Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Friendly penutup bulan ini... KL Pendidikan akan berehat 2 minggu....

Cuti sekolah sudah bermula...persekolahan semalam, rata-rata diisi dengan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah... sekolah cuti 2 minggu... 30hb Mei - 13hb Jun 2009... mari cuti-cuti Malaysia... Jadi aku rasa 2 minggu ni adalah masa yang sesuai untuk player KL Pendidikan berehat seketika... he...he...he... ramai yang balik kampung...

Berbalik kepada friendly malam semalam (29hb Mei 2009)... team opponent kali ni bernama TWISTED FURY.... terdiri dari anak-anak muda yang baru habis belajar dan baru start kerja... mereka sampai awal...nasib baik aku dah update mereka nombor court...

Aku sampai lewat sikit sebab menunggu ALIF... Permainan dimulakan sejurus selepas MUSANNEF tiba... Tak sampai 30 saat, mereka membuat jaringan.... dan selang dua minit mereka membuat jarigan sekali lagi... he...he...he...he, Alif kelihatan kelam kabut, macam hilang punca... KL Pendidikan pun macam mamai lagi... belum panas kot... selepas masuk peringkat bertenang... KL Pendidikan mula menyusun permainan...Simple touch... 1 and 2 pass... Atan mula mendapat rentak, tetapi keeper mereka agak cemerlang... banyak cubaan deras daripada atan dapat ditahan...

Aku macam belum dapat sesuaikan diri dengan kasut baru.... APA KASUT BARU?....he..he..he... TOP SALA VII... baru jer sampai dari US... beli ikut ebay... alamak...siap promosi lagi tu... tapi bila tengok kawan-kawan bersungguh-sungguh...kita pun kene bersungguh-sunggguh... KL PEndidikan mula membuat jaringan... Pihak lawan kelihatan keletihan bila masuk pertengahan... Keeper mereka agak down apabila diasak bertubi tubi oleh sepakan kencangan atan dan cross depan gol... Peluang inilah digunakan sepenuhnya oleh player KL Pendidikan untuk menambah jaringan... Tapi semangat anak muda ni tinggi... mereka tetap melawan... sehingga satu tahap, mereka dah nampak macam seret kaki... he...he...he...

Keseluruhan friendly semalam, KL pendidikan mengunakan pendekatan simple and easy... walau apa pun, TWISTED FURY tetap memberi tentangan... Terima kasih kerana memberi peluang kepada KL Pendidikan mengeluarkan peluh sebelum bercuti 2 minggu... Selepas lampu dipadankan... KL PEndidikan berjaya mendahului dengan beza jaringan sebanyak 6...



Sedikit gambar yang sempat aku ambil semalam... Terima kasih...



adios...

Membantu kawan-kawan dengan Friendly.....

Pelik pulak bunyinya...macam mana nak tolong kawan-kawan dengan friendly ni... bukannya tolong duit... tapi tolong kawan-kawan sebab mereka nak masuk tournament... Just nak prepare team dia orang sebelum tournament tu... Itulah yang berlaku dalam 2 - 3 minggu ni...banyak jugak team yang SMS or Call untuk friendly... just nak tengok kekuatan dan kelemahan team dio orang... tapi rasanya kekangan masa yang menyebabkan KL Pendidikan terpaksa menolak... Bukan rasa hebat... tapi ahli dalam team ni dah hampir-hampir usia warga emas... jadi perlukan rehat lebih... he..he..he..

Ok bertarikh (26hb Mei 2009) team kali ni merupakan member kepada ADHA ... mintak maaf lah tak ingat dah nama penuh team tu... aku pakai nama HOTEL jer...sori yea ZAM... mereka turun dengan semangat yang membara sebab mereka nak join tournament antara hotel-hotel... Kali ni KL Pendidikan turun dengan full team...Cuma Position Keeper RAMLEE aje masih lagi diisi oleh ALIF...Ustaz Zurasni dah kembali pulih dari kecederaan... Sadli pun dah mula mendapat sentuhan... Tapi ATAN masih lagi bergelumang dengan masalah "KASUT BARU"...belum sesuai agaknye... Kekentalan defend KL Pendidikan makin meningkat dengan adanya Ustaz Zurasni... Silih berganti dengan Musannef...

Awal-awal permainan, mungkin belum panas...kombinasi SADLI dan ATAN nampak macam belum serasi... tapi dah panas... berdesup-desup bola mencecah gawang gol... Kebanyakkan gol daripada SADLI merupakan gol yang diluar jangkaan...sedar sedar jer berdesup bola... kalau keeper lambat reflex... alamatnya gol lah... Ustaz Zurasni jugak berjaya menjaringkan gol daripada angle corner... pelik tapi benar... he..he..he...

Daripada pandangan aku malam tu, pihak lawan mungkin baru tubuhkan team ni... keserasian masih lagi kurang...Man Marking pun agak longgar... dan yang ketara, mereka tiada keeper... yang benar benar main untuk posisi keeper... Tapi ada beberapa player yang boleh main...ada skill... cuma perlu finishing... tapi yang penting semangat... kerjasama... terima kasih sebab sudi ajak KL Pendidikan friendly... Kesudahan friendly tersebut, KL Pendidikan berjaya menewaskan team Hotel...


Sedikit gambar-gambar menarik...



adios

nota kaki: KL Pendidikan dengan kerjasama PSKPP WPKL akan menganjurkan Tournament khas untuk Cikgu-cikgu dan kakitangan pendidikan yang bernaung di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.... Jemput semua yea...

3 dalam 1... laporan tertangguh... sibuk sesangatlah tu....

Bila kerja mesti ada masa-masanya akan sibuk...ada masa-masa kita akan relax sikit... aku ni banyakkan buat buat sibuk jer... he...he..he... bukannya apa-apa lepas daripada menyertai Friday Futsal tu... badan rasa letih sikit... ambik masa untuk fully recovered.... tp dalam tempoh tu, ada pulak team yang ajak friendly... jadi KL Pendidikan pun terimalah jemputan mereka... Lagi pun ini lah antara aktiviti sosial ahli ahli KL Pendidikan....

Ok team yang pertama KL Pendidikan berfriendly adalah on 17hb Mei 2009... team ni aku bagi nama EDDY jer...sbb ambik nama pengurus dio orang..he..he..he... muda-muda belia belaka..student Multimedia Universiti kat Jalan Semarak katanya... dalam banyak-banyak friendly...inilah satu-satunya kehadiran ahli KL Pendidikan yang boleh dikatakan paling sikit dan tahap mengecewakan.... Game sepatutnya bermula pada Jam 9.15pm tp terpaksa dijalankan jam 9.30pm... nak wat macam mana yg datang hanya 4 orang... MUSANNEF datang lewat sikit sebab sebelah petang tu WORRIORS ada game... Musannef sampai jer terus game berjalan...lebih kurang 10 minit lepas tu ATAN pulak sampai....

Team EDDY ni, daripada skill tu kira oklah... tapi bila terlalu banyak menggunakan skill ni, mereka akan lambat passing dan keburukannya bila pihak lawan asyik presssure jer...kene pulak yang jenis masuk "Tajak Pak Malau"... Seperti biasa, KL Pendidikan membuka jaringan 3 gol berderet.... Selepas itu barulah team EDDY ni, membalas jaringan... ATAN pun tak menjadi malam tu... siasat punya siasat, rupanya dio pakai kasut baru... tukar jenama pulak..pakai NIKE... sepak pun ada sikit Kureng.... dan disaat-saat akhir permainan, peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila atan melepaskan rembatan kencang ke arah gol mereka...tetapi berjaya dihalang oleh keeper mereka... tetiba jer keeper dio orang bagai diserang histeria...terus sepak tiang gol... terkejut jugak...he...he...he... Tapi apa-apa pun...KL Pendidikan bejaya menewaskan team EDDy ni dengan beza jaringan sebanyak 2...

Seterusnya, adalah KICK-KA FC, ni betul-betul team ad-hoc... sebenarnya banyak kali dah ZAFRI contact aku untuk buat friendly... tapi masa tak sesuai...Jadi terpaksa tolak... Tapi last-last terbuka jugak hati untuk berfriendly (21hb Mei 2009)... mulanya ZAFRI ajak KL Pendidikan main sampai 2 jam..tapi oleh kerana petang tu kita orang dah ada sesi mengeluarkan peluh... main 1 jam jer... Kehadiran POJI dan BOTAK banyak membantu KL Pendidikan... Malam Ni aku boleh dikatakan berpesta GOL...sebab POJI banyak pass bola kat aku untuk aku sudahkan... Letih memang letih... tapi memandangkan kat luar ada 1 jer engine spare...terpaksalah aku guna tenaga reserve....he...he..he...

Team KICK-KA FC ni, rata-rata mempunyai skill individu yang baik...corak permainan mereka banyak membantu mereka...pengunaan ruang yang baik... Jaringan demi jaringan... serangan demi serangan... diakhir minit permainan, KL pendidikan berjaya mendahului jariangan gol...tapi malang seribu malang.... last minit mereka menyamakan jaringan... KL pendidikan seri dengan KICK-KA FC... (minta maaflah ..sebab tak ingat langsung nak snap gambar...kamera bawak tapi, akibat keletihan...bagai hilang ingatan....he..he..he...)


Dan, pada 22hb Mei 2009, pulak sebagai penutup tirai minggu lepas... KL Pendidikan berjumpa pulak dengan team JENAN99... friendly dengan tean JENAN99 ni, KL Pendidikan terpaksa menggunakan khidmat keeper SMK DANAU KOTA iaitu ALIF...kerana Keeper RAMLEE terpaksa menjaga ayahnya yang berada dalam WAD... keazaman dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh keeper ALIF ni hampir sama dengan Keeper RAMLEE... tetapi yang membezakan hanyalah pengalaman... Ramlee lebih relax dalam membuat keputusan... Tapi kedua-duanya sama tangkas...

Jaringan gol KL Pendidikan banyak dinafikan oleh keeper mereka... walaupun berbadan besar namun itu tidak menjadi penghalang SHAM untuk bertindak cemerlang... ketangkasan dan reflex sangat-sangat baik...makan hati jugaklah AKU dan ATAN..sebab banyak cubaan digagalkan....Ustaz Zurasni juga berjaya membuat penampilan sulungnya selepas kecederaan groin baru-baru ini... allignment pun agak-agak tersasar... tapi kekuatan rembatan tu masih lagi ada....

Team JENAN99 ni mungkin baru bersama sebab daripada chemisterynya agak kurang... man marking baik... tapi mereka kurang mencuba membuat jaringan jauh... tetapi kesunguhan mereka amat amat tinggi... Seronok jugak bila berkesempatan berjumpa dengan team yang ada kesungguhan sebegini... lebih-lebih lagi kesungguhan keeper mereka..walau diasak..tapi SHAM tetap bersemangat... tetap menyelamatkan gawang mereka... Jaringan malam tersebut hanyalah...


KL Pendidikan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada team diatas...sebab sudi friendly dengan kami...menambahkan lagi kenalan dan yang penting menggekalkan gaya hidup sihat...

meh la tengok serba sedikit gambar yang sempat aku snap utk ketiga-tiga friendly ni...




adios...

KL Pendidikan menyertai Friday Futsal...ini bukan cobaan tapi kenyataan

Jeng...jeng..jenggg.... seperti yang aku dah beri tahu dalam posting yang lepas... Save the best for last...he... he... he... Penyertaan sulong KL Pendidikan dalam mini tournement Friday Futsal... banyak pengalaman berguna dan menarik yang berlaku pada malam tu... Sebenarnya dah agak lama aku berbincang dengan pengurusan untuk masuk Friday Futsal ni, tapi 15hb Mei 2009 barulah berkesempatan untuk menguji kehebatan pihak lawan... he.. he... he...

Ok, KL Pendidikan telah diletakkan dalam kumpulan A bersama FF21, Berangan Katip dan High Voltage. Daripada risikan didapati team tuan rumah FF21 ni merupakan top ranking dalam friday Futsal ni... kalu dibuat perbandingan team KL Pendidikan ni kira paling senior... mengikut kata-kata MUSANNEF... kalu umur dia dan Sadli dicampurkan..dah hampir satu abad berbanding team yang lain suku abad... tapi bak kata ahli bijak pandai...bola itu bulat...

KL Pendidikan memulakan mini tournament ni dengan bertemu FF21... gah segah nama mereka... muda-muda belia... mempunyai skill peribadi yang tinggi...sepakan yang kencang dan tepat.... mereka mempunyai stamina yang tinggi dan berpengalaman dalam tournament ni... maklumlah team tuan rumah... Seawal wisel ditiup, berdesup FF21 ni membuat sepakan kencang... tapi keeper Ramlee macam spiderman...melekat bola tu dio tangkap....Diawal permainan, KL Pendidikan dikejutkan dengan 2 jaringan kencang dari tengah court... he..he..he... tapi mereka terlupa ...bola itu bulat... apabila Atan menyedarkan mereka dengan 2 gol... Jaringan kencang dari tengah court... tersentak dengan itu, mereka mula serius dan menambah 2 lagi jaringan... Masuk separuh masa kedua, MUSANNEF dan SADLI mengambil tempat... sekali lagi gawang mereka dirobek oleh sepakan tonjol Musannef... he..he..he... dan menambahkan lagi kesan tercalar... apabila SADLI menyungkit masuk bola... Gol persamaan...KL Pendidikan Seri dengan FF21 ni...

Perlawanan kedua, KL Pendidikan bertemu pula dengan BERANGAN KATIP...juga merupakan opponent yang muda dan stamina yang tinggi... Game kedua ni, KL Pendidikan bagai hilang arah..mungkin terkejut dengan corak permainan team ni, yang suka baling bola terus ke gawang gol...he..he..he... apa lagi..RAMLEE tersentap bila satu balingan dari keeper mereka dan hanya di heading oleh player mereka....terus gol.... Aku berjaya menyamakan kedudukan apabila menyudahkan hantaran silang dari Atan... Tapi KL Pendidikan tersentak sekali lagi bila mereka berjaya menjaringkan gol...gol mudah lagi tu ...he...he...he... Napi membuat rembatan kencang dan berjaya menyamakan kedudukan... Gol kemenangan KL Pendidikan disempurnakan oleh Atan... KL Pendidikan 3 Berangan Katip 2....

Game ketiga, KL Pendidikan bertemu dengan High Voltage... seronok apabila KL Pendidikan berpesta gol... SADLI, MUSANNEF, ATAN masing masing berjaya menjaringkan gol... High Voltage ni, mungkin team yang baru bersama, mereka kelihatan agak gugup... mereka kurang dari segi finishing... dan kawalan gelangang... kalah menang bukan ukuran... yang penting pengalaman dan semangat... tak banyak yang dapat aku kata-kata asal High Voltage ni sbb dah tak concentrate sangat...sibuk mencongak perancangan masa depan... KL Pendidikan berjaya menewaskan High Voltage 5-0

Keseluruhan corak permainan KL Pendidikan pada malam tu, Simple and easy... tak banyak skill... banyak one touch ... Chemistry antara player pun baik... Kita datang dengan "underdog"... Kita pulang dengan meninggalkan sedikit kesan kepada mereka... KL Pendidikan meninggalkan Friday Futsal dengan tempat kedua apabila kalah hanya dengan kiraan mata dengan johan kumpulan FF21... Permulaan yang baik untuk SENIOR team... he... he... he...

Aku sempat berborak dengan USOP manager KITARO FC... aku bangga dengan usaha dia dan rakan...membantu anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah... kurang-kurangnya mereka ada tempat untuk berkumpul...get along as a team...dan juga usaha menyediakan team untuk menyertai kejohanan i-METRO di Terengganu... pada USOP... teruskan usaha... niat ikhlas pasti tuhan akan balas dengan kebaikan....

Kita lihat sedikit gambar mini tournement Friday Futsal ni....




Nota kaki: mungkin Friday Futsal ni akan dijadikan akitviti bulanan... "once a month"... tapi atas persetujuan semua...

Ruangan Khas Sempena Hari Guru.....

Selamat Hari guru untuk semua ahli KL Pendidikan... Aku tujukan sajak Usman Awang ini kepada Semua rakan guru Khasnya Ahli KL Pendidikan dan Warga Guru seluruh Malaysia amnya... Sajak ini amat terkesan.... banggalah kerana anda semua adalah insan terpilih...

Guru Oh Guru
Oleh Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


A great Teacher... takes a hand, opens a mind and touches a heart

Renung... renungkan lah....

Friendly yang benar-benar ad-hoc... Petang Set Malam Main... KL Pendidikan vs Mat Zu FC

Sebelum aku melaporkan aktiviti friendly ni... Aku ambil peluang ni nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgu... Walau dimana kita berada... Insa'allah ada anak murid yang sedang mengenang kita... Keikhlasan anda semua menjadi dorongan kepada anak-anak kita...SELAMAT HARI GURU...

Ok, kita teruskan... sebenarnya team KL Pendidikan baru jer menyertai FRIDAY FUTSAL.... oleh kerana keletihan yang amat sangat... Aku jadi tak boleh nak tido...terkebil-kebil dalam gelap... So, aku bukak balik PC ni dan cuba tulis sikit pasal friendly ad-hoc dengan MAT ZU FC ni... yang FRIDAY FUTSAL aku tulis kemudian...save the best for last.... he...he..he....

Team MAT ZU ni, sebenarnya Kombinasi beberapa jabatan kerajaan..ada Polis, ada cikgu, ada JKR dan lain-lain lagi...kiranya team majmuklah ni... Aku kenal MAT ZU ni pun sebab dia main utk MyLib FC nyer team... Aku dapat panggilan dari MAT ZU untuk wat friendly tengah hari... then aku follow up dengan MUSANNEF... bos kata layan...he..he..he... so, malam tu (12hb Mei 2009) berlangsunglah friendly ni... Mat Zu sampai lewat sebab lekat dalam hujan...

Seperti kebiasaan, KL Pendidikan membuka jaringan seawal permainan.... 3 gol direct... mungkin team Mat Zu ni masih belum panas lagi... selepas tu, barulah nampak kesungguhan mereka mengejar.... gol demi gol mereka jaringkan... Keeper RAMLEE nampak nyer dah semakin meningkat dan sudah mula beraksi sebagaimana sepatutnya...banyak jugaklah dia selamatkan gawang... Atan seperti biasa, merobek hati pihak lawan dengan sepakkan kencangnya..berdesup pergi bola tu... dan kebanyakkan gol KL Pendidikan terhasil daripada crossing depan gol lawan... sekali sekala Atan dan MUSANNEF dengan sepakkan berbisanya...

Team Mat Zu ni daripada segi stamina agak tinggi... tetapi mereka jarang shooting bila mempunyai peluang... tapi man marking mareka baik... Jadi disinilah kekuatan stamina diperlukan... Daripada perbualan, team ni jarang-jarang main bersama jadi, mungkin kesefahaman masih kurang... tapi yang penting semangat kesukanan... terima kasih kerana sudi berfriendly dengan kami... Line Up KL Pendidikan...Atan, Ramlee, Musannef, Adha, Nusi, Aku dan Faizal....

Selepas berhempas pulas...KL Pendidikan berjaya mengekang pihak lawan dengan 14 berbalas 9

Sedikit gambar-gambar yang berjaya ditangkap...



Adios

3rd Rematch : MyLib FC vs KL Pendidikan... Persediaan sebelum test FRIDAY FUTSAL....

Besar jugak hajat KL Pendidikan ni, nak test main kat Friday Futsal...he..he..he... entah bila lah tu...cadangan saja... tapi harap mendapat support dari player... Jadi sebagai menghadapi khayalan tadi, pada 8hb Mei 2009 KL Pendidikan sekali lagi mengadakan friendly...kira ni dah kali ke-3 dah ni...RereREmatch lah kot... dengan MyLib FC ni...

Tengah hari tu aku baru balik dari Bagan Lalang, sebab ada Mesyuarat PEKA SAINS... sempat rehat kejap... Mylib FC ni menurunkan player mereka yang biasa kecuali ada beberapa ahli baru... Diawal permainan, KL Pendidikan dikejutkan dengan jaringan gol oleh MyLib ni...berdesup bola... DAN Ramlee seperti biasa... mungkin terkejut...atau khayal...tapi itulah bola kegemaran Keeper Ramlee untuk menambah kasih sayang pihak lawan.... Selepas tersentap tu, KL Pendidikan mulalah melakukan serangan demi serangan...dan serangan dibalas pula oleh MyLib ni... Keeper mereka cuba bertindak cemerlang... tapi nampak macam keletihan atau sedikit frust apabila KL Pendidikan mula menjaringkan Gol demi gol... Keeper Ramlee, mula menunjukkan bakat yang sebenar apabila berjaya menampan beberapa gol... tapi yang tak tahan didengar...sepanjang malam dok cerita dia berjaya tangkap bola yang laju masa di akhir akhir permainan... Kenangan indah kata nyer... aku terpikir jugak..masa mana lah tu pulok... biarlah ia menjadi fantasi RAMLEE....

Pandangan peribadi aku...malam tu MyLib macam hilang semangat je... atau mungkin tak de chemistry lagi dengan beberapa player baru mereka... mungkin keletihan selepas seharian bekerja...he..he..he... walaubagaimanapun, aku enjoy bila tengok..skill yang dipamerkan oleh SHAM...bola macam melekat kat kaki lah... KL pendidikan yang ada skill macam tu pun..rasanya Atan je...tu pun kadang-kadang berbelit kaki nyer...

Agak gembira jugak malam tu, bila SADLI turun... memberi keceriaan kepada player yang lain...he.he..he... terima kasih Bang... ingatkan dah lupa pada kami semua... tapi ada beberapa ahli yang tidak dapat turun... FAIZAL dan QADRI katanya tak dapat SMS...ADHA balik Terengganu ada Family matter... LIM ingin berehat seketika... Pok Cek bermain cemerlang jugok..banyak serangan dapat dipatahkan...So, line up malam tu: RAMLEE, MUSANNEF, NUSI, ATAN, SADLI, AKU dan POK CEK...

Selepas berhempas pulas... akhirnya KL Pendidikan berjaya mengekalkan kemenangan... 17 berbalas 8... Kalah menang adat... yang penting enjoy...dapat kenalan... sihat tubuh badan... Kekalkan gaya hidup sihat....


adios

Nota Kaki : Best ooo..tengok Pok Cek mancing udang...banyak dapat... Mungkin ini akan menjadi aktiviti tidak rasmi KL Pendidikan... memancing udang Harimau... Hari-Hari Mau... auummmm...

Laporan Tertangguh Lagi Dan Lagi: KLP vs BOMBA dan KLP vs COPA DEL RAYS

Tengok tajuk pun dah tahu, Minggu lepas dan minggu sebelumnya merupakan minggu yang amat amat sibuk lagi menyibukkan... 3 hari berada di Port Dickson... Balik terus MUSANNEF sms kata ada friendly... Bukan calang-calang team ni..team BOMBA pulak tu... belum sempat aku tulis laporan mengenai friendly tu...Sampai je kat sekolah, dapat lagi surat, aku kene gimeeting data operasi menengah...3 hari lagi... Rabu malam (29hb April 2009) berfriendly pulak dengan team COPA DEL RAYS ni...penat lagi memenatkan... Dan minggu ni dapat lagi surat kene pergi pula Seri Malaysia, Bagan Lalang... Waduh waduh... bila lah aku nak habis sylibus ni...

Ok, Aku cerita satu-satu pasal friendly ari tu...mula-mula sekali dengan team BOMBA ni... Mereka turun dengan jersy Gold Hitam... Sekali tengok gerun jugak... dalam kepala aku, mesti stamina tahap dewa-dewa ni... Diawal permainan, mereka agak gugup apabila KL Pendidikan dengan mudah menjaringkan gol... tetapi apabila mereka mula panas, serangan demi serangan mereka buat... dan sekali lagi keeper RAMLY MENJADI KESAYANGAN PIHAK LAWAN, apabila dengan muka tidak bersalah melepaskan beberapa gol yang tak tercapai oleh akal ku...

Mastermind team BOMBA ni adalah NAN (he...he...he... kadang-kadang dio turun jugak joint sesi mengeluarkan peluh kito orang...) Dio ni, main di bahagian defend... Apabila dia ada dalam gelanggan, masa ni lah team BOMBA ni banyak menjaringkan gol... KL Pendidikan banyak bergantung kepada ke"COOL"an MUSANEEF mengawal permainan malam tu... Walaupun ada sedikit gangguan kepada emosi apabila melihat perfomance keeper, namun dapat dikawal dengan bantuan MUSANEEF ni...

Secara keseluruhannya, Corak permainan KL Pendidikan masih lagi diluar dari kebiasaan... Kajian demi Kajian telah dibuat, namun masih belum mendapat jawapan... KL Pendidikan berjaya menewaskan TEAM BOMBA dengan 18 - 15... dan yang best nyer, aku jadi hilang ingatan apabila tak ingat langsung nak ambik gambar... baru keluarkan camera... snap 2-3 keping..lampu terus padam...


Ok, seterusnya friendly dengan Copa Del Rays ni...dengar nama pun dah ala-ala amerika latin ni...belah belah Brazil or Maxico...he..he..he... daripada pertemuan malam tu, ada 2-3 orang daripada team ni, pernah main dengan team KIKA-7 FC... musykil jugak..KIKA-7 FC dah pecah ker...

mereka ni terdiri daripada pemuda harapan bangsa belaka... muda-muda dan stamina agak tinggi kalu dibandingkan dengan team KL Pendidikan... dari segi permainan meraka agak simple, man marking sangat baik... dan bila opponent leka, masa ni lah mereka mencuri peluang... Apabila menyerang...mereka akan naik keempat-empat sekali, bila terlepas bola...empat-empat akan lari turun... Stamina tinggi oooo... Personal Skill mereka juga baik...

Emosi sekali terganggu apabila, keeper RAMLY bagaikan tiada effort untuk menangkap bola...bermula disaat inilah, permainan KL Pendidikan mula terjejas... mulalah masing masing main macam gurhka... emosi tidak terkawal..puas MUSANNEF keluar masuk untuk mencorak balik..tapi apakan daya...COPA DEL RAYS telah berjaya mengayamkam KL PENDIDIKAN... dah mula ada "spark".. antara sesama player... sehinggakan ada yang mungkin terasa hati... Sejurus selepas tamat permaian malam tu, sedikit sesi taskirah telah diadakan bagi masing-masing bermuasabah diri...he..he..he... mungkin kerana jersey berwarna putih, seakan-akan menjadi badi kepada KL Pendidikan... Serba tidak menjadi... dan untuk sekian kalinya KL Pendidikan tewas kepada COPA DEL RAYS...8 berbalas 17...



Sedikit gambar yang berjaya disnap...






Nota kaki...siapakah ini?...kenapakah dia berada diluar gelanggang?... Jangan biarkan diri anda diselubungi oleh misteri...

Adios
Blog Widget by LinkWithin