Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

KLP kembali lagi...selepas berehat panjang... ADHA or DIN...DIN or ADHA... tergamak mereka...

Selamat kembali kepada player semua... selepas berehat panjang... last sekali kami bermain dalam 1 team masa tournament KL Pendidikan - PSKPP baru ni... banyak pengalaman menarik.... Menjadi penganjur ni, kadang - kadang disalah tafsir oleh sesetangah pihak... walaupun pada nama tournament tersebut ada secebis perkataan PSKPP...tetapi, sedikit pun kami tidak mengunakan dana PSKPP... niat dan tujuan adalah untuk memudahkan cikgu-cikgu dan staff keluar dari sekolah sekiranya ada program sekolah pada hari tersebut.... ok lah, yang lepas biarlah lepas... tetapi, ini bukan mematahkan semangat kami... Insa'allah, satu lagi tournament akan dianjurkan selepas hari raya nanti... sebelum pesta PSKPP bermula... jadi...tunggggguuuuuu....

Berbalik kepada friendly pertama kami selepas berehat panjang... selepas mendapat jersey baru...he..he..he... apa???... jersey baru lagi !!!....bukan jersey ijau terang yang disponsor oleh sugar mommy... Aku mendapat sms daripada insan misteri yg memperkenalkan dirinya sebagai DIN... ajak friendly... Jadi aku, terima dengan hati yang terbuka... orang ajak...jangan dihampakan... yang pelik mamat ni, bila aku call untuk confirmkan dio tak jawab... bilo sms pun senyap... court dah booking... tapi nasib baik last minit dio kata jadi... itu pun main sms jer...

Hari yang dinantikan pun tiba, APA????... tipah tertipu.... dari jauh aku tengok ADHA... hampeh... kene kencinglah ni... tapi tak per...yang penting freindly...

Inilah orang yang bertanggungjawab menyamar sebagai DIN...
mengunakan serangan psikologi yang halus


Permulaan permainan, aku dah rasa pelik...laju semacam jer... dan KLP berjaya menjaringkan 6 gol tanpa berbalas... Kepeer RAMLEE dah bersorak riang... ADHA dah senyum sumbing... dan-dan kaki bengkak boleh main... dari segi permainan, keseluruhan agak seimbang... saling berbalas serangan... tapi yang membezakan mereka dengan kami...stamina mereka ada lebih sikit sebab mereka ada banyak engine spare kat luar... jadi bila dah masuk minit minit hujung tu, mereka mula merapatkan jurang dan berjaya memintas jaringan KLP... Gurney 1 ni banyak diatur oleh Din, yang merupakan antara player yang sering berlari...kejap kat atas dan sekejap saja dah ada kat bawah... beberapa player mereka juga mempunyai skill yang baik... mungkin kerana semangat yang berkobar-kobar, mereka dapat mengekalkan rentak permainan mereka sambil mencuri mata sehingga akhir permainan... men marking mereka juga hebat, bila tidak memberikan ruang langsung untuk striker KLP bergerak..mungkin tersentak dengan jaringan 6 bijik dihadapan.... tapi susah jugak, bila team dah biasa main petang-petang ni...masing-masing dah tahu keupayaan masing-masing.... apa-apa pun, mereka menunjukkan permainan yang menarik...

Daripada post mortem yang dibuat di kedai Mamak... antara faktor tewasnya KLP malam ni adalah, serangan psikologi secara halus oleh ADHA a.k.a DIN...he..he..he..., kurangnya angin, ada player yang tidak hadir... jadi spare engine ada 1 saja kat luar... dan dah lama tak main bersama...chemistery agak kurang.... tapi bak kata sifu... malam ni, penuh dugaan...permainan yang hebat... benar benar menguji stamina player... tahniah kepada team GURNEY 1 kerana berjaya menewaskan kami diketika kami mengunakan jersey baru dan berjaya menempatkan diri antara team yang berjaya menewaskan KL PENDIDIKAN, wlaupung mengunakan serangan psikologi, ulang suara...SERANGAN PSIKOLOGI..... result akhir... KLP 12 dan GURNEY 14...


selepas behempas pulas dengan P1 WIMAX..akhirnya aku berjaya upload gambar friendly semalam... meh la tengok...




adios...

Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... berlansung dengan jayanya...

Pada tarikh 11 Julai 2009 hari Sabtu jam 9.00 pagi, telah berlangsung Kejohanan Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... sebanyak 24 pasukan yang mendaftar... Target kami adalah 32 team, tapi daripada risikkan yang diterima, banyak sekolah mempunyai aktiviti Ko-kurikulum dan LDP pada hari tersebut, menyebabkan banyak pasukan tidak dapat menyertai tournament ini.

Pada awalnya, Pihak penganjur hanya mengadakan Liga peringkat Kumpulan dan Kalah Mati untuk pusingan seterusnya. Tetapi, selepas menilai jumlah permainan, maka penganjur mengadakan loser pool bagi team yang terkeluar pada peringkat awal...

Hebat...memang hebat...itulah yang dapat diungkapkan mengenai bakat-bakat cikgu dan kakitangan pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Pelbagai aksi, pelbagai gaya dapat diperhatikan... Hampir kesemua team tiba tepat pada waktunya, mereka tetap sabar menunggu walaupun, pintu pagar Sport 7, masih belum dibuka lagi...

Pertandingan dimulakan tepat jam 9.30 pagi dengan perlawanan pembukaan SEMERA vs JINJANG di court 1 dan SERI HARTAMAS vs BANDAR TASIK SELATAN di court 2... pertandingan berjalan dengan lancar... walaubagaimanapun terdapat beberapa insident kekasaran.... dan pengurus pasukan SK Setiawangsa hampir pitam...mungkin kerana kepanasan. tetapi oleh kerana semangat kesukanan yang tinggi, maka semua ini dapat diatasi... Perlawanan bertambah rancak apabila mula masuk ke peringkat kedua dan seterusnya...

Sedikit masalah timbul apabila bulb di court bersebelahan terbakar...menyebabkan power trip... Kepanasan seketika...tetapi ini semua tidak mengganggu perjalanan pertandingan. malah semakin hangat... bagai tiada apa-apa yang berlaku...

malang bagi team Penganjur apabila terpaksa akur dengan kehebatan lawan SK SERI SURIA, apabila tersungkur diperingkat suku akhir... tak pe..lain kali boleh cuba lagi...he..he..he..he...

Daripada mutu pengadilan, rata-rata setiap pasukan dan pihak penganjur amat berpuas hati, pengadilan yang adil dan berjaya mengawal permainan dengan baik... terima kasih kepada Abang Din selaku ketua Pengadil dan rakan - rakan pengadil yang lain. Kerjasama daripada pihak SPORT 7 juga sangat-sangat baik...menyediakan peralatan yang lengkap.... terima kasih sekali lagi....

Diperingkat akhir, team KALAH TAK PO telah bermain dengan cemerlang dengan kawalan gelanggang yang baik, walaubagaimanapun, team PAP FC tidak memberikan kemenangan yang mudah kepada pihak lawan. tetapi pengalaman yang membezakan antara team KALAH TAK PO dengan team PAP FC.

Perlawan berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan Johan adalah team KALAH TAK PO, Naib Johan team PAP FC , Tempat ke-3 SK SERI SURIA dan Ke-4 SMK BANDAR BARU SENTUL... dan Johan Bago Loser Pool adalah SERI SENTOSA... pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada pemenang...

Johan
KALAH TAK PO

Naib Johan
PAP FC

Ke - 3
SERI SURIA

Ke - 4
SMK BANDAR BARU SENTUL

Pihak penganjur berharap akan dapat menganjurkan tournament seperti ini dangan hadiah yang lebih menarik, pada masa akan datang... Terima kasih diatas sokongan dan mohan maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penganjuran kali ini...





Cerita tertunda...3 friendly...buzy-buzy....

Tiada kata yang dapat aku cerita bertapa kelam kabut dan padatnya aktiviti kat sekolah... he..he..he... tapi tak kan nak relex sokmo... ok, aku terpaksa tulis 3 cerita pasal friendly KL Pendidikan yang lepas sebab, esok (11 Julai 2009) dah start Tournament KL Pendidikan - PSKPP... banyak yang nak diceritakan esok...

OK, friendly pertama pada 01hb Julai 2009, team yang KL Pendidikan jumpa adalah team Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)... Awal bertentang mata, aku agak cuak jugak... mereka turun dgn jersey... tubuh mereka agak seimbang... persis sportman... gaya mereka benar-benar membuat aku kecut... Tapi orang kata bola itu bulat, kita kene positif... bila friendly dimulakan, KL Pendidikan membuat serangan awal dan berjaya menjaringkan gol... mereka tetap memberikan saingan... tetapi kekentalan defend KL Pendidikan, bisa mematahkan serangan... tapi mungkin kerana warna jersey hampir sama... kekadang tu, tersasar jugak bila passing... Corak permainan mereka agak simple, tetapi tetap mengutamakan personal skills...

KL Pendidiakan mula membuka langkah dan mengambil kesempatan... menjarakkan jaringan gol... corak permainan KL Pendidikan still lagi macam dulu... sangat-sangat simple... kurangkan hold bola... gelecek bila perlu... passing...one - two touch... Friendly tersebut, KL Pendidikan berjaya menewaskan PSMB dengan Jaringan 21-7...

Seterusnya, aku menerima panggilan daripada HARITH etiqa, ajak friendly di Sport Planet Ampang... sebenarnya, KL Pendidikan pernah friendly dengan team HARITH ni...tapi masa tu dia handle team EPP... mungkin team ETIQA ni merupakan untuk selected player yang bernaung dibawah EPP...jadi friendly ni berlangsung pada 03hb Julai 2009... pada minit awal game, perlawanan agak seimbang... KL Pendidikan dan ETIQA saling berbalas serangan... hampir semua player ETIQA ni mempunyai kebolehan untuk mengawal bola, mereka jugak macam dah lama main bersama... Cubaan kencang dari ATAN, banyak merobek gol mereka... Friendly kali ni, KL Pendidikan terpaksa menggunakan khidmat BOTAK, apabila keeper RAMLEE tak dapat datang... Keeper BOTAK memang beraksi dengan cemerlang malam tu...banyak cubaan yang diselamatkan... Friendly malam tu berkhir dengan KL Pendidikan berjaya menewaskan ETIQA... 14 berbals 9... pada mulanya, KL Pendidikan nak rest untuk seminggu sebelum Tournament KL Pendidikan - PSKPP... tp atas cadangan ATAN... aku terpaksa cari satu lagi team untuk sesi pemanasan badan sebelum tournament tu...

Dalam duk tercari-cari tu, tetiba aku terlintas UCOP manager team KITARO FC... team yang terdiri dari anak-anak muda yang berbakat besar... kejayaan mereka menempatkan diri dalam GRAND FINAL iMETRO 2009 nanti, harus diberi pujian... first time masuk dah layak...hebat..memang hebat... Jadi aku call Ucop utk set tarikh... nasib baiklah Ucop setuju... Jadi semalam (9hb Julai 2009) berlansunglah friendly tu...

Di awal permainan, kagum aku tengok corak mereka bermain...ala - ala menari samba tu... mengunakan gerak badan untuk mengelirukan pihak lawan... hampir semua player mereka mempunyai skill macam tu... hebat team ni... umur masih muda... so, masih boleh pergi jauh... KL Pendidikan seperti biasa, banyak menggunakan pendekatan one - two touch..dan press di kawasan lawan lagi... dalam kelekaan mereka bersamba... Aku dan ATAN berjaya mencuri 2 peluang apabila memintas hantaran silang mereka di depan gol... tapi mereka mempunyai keserasian yang tinggi, jeling jer dah tahu nak lari mana... tapi nasib baik defend KL Pendidikan agak kebal... he...he..he... Kali ni KL Pendidikan ada 2 keeper..BOTAK dan RAMLEE... dua-dua beraksi dengan cemerlang...

Dari pemerhatian aku, Team Kitaro ni dah cukup lengkap...player ada di setiap posisi... tapi aku rasa kurang dari segi membuat cubaan jarak jauh... pendapat aku, sekali sekala cubaan jarak jauh ni bagus jugak... bila opponent team mempunyai defend yang mantap... HANYA PANDANGAN dari aku yang mempunyai pandangan mata yang agak kabur ni...he..he..he...

Hujung-hujung minit permainan, team Kitaro ni nampak macam dah agak down, bila KL Pendidikan mula menambah jaringan... passing pun dah tak agak goyah...emosi pun dah tak berapa stabil...he...he...he.... mungkin keletihan kot... Apa-apa pun, mereka boleh pergi jauh... kepada UCOP, KL Pendidikan mintak maaf, kalu ada terkasar sikit semalam... sebab permainan agak laju...momentum pun tinggi..jadi bila dah masuk remaja berumur ni...brek pun dah tak berapa mencenkam...he..he...he...

Result semalam, KL Pendidikan berjaya mengekalkan rekod kemenangan... 16 berbalas 9... kepada UCOP and the GENG... iMETRO menanti anda...bola tu bulat...


Adios...

nota kaki: Gambar akan diupload semula... P1 WIMAX tak berfungsi...nasib baik ada DIGI broadband... Ku Bersama Mu...

Minggu yang sesak lagi menyesakkan... Friendly dengan team AC Selayang Milan

Fuh... minggu ni benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan emosi... bukan kerana nak main freindly... tapi dengan tugas harian...he..he..he... baru saja habis dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar... tup..tup dapat berita dari JPWP KL mengatakan ada deligasi dari Indonesia nak melawat sekolah... Seperti biasa bila saja ada Jawatan kuasa ditubuhkan..maka aku dengan tugas tetap dan berpencen... Jurugambar dan Persembahan Multimedia... tapi nasib baik ada bab untuk melepaskan tekanan... FRIENDLY... he..he..he..

Ok. Friendly (29hb Jun 2009) kali ni , aku dapat panggilan dari Zack dah dekat sebulan lepas... seperti biasa, Dia orang nak masuk tournament antara deparment Rapid KL... Tempat menjadi pilihan Sport Planet Ampang. Zack ni lemah lembut orangnya... Tapi beraksi cemerlang menjaga gawang mereka...

Corak permainan mereka pantas... Simple game... Sekali sekali KL Pendidikan bagai tengelam dengan permainan mereka... SADLI membuka jaringan pertama dan terus dibalas oleh mereka... Pelik juga bila melihat corak permainan KL Pendidikan malam tu, bagai terikut-ikut dengan corak mereka... namun KL Pendidikan banyak membuat gerakkan-gerakan didepan gol, tetapi banyak yang dapat ditangkis oleh keeper mereka... Sepakkan kencang ATAN bagai telah diduga....

Stamina mereka juga tinggi...muda belia lagi rasanya... mereka akan turun defend apabila KL Pendidikan mendapat bola... Jadi kalau tak bergerak...alamatnya, tak masuk gol lah... very tight men marking... Kalu corak mereka sebegini, Insa'allah boleh pergi jauh dalam tournament mereka nanti.

Mereka menggunakan 2 orang keeper... banyak tu... Kepeer dalam team KL Pendidikan ni macam barang kawalan lah..susah nak cari... Keeper Ramlee pun bidang terjun yang telah dipaksa menukar posisinya... sebab tu kepeer RAMLE ni menjadi kesayangan pihak LAWAN dan pihak kawan...

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Zack kerana sudi mengajak kami untuk friendly...KL Pendidikan berjaya mengekalkan kemenangan dengan jaringan 14 berbalas 9...


sedikit gambar kenang-kenangan...



adios
Blog Widget by LinkWithin