAMLEE....

OK, kita pergi satu satu... bertarikh pada 24 Julai 2009, sport 7, wangsa maju jam 10.00 malam, KL Pendidikan telah membuat 1 friendly dengan kelab kereta SATRIA NEO... peneraju utamanya adalah IZAM... mereka turun dengan jersey baru rasanya...sebab tengok mereka koyak plastik he..he...he... warna biru lagi... KL Pendidikan turun dengan jersey baru jugak... Warna hitam... HITAM ITU MENAWAN... mereka ni kelihatan muda muda belaka... bersemangat waja... turun pun ramai... seawal permainan mereka agak bersemangat...kelihatan agak ligat... tapi daripada pandangan peribadi...mereka kelihatan kurang chemistry...mungkin baru bermain bersama... tapi tetap memberikan saingan...

Keeper mereka dipaksa berkerja keras, menghalang rembatan kencang ATAN, crossing depan gol...ada ketikanya sehingga terduduk...mungkin keletihan... tapi aku tetap kagum, sebab sedaya upaya dio mempertahankan gawangnya...

KL Pendidikan seperti biasa turun untuk menambahkan kenalan... bersosial...kalah menang belakang kira...yang penting boleh dapat kawan dan berpeluh... Kali ini corak permainan ATAN, agak berubah..jarang jarang mengunakan sepakkan kencang...banyak crossing depan gol...jadi menyenangkan kerja kawan-kawan...letak kaki jer... defend semakin mantap...gandingan MUSANEEF, FAIZAL dan UST. ZURASNI... dan keeper yang menjadi kesayangan pihak lawan..RAMLEE... tetapi kepeer RAMLEE seperti masih belum dapat melupakan trauma kekalahan KL Pendidikan pada tournament KL Pendidikan-PSKPP dan kekalahan kepada team ADHA..(GURNEY)...

Setelah, tamat 1 jam, keputusan memihak kepada KL Pendidikan... dengan 20 berbalas 4 ... tak per guys...perlahan lahan kayuh...










Friendly kedua..telah berlangsung pada 29 Julai 2009, kali ni KL Pendidikan bertemu dengan team TUDM FC... mereka terdiri daripada 2 team.... terdengar dari khabar-khabar angin, mereka buat 2 team ni, dengan tujuan untuk membuat selection... bagus jugak tu...mencari player yang terbaik....

Kali ni, KL Pendidikan turun dengan jersey kuning pulak... he..he..he... nampak menyerlah di tengah court... permainan yang ditunjukkan oleh team TUDM FC ini, hampir sama dengan team SATRIA NEO... mereka mempunyai beberapa player yang muda yang mempunyai skill yang baik... cuma kekurangan daripada segi finishing... tapi mereka tetap memberikan saingan... tu yang bagus tu...

Selang beberapa minit, mereka membawa masuk team yang kedua...juga mempunyai beberapa player yang berpotensi... KL Pendidikan mengunakan pendekatan yang biasa iaitu..ONE TWO touch... senang sikit...tak perlu pegang bola lama-lama...he..he..he... aku skill pun bukannya hebat pun... cuma tunggu depan gol...untuk sudahkan crossing dari ATAN or SADLI...
Friendly malam tu berakhir dengan KL Pendidikan 21 berbalas 9....Apa pun keputusan malam itu, KL Pendidikan tetap diberi saingan...berpeluh... berlari berkejaran.... terima kasih kepada SATRIA NEO FC dan TUDM FC.... kerana sudi berfriendly dengan kami...





OK aku menyelit sedikit... mengenai LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN... tarikh berlangsung 30hb JULAI 2009.. Jam 6.00 pm... Pada pendapat aku, lebih baik menganjur tournament...sebab Kehadiran Pasukan amat tepat pada waktunya...tapi, liga dalaman KL Pendidikan terpaksa menunggu hampir 40 minit utnuk memulakan first game.... ramai sangat yang lambat datang... diharap lain kali dapat datang awal...

ok, liga tersebut telah dijuarai oleh team B..(ADHA, MAN UIA, SHUHAIRI, NUSI dan WAN FELDA)... tempat kedua team A ( MUSANEEF, ABU, QADRIE, USOP dan ADI) tempat ketiga team C (UST. ZURASNI, POK CEK, HAFIZAL, BAD dan LIM) tempat keempat SK SERI RAMPAI (AMIN, CHEN, MAZINAN,CASTELLO dan ZAIDIE) dan tempat kelima team D ( AKU, MIZI, RAMLEE, ATAN dan LIUM)...

Sorilah, tak ingat nak bawak kamera...nanti aku bawak k...he..he..he... ok, sekian untuk waktu ni...

adios
Blog Widget by LinkWithin