Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Liga Dalaman dah selamat dijalankan.... Friendly : 2+1...

Alamak...dah agak lama aku tak update blog ni... buzy ker?... bolehlah dikatakan buzy... boleh jugak dikatakan mood tak datang... Feel tak de nak tulis blog ni... kenapa ek?... he..he..he.. bukan merajuk tapi mencari kekuatan... emosi terganggu... terganggu pertama kerana sambutan ahli KL Pendidikan terhadap Liga dalaman... Kedua kerana kekalahan berturut-turut friendly... He..he..he...

Sambutan terhadap Liga dalaman bukannya tak baik..bagus...macam biasa...cuma ketepatan masa... rasanya dah diwar-warkan yang game start jam 6.00pm... tapi jam 6.30pm masih belum dapat dimulakan... Jadi, kesudahannya 2 perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakkan penalti... sebab tak cukup masa... Harapnya, Liga dalaman kita pada 19hb Nov 2009 ni, menda ni tak berlaku lagi.... Walaubagaimana pun, Liga berjalan dengan jayanya...terima kasih kepada team undangan.. team dari Jaya Jusco, Wangsa Maju... yang juga merupakan JUARA untuk edisi kali ini... Tahniah...Tahniah...

Ok...dalam kesibukkan jugak..seperti biasa... KL Pendidikan sempat mengadakan friendly... diam tak diam ada 3 friendly yang tak sempat aku tulis...he..he..he... jangan marah arrr... Team yang pertama namanya CUTI-CUTI FC, team yang kedua... ICON FC dan last sekali Team serpihan PAP.... aku namakan PAP 2...

Ok, kita pergi satu-satu... pada 28hb Oktober 2009, KL Pendidikan bertemu dengan team Cuti-Cuti FC... entah kenapa, aku pun tak pasti..sejak daripada naik daripada cuti hari raya aidilfitri ari tu... corak permainan agak kucar kacir... keadaan ini berlanjutan sehinggalah kami bertemu pulak dengan team ICON FC pada 4hb November 2009... agak pelik... bagai hilang arah... passing tak sampai... men marking pun longgar...stamina jgn cakaplah... he..he..he... hasil daripada itu, KL Pendidikan telah mengalami kekalahan yang berturut turut...


Setelah mengadakan sesi post-mortem di ALI MAJU... aku rasa sebab utama adalah, chemistry antara player dah makin kurang... maksud aku, start dari lepas raya ari tu... aku set 1 friendly seminggu... jadi interaksi jadi kurang sbb ada 2-3 player yg tak turun waktu sesi mengeluarkan peluh, so, mereka hanya main seminggu sekali sahaja... kemudian, faktor kecederaan... ATAN dan MUSANEEF cedera kat ankle...Keeper RAMLEE cedera kat pergelangan tangan masa lawan SALA O... Tindakkan yang akan diambil... akan mengadakan friendly 2 kali seminggu...he..he...he...
Sedikit gambar yang sempat aku snap semasa friendly dengan Cuti-Cuti FC..


Seterusnya, semasa friendly dengan team ICON, terdapat sedikit peningkatan dalam corak permainan KL Pendidikan... walaubagaimana pun, KL Pendidikan dipaksa bekerja keras... he...he... he... akhirnya... KL Pendidikan Kalah lagi... hu..hu..hu..



gambar untuk friendly tersebut...


Selepas post-mortem tersebut jugak, aku pun dengan kadar yang pantas... set 1 lagi friendly pada 6hb Nov 2009... Kali ni dengan team serpihan PAP... aku bagi nama PAP2 yang di organise oleh HASBULLAH... KL Pendidikan mengunakan sepenuhnya, peluang yang ada untuk memperbaiki keadaan... hasilnya agak memberangsangkan... tetapi masih ada ruang-ruang untuk meninggkatkan corak permainan.... KL Pendidikan berjaya mencari sinar....


Moral of the story... chemistry antara player juga penting....

adios...
Blog Widget by LinkWithin