Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Laporan Tertunda : Friendly KL Pendidikan Vs Kawan-Kawan FC

Minggu ini merupakan minggu yang amat meletihkan...semasa laporan tertunda ni aku buat, aku berada diluar kawasan... ada Mesyuarat PEKA SAINS... ada satu friendly terpaksa dibatalkan...Jem kepala otak... tetiba jer teringat akan friendly yang satu ni... apa lagi, terus bukak laptop..nasib baik ada DIGI...ku bersamamu...he..he..he... ramai jugak orang kuning kat sini...

Tetapi yang ketara, waktu friendly juga menjadi antara penyebab...keletihan yang ketara.... mungkin next month, aku akan set friendly pada hari Jumaat balik...

Friendly KL Pendidikan kali ini bertemu dengan para-para pemuda harapan bangsa... dengan jersey berwarna KUNING... average mereka berada dalam ketegori muda... Semangat juang amat tinggi... tetapi kekurangan mereka hanyalah pengalaman... KL pendidikan juga bagaikan hilang rentak...sudah dua friendly dah ni... Faktor kehilangan rentak ini masih lagi dikaji oleh pihak pengurusan... Coach dah pening kepala... Adakah telah rasa selesa atau terlalu terikut ikut dengan rentak pihak lawan...

Keeper mereka banyak mengawal permainan daripada gawang gol dengan memberikan arahan dan maklumat terkini mengenai kedudukan player KL Pendidikan... DAN keeper KL Pendidikan sekali lagi bertindak cemerlang dan menjadi keeper kesayangan pihak LAWAN...apabila dengan cemerlangnya melepaskan gol dan telah diayamkan oleh mereka... he..he..he... kerana kebanyakkan gol mereka merupakan gol hasil daripada hantaran singkat di depan gol...

Striker mereka berjaya menembusi kawasan defend KL Pendidikan apabila defender KL Pendidikan agak leka di bahagian tengah... Seperti biasa, Aku agak tumpul walaupun peluang bergolek di depan mata... pelik sungguh...susah sangat nak buat gol sekarang... Tetapi ada juga peluang yang terbuka tetapi terlepas apabila ada yang dah mula mengentel bola...lambat passing hinggakan pihak lawan dapat menutup ruang... Walaubagaimana pun, serangan demi serangan...gol berbalas gol...

Dah pening ni... kepala dah tersumbat ni... dah tepu... So, kesimpulannya, KL Pendidikan berjaya menewaskan team KAWAN-KAWAN FC dengan beza 5 mata:


Sedikit gambar semasa friendly :

Serba tidak menjadi....Friendly Merah vs Putih

Apa yang boleh dikatakan mengenai friendly semalam adalah... SERBA tidak menjadi... pusing kanan tak jadi...pusing kiri pun tak jadi...last-last, pi mai pi mai tang tu jugok... Semalam team KL Pendidikan telah bertemu dengan team SJI96 FC...team ni merupakan team old boys st. john institiution...Ganas tapi mesra....

Diawal minit-minit permainan, KL Pendidikan bagaikan hilang arah, apabila dengan tenang dan senang aje, keeper RAMLI melepaskan gol... bola kesukaan RAMLI...meleret...celah kangkang...terbang tangkap angin... selepas sesi soal selidik...perkara utama mengapa dio dengan selamba melepaskan gol...takut jersey dio kotor...PULOKKKK... Dipermulaan, 3 bijik pihak lawan merobek gol KL Pendidikan. Walaubagaimanpun, semangat mula membara apabila ATAN mula menjaringkan gol dengan tendangan derasnya...tetapi SJI96 FC tetap memberikan saingan yang sengit...masing masing mula berbalas serangan dan menjaringkan gol...

"Keseluruhan permainan yang ditunjukkan semalam bukanlah mengambarkan cara permainan yang sebenar..." kata pengurus player KL Pendidikan... masing-masing bagaikan hilang arah..off position...aku lagilah...melilau..nak pergi mana pun tak tahu...pening-pening... mungkin keletihan atau memikirkan esok nak sekolah...he..he..he... Pihak lawan mengunakan peluang sebaiknya akan kekalutan, kekucar-kaciran dan ketakutan keeper RAMLI mengotorkan jersey barunya...

Pada penghujung permainan, pihak lawan telah mengunakan keeper mereka yang baru...banyak peluang dan serangan daripada Striker KL Pendidikan berjaya ditangkis... ATAN mula dikawal dengan ketat... tidak memberi peluang untuk membuat rembatan...Mereka mempunyai defend yang baik... Line up KL Pendidikan semalam.. ATAN, FAIZAL, ADHA, LIM, MUSANEEF, RAMLI, POK CEK dan AKU...

Selepas sejam, berhempas pulas, apabila lampu dipadamkan..KL Pendidikan berjaya menewaskan team SJI96 FC dengan beza mata 2-0 sahaja...



Sedikit gambar mengenai perlawanan semalam..



Penampilan Sulong KL Pendidikan dengan Jersey baru....

Semalam (8hb April 2009) sekali lagi KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team Setapak Jaya FC (SJFC)... Kalau ikut sudah dekat seminggu aku minta Ramli untuk booking court kat Sport 7, wangsa maju... tetiba jer Kader (staff sport 7) cakap kito orang tak booking... hangin satu badan...dengan selamba jer dia cakap kito orang tak booking...tak rasa bersalah langsung... tapi daripada risikan, sebenarnya komputer dio orang yang problem... dah banyak kali dah jadi macam ni... Nampaknya, kena cari vanue lain lah pulak...yang lebih selesa...murah... mungkin bulan depan, aku nak jadi member kat Ampang Sport Planet... Sana lebih selesa dan murah....

OK, berbalik pada friendly semalam... KL Pendidikan turun dengan semangat baru dengan berbekalkan jersey baru...he..he..he... game dimulakan lebih kurang jam 10.15 pm... team SJFC ni terdiri dari pemuda-pemuda disekitar taman setapak jaya...lincah...energetic...individual skills pun hebat... daripada pemerhatian badan-badan bebas... SJFC ni mempunyai permainan yang simple tapi pantas... passing tepat...lincah... kebanyakkan gol yang dihasilkan daripada crossing yang simple dan tepat... kepeer RAMLI telah berjaya "diayamkan" oleh mereka.... Yang menarik mengenai team SJFC ni...kawalan court amat mantap... mereka cepat menutup ruang yang terbuka... man marking pun baik...sampai berbuih striker KL Pendidikan melilau mencari ruang kosong... Keeper mereka juga sangat pantas... baru nak pusing...tangan dah ada kat kaki...tangkap bola...

Di awal permainan KL Pendidikan tetap memberikan saingan kepada mereka...tapi, tahu-tahulah remaja berumur ni...time limit dio 20-30 minit jer....lepas tu...mintok nyawa...mintok nyawa... secara umumnya semalam, bahagian serangan agak tumpul...banyak peluang depan gol tetapi terlepas mcm tu jer... ada juga sepakkan tepat tetapi dapat ditangkis oleh keeper mereka... daripada pemerhatian, kalu dikira jumlah serangan, KL Pendidikan banyak membuat serangan tetapi.... sayang seribu sayang...keeper mereka sangat cemerlang....line up KL Pendidikan semalam...MUSANNEF, LIM, RAMLI, ATAN, FAIZAL, POK CEK, AKU dan WAN FELDA (awalnya datang untuk jumpa kawan...tp yang pelikya siap bwk seluar...he..he..he...) Apa-apa pun... friendly dengan SJFC ini amat berbaloi dalam menguji kehebatan dan kekurangan KL Pendidikan...

Penampilan KL Pendidikan dengan jersey baru nampaknya terpaksa menerima kekalah dengan bergaya...Keputusan...KL Pendidikan tewas...he..he...he...


Sedikit sedutan dari friendly semalam....




Kemana Menghilang...

Kemana habis menghilang ahli-ahli KL Pendidikan?....Busy...Lupa...atau sudah tidak berminat untuk bersama-sama ke sesi mengeluarkan peluh... Semalam, kehadiran masih lagi di peringkat minima...walaupun kehadiran mencukupi tetapi agak lewat...seawal jam 6.15pm, hanya 4 orang sahaja yang tiba... apabila masuk waktu kecemasan, tiba lagi 2 orang ahli...terpaksaah Musannef mengimport student UTM sebagai ganti...Apabila permainan bermula lebih kurang 15 minit...barulah kelibat ahli kelihatan...Permainan mula meriah..apabila, masing masing cuba untuk mengalahkan pihak lawan... Team Ramli vs Team Wan Felda...he..he..he... sesi bakar membakar bermula...Kironya objektif tercapai untuk mengeluarkan peluh..walaupun hangit team Wan Felda dibakar oleh Team Ramli...

Kebetulan pulak, belah malamnya Ahli KL Pendidikan dipecahkan kepada 3 bahagian apabila masing masing mengadakan sesi friendly...SMK Danau Kota VS SMK Setapak Indah dan Team Superstar VS SMK Hartamas....Keputusan...SMK Danau Kota berjaya menewaskan SMK Setapak Indah dengan bacaan 12-8 dan team SuperStar berjaya menewaskan team SMK Hatamas dengan jariangan 21-8...

SMK Danau Kota dikemudi oleh Abg. Mizi, Nazri, Hafizal, Nuar, Alif dan Aku... manakala Team Setapak Indah dikemudi oleh Nusi dan Usop dan beberapa lagi cikgu mereka (maaflah tak ingat nama) ...Team SuperStar dikemudi oleh Suhairi... Lotih memang Lotih...tapi enjoy...

Sekali lagi diberitahu bahawa pakej sesi mengeluar peluh bagi bulan APRIL telah bermula...marilah kita menyerbu SPORT 7...basahkanlah court dengan peluh kita... bersukanlah untuk kesihatan...

Adios...

Kehadiran yang dinantikan...PREMIER PREVIEW...

Khamis (2hb April 2009) lepas merupakan sesi mengeluarkan peluh yang jarang-jarang berlaku... Sesi biasa jam 6.00pm terpaksa ditunda kepada jam 7.00pm akibat daripada masalah teknikal... Gara-gara komputer Sport 7, Wangsa Maju Jem... walaubagaimanapun, oleh kerana semangat yang kental...sesi menunggu tersebut telah dipenuhi dengan sesi-sesi yang penuh dengan perbincangan ilmiah... Kehadiran lebih kurang 12 orang... Sesi tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran tonggak utama dan merupakan antara pengasas team Futsal KL Pendidikan.. UST. SETIA... dengan hanya sedikit skill yang terjejas walaupun telah lama menggantung kasut... WELCOME BACK...

Ok, disempatan ini jugak, aku nak perkenalkan JERSEY KL PENDIDIKAN yang masih lagi panas-panas... Telah pun siap... daripada kualiti pembikinan, aku sangat berpuas hati..material juga ringan dan lembut...cuma untuk first batch ini nombor aku dah fixkan...sebab aku tak sempat nak mintak dari ahli semua...kira aku gamble jer buat jersey ni... dan untuk first batch ni jugak aku hanya buat 10 helai jer dulu sebagai sample...sekiranya mendapat sambutan mungkin aku akan re-order... sekiranya kehebatan KL Pendidikan ni mendapat perhatian..mungkin banyak lagi produk-produk yang boleh dikeluarkan...next produk, mungkin aku nak try buat SHOE BAG exclusive... material dah ada...tinggal nak negotiate price... he..he..he... mungkin kito buleh bagi hadiah untuk Sesi Liga dalaman KL Pendidikan...

Pandang Depan


Pandangan Belakang


Aku tak kisahlah sekiranya ada antara kita yang rasakan ini semua hanyalah syok sendiri... atau mengutuk daripada belakang... yang penting aku buat untuk keseronokkan bermain futsal...untuk mengiktiraf kesungguhan ahli yang lain yang memberikan komitment...dan menghargai persahabatan... melabur duit sikit untuk kegembiraan hati....

Adios...
Blog Widget by LinkWithin