Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan... berlangsung sudah... report jer lambat tulis...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdullilah semuanya telah berlangsung, Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan kali ni dah masuk kali ke-3 penganjurannya... terima kasih tak terhingga kepada semua yang telah sudi menyertainya... segala suport yg diberikan amat-amat kami hargai... seterusnya tahniah kepada pemenang.... nak tahu siapa yg menjadi pemenangnyer?...tungguuuu...

oklah, kejohanan kali ni bermula tepat jam 10 pagi... walaupun agak tersasar daripada jadual yang sepatutnyer tapi masih lagi dalam landasan yang betul... terdapat beberapa pasukan yang telah mengesahkan penyertaan telah menarik diri disaat - saat akhir... tunggu punya tunggu tapi tak kunjung tiba... bila call, dengan rasa tak bersalah mengatakan mereka menarik diri.... kami tak boleh nak paksa untuk menyertai pertandingan ni, tapi sekurang-kurangnya sms bagi tahu awal... boleh kami rombak jadual... walau bagaimanapun... semua ni tak menjejaskan kejohanan kali ini... sebaliknya menjadikan pengajaran kepada kami...seterusnya, taklimat ringkas oleh pengadil kepada semua pengurus engenai perubahan terhadap undang-undang permainan... pertandingan berjalan dengan smooth sesemoothnyer... tiada incident yang tidak di ingini berlaku... kerjasama daripada semua pasukan amat baik... tahniah semua...

Kejohanan kali ini telah dijuarai oleh pasukan "Belajar Main" apabila berjaya menwaskan pasukan "Desa Petaling"... mana kala tempat ketiga jatuh kepada pasukan "One-5-Rose" dan tempata ke-4 adalah pasukan "GT"... Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM500 + Hamper, ke-2 wang tunai Rm350 + hamper, tempat ke-3 RM150 + hamper dan tempat ke-4 RM120 + hamper... apa-apa pun tahniah kepada semua pasukan...kalah atau menang...adalah adat pertandiang... kita cuba lagi...

Johan
Belajar Main

Naib Johan
Desa Petaling

Tempat Ke-3
One - 5 - Rose

Tempat Ke-4
GT Team

Hebat-hebat belako puok - puok ni... tahniah sekali lagi kepada semua pasukan yang telah memenangi Kejohanan kali ini....

Apa yang menarik pada pertandingan kali ini adalah vanue pengajuran lebih selesa berbanding dengan vanue yang lepas-lepas... insa'aalah vanue ni akan terus digunakan untuk sesi yang seterusnya... Perancangan yang seterusnya adalah untuk mengadakan pertandingan untuk team perempuan... banyak jugak team yang request... insa'allah akan diadakan... tunggu sahaja berita terkini daripada kami...selalu selau lah lawati lama blog ni atau di facebook kami...

Seterusnya ribuan terima kasih kepada En. Adzmi Baba sebagai penaung dan penasihat kejohanan kali ini dan tak lupa pada Pak Long selaku pengurus bola sepak senior atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini... sehingga kita jumpa lagi dalam sesi akan datang...

sama-sama kita saksikan gambar sekitar kejohanan berlangsung...



kita jumpa lagi...

adios...

Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... Pre Macth Report...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... cepat sungguh masa berlalu, rasanye baru jer surat jemputan Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni dimasukkan dalam pigeon hole sekolah masing-masing... esok lusa dah hari kejadian...

ok, tidak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana pihak penganjur mengadakan sesi taklimat kepada Pengurus-pengurus pasukan 3 hari sebelum Pertandingan, kali ni pendekatan yg baru diambil, dimana taklimat diadakan pada hari pertandingan iaitu pada 6 Mac 2011 jam 8.30 pagi di Centermart Futsal Center... Jadi amat-amat diharapkan agar semua pasukan dapat hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan...

Seterusnya, sehingga jam 7.00 petang tadi (3 Mac 2011), jumlah penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 21 pasukan...sekiranya ada, pihak penganjur akan menerima penyertaan saat saat akhir sehingga hari kejadian... sehingga sekurang-kurangnya 24 pasukan... supaya senang pembahagian kumpulan... tapi sekiranya tiada lagi penyertaan, format tahun ini akan diubah sedikit dimana, hanya ada 4 kumpulan sahaja dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 5 pasukan... jadi setiap pasukan akan main 4 perlawanan... sekiranya format ini digunakan maka, loser pool tidak akan diadakan... jadi war-warkan lah kepada rakan rakan yang masih berminat... peluang masih terbuka...

Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana Centermart Futsal Center ni... Jangan sesat udah ler... harap-harapnyer peta ni dapat membantu... KL ni sempit jer...he..he..he.. kalu sesat, calling...calling lah yer... saya sudi membantu...

oklah, kepada semua pasukan yang menyertai, semoga berjaya... all the best... kita jumpa disana...


adios..
Blog Widget by LinkWithin