Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center
Memaparkan catatan dengan label Perbincangan Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbincangan Umum. Papar semua catatan

Sepi Sesepinyer...Rindu Serindunya... Bukan tak sudi tapi bermuasabah diri....

Salam semua... rasanya dah agak sekian lama aku tak update blog KL Pendidikan ni... Kenapa ekkk???... macam orang bercintalah, kalu jumpa hari-hari nanti boring pulak... he..he..he.. (alasan lah ni) mintak maaf bebanyak kepada semua... bukan tak nak update tapi sejak dua menjak ni terdapat sedikit gangguan kepada emosi dan jasmani... Jadi, lebih baik berdiam dari berkata-kata... tugasan hakiki perlu diutamakan... he..he..he... seterusnya, ada ahli kami yang dulunyer single kini dah beregu... ada yg produktif, menambah umat kat dunia ni... jadi sedikit sebanyak perlu adjust kepada perubahan ni...

Ok, sedikit makluman untuk semua... kalu dulu aku menulis dari sekitar gombak tapi kini terpaksa bersiaran dari sekitar Rawang pulak... tapi seperti selalu nasib baik ada orang kuning...kubersamamu... DIGI... sementara dalam proses upgrade ker streamyx...

Dalam tempoh sepi menyepi ni... sebenarnya KL Pendidikan masih lagi melakukan aktiviti rutin kami...FRIENDLY, SESI MENGELUARKAN PELUH, MINI TOURNAMENT dan TOURNAMENT PSKPP-KL PENDIDIKAN... Insa'allah sekiranya ada kelapangan, akan aku update semua aktiviti tersebut...

Hingga jumpa lagi... adios...

Takziah Kepada Keeper RAMLEE.....

Pertama sekali, aku nak maklumkan kepada semua warga KL Pendidikan satu peristiwa sedih yang menimpa salah seorang dari rakan kita...Keeper Ramlee... Awal pagi tadi, ayahnya telah pulang ke rahmatullah... akibat STROKE...

Dikesempatan ini, aku mewakili semua warga KL Pendidikan mengucapkan takziah dan marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham...AL- FATIHAH... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... amin...

Kepada Keeper RAMLEE diharap dapat bersabar dan kuat semangat.... anggapkan ini sebagai ujian... Allah sayang orang yang sentiasa diuji... sekali lagi, takziah kepada keeper RAMLIE....

Memperkenalkan jersey terbaru KL Pendidikan

Aku nak memperkenalkan design terbaru jersey KL Pendidikan... tercetusnya idea ni, masa aku kat sekolah...sambil lepak-lepak dan berborak dengan cikgu-cikgu di stor sukan... terlintas dikepala untuk design logo yang baru...yang nampak agak agresif...he..he..he...

Logo kali ni aku gabungkan seekor naga dgn image orang tengah sepak bola... mula tu aku nak masukkan image api...tapi tak berapa sesuai... kebetulan terlintas seekor naga yang ada shape seakan-akan api...

Artwork asal


Warna pilihan, kali ni adalah MERAH... sesuailah aku rasa dengan design baru tu... aku hantar untuk printing dan lebih kurang 2 minggu... tauke kedai pos jersey tu balik... jadi sempatlah kami pakai untuk friendly dengan team MRSM tempoh hari...

Logo

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Design ni, sekiranya mendapat persetujuan, mungkin akan gunakan untuk ahli KL Pendidikan yang lain... tetapi mungkin mengunakan warna yang berbeza... sama ada Oren atau Hijau Muda... Jadi kepada ahli KL Pendidikan di sesi mengeluarkan peluh...tunggu akan kehadiran jersey kita...


adios

2 Friendly.... berbaloi memang berbaloi...Grenland "The Return" & Sala O FC "The Great"

Adus... pening kepala...tak de idea nak tulis apa kali ni... Wal hal banyak yang nak di beritahu... mungkin terlalu banyak...jadi hilang punca...he...he...he...

ok, aku cerita satu persatu... Bermula dengan LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN yang bakal diadakan pada 27hb Okt 2009, jam 6.00pm kat Sport 7, Wangsa Maju... Risau jugak, apabila aku melihat kepada kehadiran pada Selasa dan Khamis minggu lepas... Hari Selasa hanya 9 orang saja yang muncul... kemana hilangnya yang lain... untuk menyedapkan hati, mungkin pakat pakat pergi tengok KELANTAN vs KL PLUS kot... Khamis pulak kehadiran agak memberangsangkan...tapi pengundian kumpulan tak dapat nak dibuat dengan sempurna...sebab masih lagi ramai yang tak datang... Tapi, dari pengalaman aku... ahli KL Pendidikan ni semuanya ada Soul terhadap futsal ni... Insa'allah akan berlansung dengan jayanya LIGA DALAMAN ni...

Kemudiannya, cerita mengenai Friendly KL Pendidikan dengan 2 team yang hebat... GRENLAND FC dan SALA "O" FC... ungkapan yang boleh aku katakan kat sini... hebat, cantik dan berbaloi...

Friendly KL Pendidikan dengan Grenland FC ni merupakan kali ke-3... kebangkitan mereka selepas 2 bulan tak main futsal ni... daripada apa yang aku tengok, banyak perubahan corak permainan mereka... kalu dulu, mereka ni lebih banyak mengunakan skill individu dan mengentel bola...tapi kali ni, simple touch dan pantas... Jenuh jugaklah kami nak tutup lubang... mungkin mereka dah tahu corak permainan kami...he..he..he... (taktik nak menyedapkan hati)...

KL Pendidikan tetap memberikan cabaran... Keeper Ramlie dah mula bersemangat... banyak menyelamatkan gawang... gandingan Defend jugak berjaya mengekang pihak lawan... cuma bahagian serangan agak tumpul, peluang ada tapi kurang berjaya menafaatkan peluang tu.... banyak cubaan yang tersasar... nampaknya kita kene mantapkan lagi serangan ni... jadi apa keputusannya malam tu?... he..he..he... KL Pendidikan tewas...


Sedikit gambar-gambar yang sempat aku snap...



Seterusnya, KL Pendidikan berfreindly dengan team SALA 'O' FC pulak... perghhhh... habis kederat remaja berumur ni... he..he..he... skill dia orang memang berabuk... sefahaman amat tinggi... jeling jer dah tahu nak kemana... yang boleh aku katakan kat sini... corak permainan mereka...dari awal sampai habis masa... sama je.. consistant... stamina tinggi beb... kami ni dah nak masuk warga emas ni..boleh bertahan 1/2 jam jer...he..he..he...(taktik menyedapkan hati lagi)...

aku perhatikan mereka ni... memang mengunakan sepenuhnya skill individu mereka...tapi tak de sampai tahap mengentel bola sorang sorang... bila kami rapat jer... terus passing... then berlari mencari ruang... dimana-mana ada ahli mereka...Kiranya mereka berjayalah mengayamkan KEEPER RAMLIE... he..he..he...

KL Pendidikan cuba bangkit... cuba mengikut corak mereka...tapi tak berdaya... walaubagaimanapun, seperti friendly kami dengan Grenland... banyak cubaan yang jauh menyimpang... serangan agak tumpul... kena perbaiki lagi ni... Keputusannya...he..he..he... KL Pendidikan tewas lagi...


Tahniah kepada kedua dua team ini... GRENLAND FC dan SALA 'O' FC... kerana berjaya menunjukkan satu permainan yang amat bermutu...




Adios

Influenza Like illnes....KL Pendidikan vs GIOVINCO

Kalau dulu kita sering ingat yang sesuatu benda or wabak (contoh seperti H1N1...) tu tak mungkin kena pada kita... tapi hakikatnya... kita tetap terdedah.... so, ini lah yang aku alami sekarang....

Dua hari lepas, wife aku perasan yang baby bongsu aku tu demam... jadi seperti biasa, bagi ubat demam... baby aku yang bongsu ni... memang tak kuat sistem pertahanan badan dia... jadi dalam peti tu memang aku dah sedia ubat demam ni... tapi lepas makan ubat pun nampak belum kebah... baby pulak makin lemah... dan start muntah-muntah bila minum susu or makan... bawak pulak pergi ke KLINIK KITA, kat wangsa maju... Doktor kata demam dan angin dalam badan...sebab tu dia muntah... aku menunggu reaksi lepas makan ubat tu.... bila ada sedikit perubahan positif... aku g Friendly...

Sabtu tu pulak...ada open house...balik dari open house tu...terus aku ke HKL...bila badan baby makin panas...muka dah pucat...nafas pun makin laju... bilo, suhu diambil...dah mencecah 41 darjah celsius... terus kene tahan WAD... bila pakar datang check...disyaki "INFLUENZA LIKE ILLNESS"... so, aku ambik shift malam..tidor kat wad ni... n wife aku ambik shift tengah hari... ari ni...AHAD 11 okt 2009...alhamdullilah...baby aku tu dah mula aktif... cuma suhu naik turun lagi...harapnya...takde apa-apalah... sambil aku menunggu baby aku tu... aku updatelah sekali friendly KL Pendidikan yang terbaru... laptop aku ni lah teman untuk aku mengisi masa terluang ni...dan nasib baik ada DIGI... ku tetap bersamamu....

ok...berbalik kepada Friendly KL Pendidikan (9 Okt 2009)... Kali ni, KL Pendidikan bertemu dengan GIOVINCO... friendly kali ni, merupakan friendly kali kedua kami bertemu... seronok friendly dengan team ni... stamina tinggi, corak permainan juga bagus.... Team ni, tidak bergantung sangat kepada skill individu... banyak menggunakan simple passing... one and two touch jer... simple and easy... cuma, pada awal permainan, mereka agak leka... apabila membuka dan memberikan banyak ruang untuk KL Pendidikan menjaringkan gol.... mungkin mereka lambat panas kot... he..he...he... tapi bila dah hujung-hujung permainan tu... masing-masing mula berbalas jaringan gol... tu yang best tu...

KL Pendidikan sekali lagi turun dengan ketiadaan kedua-dua keeper.... RAMLIE dan BOB mempunyai urusan keluarga... jadi...terpaksalah, POK CEK dan AKU jadi keeper bidang terjun... habis friendly... aku terserempak dengan FAISAL... rupa-rupanya team dia jugak ada masalah dengan keeper... belum jumpa keeper yang benar-benar sesuai...yang benar-benar main posisi tu... jadi aku rasalah... keeper ni dah jadi macam golongan terancam dah kot... makin sukar untuk dicari.... macam KL Pendidikan, kalau bola padang, Keeper Ramlie posisi asalnya adalah striker.... tapi bila main futsal...kehebatan dio lebih kepada keeper dan pembuat air... he..he..he...

Setelah bertungkus lumus... KL Pendidikan berjaya menewaskan GIOVINCO dengan jaringan...



Gambar akan aku cuba masukkan nanti... aku terpaksa berhenti kejap...sebab nurse datang nak masukkan carum drip... nak masukkan antibiotik... akan aku updatekan kemudian...

adios...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Mari pakat-pakat tinggalkan ucapan anda...



Salam semua...

Ok, hari ni dah masuk hari yang ke-21 kita berpuasa... Ramadhan sudah nak beransur pergi... Syawal akan menjengguk kita... Jadi aku sediakan satu slot ni, untuk warga KL Pendidikan saling bermaaf-maafan...

Anda semua boleh lah tinggalkan ucapkan-ucapan yang bernas, madah berhelah dan kata-kata bidalan untuk sesama ahli KL Pendidikan (terutama kepada RAMLEE), untuk keluarga, isteri, isteri kedua dan isteri seterusnya, suami, anak, anak penakan, rakan sekerja, jiran anda, jiran kepada jiran anda dan kepada kepada siapa saja yang terlintas difikiran anda...

Caranya:
  1. Klik butang "Comments" kat bawah ni.
  2. Isikan ucapan anda pada ruang "catat ulasan"
  3. masukkan maklumat yang diperlukan pada ruang "ulas sebagai"
  4. Setelah selesai, klik butang "Catat Ulasan"
  5. Memasukkan urutan Kod yang diberi pada ruangan yang disediakan
  6. Klik butang "Catat Ulasan"
Jadi, marilah kita saling maaf bermaafan...

adios

Cuti Cuti Malaysia dah Habis... Masa Untuk Berfutsal...

Waduh...waduh... rasanya dah 2 minggu dah melepak, makan nasi minyak rumah orang kawin... Pergi jalan - jalan tengok negeri orang... Bila dah lama tak bersukan ni...badan mula rasa macam tak best... Gian rasanya nak main futsal ni... bertambah gian lagi bila tengah - tengah bercuti dapat sms dari Atan... Dio orang kat KL ada friendly... meleleh jer air liur dengar... he..he..he.. tapi the good news... dio orang ni berjaya mengekalkan kecemerlangan KL Pendidikan... makan hati jugaklah orang FELDA tu...he..he..he...

Aku sempat jugaklah bersama NUSI pergi meriki jersey baru untuk KL Pendidikan... dan berjaya jugaklah dengan misi tersebut... So, dengan rasminya KL Pendidikan dah ada 1 lagi Jersey... Kali ni, kita test warna kuning pulok... harapnyer semua berkenan dihati...tapi yang bestnya, harga sangat - sangat murah... daripada segi printing... kira berpuas hati dan materialnya juga amat berpuas hati... mari kita tengok rupanya...

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Pada asalnya, aku nak letak nombor kat lengan... ala -ala gaya baju POLO tu... tapi ADIDAS ni semua lengan ada 3 stripes tu...jadi terpaksa ubah disaat akhir dan letak nombor kat bahagian dada....jersey ni benar-benar limited edition...

Harap jersey baru ni, bisa membuatkan KL Pendidikan makin licah... he...he...he...


Adios...

p/s: Kepada pengurus Sesi Mengeluarkan Peluh.. bilo nak start balik kita nyer Pakej... lubang peloh pun dah nak tersumbat ni...

Ruangan Khas Sempena Hari Guru.....

Selamat Hari guru untuk semua ahli KL Pendidikan... Aku tujukan sajak Usman Awang ini kepada Semua rakan guru Khasnya Ahli KL Pendidikan dan Warga Guru seluruh Malaysia amnya... Sajak ini amat terkesan.... banggalah kerana anda semua adalah insan terpilih...

Guru Oh Guru
Oleh Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


A great Teacher... takes a hand, opens a mind and touches a heart

Renung... renungkan lah....

Kehadiran yang dinantikan...PREMIER PREVIEW...

Khamis (2hb April 2009) lepas merupakan sesi mengeluarkan peluh yang jarang-jarang berlaku... Sesi biasa jam 6.00pm terpaksa ditunda kepada jam 7.00pm akibat daripada masalah teknikal... Gara-gara komputer Sport 7, Wangsa Maju Jem... walaubagaimanapun, oleh kerana semangat yang kental...sesi menunggu tersebut telah dipenuhi dengan sesi-sesi yang penuh dengan perbincangan ilmiah... Kehadiran lebih kurang 12 orang... Sesi tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran tonggak utama dan merupakan antara pengasas team Futsal KL Pendidikan.. UST. SETIA... dengan hanya sedikit skill yang terjejas walaupun telah lama menggantung kasut... WELCOME BACK...

Ok, disempatan ini jugak, aku nak perkenalkan JERSEY KL PENDIDIKAN yang masih lagi panas-panas... Telah pun siap... daripada kualiti pembikinan, aku sangat berpuas hati..material juga ringan dan lembut...cuma untuk first batch ini nombor aku dah fixkan...sebab aku tak sempat nak mintak dari ahli semua...kira aku gamble jer buat jersey ni... dan untuk first batch ni jugak aku hanya buat 10 helai jer dulu sebagai sample...sekiranya mendapat sambutan mungkin aku akan re-order... sekiranya kehebatan KL Pendidikan ni mendapat perhatian..mungkin banyak lagi produk-produk yang boleh dikeluarkan...next produk, mungkin aku nak try buat SHOE BAG exclusive... material dah ada...tinggal nak negotiate price... he..he..he... mungkin kito buleh bagi hadiah untuk Sesi Liga dalaman KL Pendidikan...

Pandang Depan


Pandangan Belakang


Aku tak kisahlah sekiranya ada antara kita yang rasakan ini semua hanyalah syok sendiri... atau mengutuk daripada belakang... yang penting aku buat untuk keseronokkan bermain futsal...untuk mengiktiraf kesungguhan ahli yang lain yang memberikan komitment...dan menghargai persahabatan... melabur duit sikit untuk kegembiraan hati....

Adios...

Cuti sekolah dah mula...KL Pendidikan pun cuti jugak....

Minggu ni sekolah dah start cuti...jadi minggu ni aktiviti KL Pendidikan lebih kepada aktiviti bersama keluarga...ada yang balik kampung...ada yang gi cuti-cuti Malaysia... dan yang best ada yang terperuk kat rumah sambil study...nak periksa PTK katakan...nok dapat 4 - 4.... STUDY jangan jadi STADO udahlah... aku masih lagi tak boleh ambik...he..he..he... Kalu nak lulus, boleh menuntut dengan MUSANEEF... tu sifu tu... RAMLI pun dengar cerita dah lulus gak...

Mingu lepas sebelum cuti sekolah, Kito orang guru-guru disiplin di sekolah tu wat lah spot check... adalah dapat tangkap bebudah bawak thumb drive...jadi dio orang akan serahkan kat aku untuk check thumbrive tu...manalah tahu ada cerita hebat hebat yang bebudak tu bawak...dan yang best nye aku jumpa video ni... meh lah saksikan beramai-ramai...



kalu tengok...perghhhh..macam tak percaya...adakah benar benar skill dio orang macam tu?... Kalu benar... memang stylo habis...macam shoulin scocer pulak...he..he..he...

oklah jumpo lagi ... nnt kalu ada video hebat hebat akan aku update lagi...kito jumpo pada sesi mengeluarkan peluh minggu depan...

adios

Serpihan KL Pendidikan di Kejohanan Futsal KKGLM cawangan Kuala Lumpur

Hari ni kebetulan ada sedikit masa free, jadi tergerak hati untuk pergi memberi support pada serpihan ahli KL Pendidikan yang dipinjamkan dan yang meminjamkan diri kepada team team yang memasuki tournament ni... ADHA...MAN...HAFIZAl...NUSI...RAMLI dan MIZI...

Melilau jugak mencari vanue tp oleh kerana pernah menjadi mat rempit separuh masa diawal zaman remaja dahulu halangan itu dapat diatasi...nasib pergi dengan motor beb.... Apabila sampai ker SHOOT OUT SPORT...rupanya meriah jugak...sambutan dari para-para dan pari-pari guru dan kakitangan pendidikan ini amat diluar jangkaan... Daripada sumber sumber risikan dan gosip gosip didapati lebih kurang 28 team yang mengambil bahagian... Ramai jugak cikgu-cikgu dan staf pendidikan yang mengamalkan cara hidup yang sihat ni... ramai juga yang mempunyai skill yang hebat... Daripada 4 team yang dipantau iaitu team yang diwakili oleh ADHA dan MAN...HAFIZAL..NUSI manakala RAMLI dan MIZI mewakili Team PAR... Team HAFIZAL dan Team PAR mengucapkan selamat tinggal diperingkat awal iaitu dalam peringkat kumpulan... Team ADHA dan Team NUSI berjaya meneruskan cabaran ke peringkat kedua...Walaubagaimanapun, Team AHDA terkandas apabila tewas dengan sepakkan panalti...Cabaran diteruskan oleh TEAM NUSI keperingkat Suku akhir...tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila disaat akhir team lawan berjaya menggegarkan gawang....

Bila tengok dio orang ni main..teruja jugok... Macam nak g sepak jer bola tu...he..he..he.. tapi mungkin kiranya ada lagi tournament pada masa akan datang...KL Pendidikan boleh hantar 1 team...

Daripada tournament ni jugak, banyak info yang berguna ...antaranya, kiranya keeper tangkap bola di luar kawasan D..KAD MERAH ooo...2 minit dok kat luar.... Sekiranya keeper tangkap back passing daripada player sendiri sepakkan percuma diluar kawasan D akan diberikan... he..he..he... biasanye kito orang main macam koboi jer ada rules yang basic basic jer...Apa apa pun...semangat ini yang kita mahu...Gaya hidup yang sihat...

Irau oh Irau... KL Pendidikan mengapai awan...

KL Pendidikan mempunyai ahli yang bukan saja meminati sesi mengeluarkan peluh dengan berfutsal... tetapi ada sebahagian daripada mereka meminati aktiviti yang lebih extrime... mendaki gunung...

Semasa cuti Thaipusam (8hb Februari - 9hb Februari 2009) baru - baru ini, beberapa ahli KL Pendidikan telah menyertai satu ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dari SMK Danau Kota yang diketuai oleh Cikgu Mohni dan Cikgu Anuar...Player tersebuat adalah... HAFIZALl, NAZRI, FAKHZAN dan UST. SETIA...Mereka telah berjaya mengapai awan di Gunung Irau...tahniah kepada UST. SETIA, rupa-rupanya selama menghilang ini, telah mengumpul tenaga dan stamina utk mendaki gunung irau...Hafizal dan fakhzal juga berjaya sampai ke puncak bersama dgn pihak penganjur iaitu Cikgu MOHNI dan CIKGU ANUAR... walaubagaimana pun NAZRI hanya berjaya mendaki sehingga ANAK IRAU sahaja... Apa - apa pun, tahniah semua... Kekalkan gaya hidup yang aktif...he..he..he...

Sedikit fakta mengenai Gunung Irau ini... Puncak tertingginya berada diantara 2 sempadan negeri iaitu Perak dan Pahang. Ketinggiannya adalah 2110m... merupakan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia... Gunung Irau ini mempunyai 2 puncak, puncak yang pertama lebih dikenali dengan nama ANAK IRAU... Gunung Irau juga bersebelahan dengan gunung Berinchang...yang membezakan antara Irau dengan Berinchang adalah Menara Telekomunikasi yang terdapat di Gunung Berinchang... Fakta menarik...Gunung Irau inilah merupakan antara lokasi pengambaran filem PUTERI GUNUNG LEDANG dibuat.

Lihatlah keindahan gunung Irau ini... Ust. Setia sedang merangka strategi dan sedang mengawal penafasan untuk menambah stamina bagi bermain futsal semula...

Salam Takziah kepada Shuhairi.... Diatas pemergian Bondanya..

Kepada semua team KL Pendidikan dan pembaca - pembaca blog ini, dikesempatan ini nak maklumkan mengenai pemergian bonda kepada SHUHAIRI ke rahmatullah semalam jam 10.00 pagi.

Marilah kita semua, menghadiahkan AL-fatihah kepada bonda beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...AMIN..

kepada Shuhairi, agar dapat bersabar dan tabahkan diri dengan dugaan ini...

Salam Takziah daripada KL Pendidikan.

Kita Bangkit Dengan Semangat Baru....

Selepas berehat beberapa hari ni... Baru tubuh rasa segar sikit... Bila cuti terlalu banyak susah juga... Banyak yang kene adjust balik ni... Kerja kat sekolah sudah tentunya akan bertimbun timbun... kita lupakan kerja sekolah tu... seperti biasa, kerja tetap kerja...

Yang lepas kita biarkan lepas... Kita hadapi yang akan datang ni... Sebenarnya team ni banyak lagi friendly yang mendatang... Kita buat semula... Jangan biarkan masalah kecik ni mengganggu konsentrasi kita dan perhubungan kita... FUTSAL is for FUN... Untuk Keluarkan Peluh... nak jaga kesihatan badan...

Ok, seperti biasa KL Pendidikan nak kenalkan seorang lagi ahli team kami, dio ni merupakan satu - satunya Lelaki Chinese Yang Terakhir dalam team kami...he..he...he...banyak membantu dibahagian Defend dan Midfield...boleh di kira sebagai pembuka ruang...sekali sekala sepakkan dari dio ni boleh menggegarkan gol lawan...ayat yang paling best... "Ko kene makan pisang untuk bagi tenaga...." Comitment kepada team amatlah tinggi... akan sentiasa ada walau sibuk sekali pun... bak kata USOP...hebatlah UNCLE LIM....

Kepada semua team KL Pendidikan, Jadual Friendly yang akan datang dah pun di letak dekat blog ni, sesiapa saja di jemput..Datang jer... Kalu ramai, kito main sikit sorang...kalu sikit kito main lama... Friendly yang terdekat adalah kat Sport Planet, Ampang...


Datang jangan tak datang... jumpa di sana....

adios..

Kemanakah Hilangnya....Merajukkah...?

Lenguh lenguh badan friendly semalam pun masih lagi tak hilang... Walaupun hari ni KL cuti bersempena Hari Wilayah, nampaknya kena bangun awal jugak sebab nak hantar anak ke Tadika... bapa mithali lah kata kan....

Semalam, sambil cooling down lepas friendly dan selepas misteri kehilangan penjaga gol utama KL Pendidikan yang masih belum dapat dirungkai, timbul pula satu persoalan... daripada SADLI, Kemanakah Ustz. SETIA, antara orang yang bertanggung jawab yang mengasaskan Team Futsal KL Pendidikan ni...

Adakah Ustaz. merajuk atau pergi bertapa untuk menajamkan skill?... Sejak sekolah dibuka, hanya sekali sahaja Ustz. menonojolkan diri di sesi latihan.... selepas itu, terus ghaib... Walaupun, telah beratus-ratus sms dihantar untuk memujuk... Pihak KL Pendidikan jugak telah menghantar Counselor utnuk berbincang, namun masih tidak berupaya memujuk.... he..he..he... meh la Ustaz... Kalu Ustaz tak dok saper yang nak Score Gol...?

Kalu Padi katakan Padi, Kalu Sudi Katakan Sudi...Agar tidak kami ternanti-nanti....

Kita tunggu kehadiran Ustz Setia....

Adios...

Dunia ni kecik rupanya....POP CORN a.k.a DP17

Dulu orang cakap dunia ni kecik kami tak percaya... tapi hakikatnya memang kecik...

Nak jadikan cerita, dalam sibuk- sibuk team KL Pendidikan polish skil yang berkarat tu...Kami ajak team dari Bincang.Net untuk Friendly.... Dalam berforum tu, bincang punya bincang...cakap punya cakap...tapi batang hidung tak kenal pun... Mesra di alam cyber je... bekenalan lah dengan mamat ni yang guna nick DP17... Cantekkk jer berforum...

Bila tiba hari nak Friendly tu... Mamat DP17 pun tunjuklah muka... Rupanya kawan masa belajar dulu...dah dekat 9 tahun dah... POP CORN...POP CORN...

Sekarang ni dio dah ada team futsal dio sendiri...TEAM STAR 7....first friendly...Team KL Pendidikan Tewas... score: 13 - 10

REMATCH dengan team Star 7 ni



Jumpa disana....

adios

Langkah Baru Bermula

KL Pendidikan ni sebenarnya telah lama wujud... Asalnya, bermain di Padang Besar tu dengan menyertai "SOSIAL LEAGUE"... League ni terbuka untuk semua yang berumur 30 tahun dan keatas.

Macam mana kami boleh start main futsal ni?.... permulaan yang agak aneh... Bermula dengan seorang ustaz di sekolah ni...pergi check darah...then klinik tu kata darah dia mengandungi kandungan gula yang agak tinggi...aper lagi, mengelabahlah member ni...sebulan diet makan sayur jer... Yang tak pernah joging...tub...tub... petang-petang pergi joging...last last kawan kawan yang biasa main bola padang tu, ajak dio main bola... tp member x cukup angin...Dari sini lah, wujudnya team futsal ni... dan keahliannya 90% adalah guru guru sekitar Kuala Lumpur...balance 10% kakitangan pendidikan.


Tahun ni kira dah hampir 2 tahun kami main futsal ni...biasa kito orang main kat Sport Seven, Wangsa Maju...kadang kadang tu ada jugaklah Friendly...

Rasanya cukup dekat sini dulu pengenalan KL PENDIDIKAN ni...

nanti sambung lagi...

adios..

Keletihan Team KL Pendidikan

Team Futsal KL Pendidikan ni, dalam cuti sekolah lepas ramai yang balik kampung, jadi rutin mingguan tak dapat nak terus kan masa tu...TAPI bila sekolah dah buka balik, bila start main, ramailah yang pancit nyer... mintak nyawaa...mintak nyawaa...

Jadi, untuk polish balik skill yang dah berkarat...nak pump balik angin tu...sepanjang bulan Januari 2009 ni..kami sempatlah adakan 2 friendly... hebat ooo team deme ni... Team pertama adalah Team dari Forum Bincang.Net... 2 jam balun...lembik lah cikgu cikgu vateren tu....Pantas..macam kilat... tapi enjoy...

Semalam, Team Kedua pulak, team Star 7 ...team muda belia belaka.... Mak aii... macam lipas kudung deme tu... tp cikgu cikgu ni bagi jugak lah tentangan...rupa rupa team ni dah banyak main tournement ni...Hebat..Hebat...

Petang tadi..main lagi...tp ni main sekadar nak kluar peluh jer...Pancit..seret kaki lah belaka...So, dua tiga hari ni, masing masing kene simpan tenaga...Friendly lagi weh...

Date: 1 Feruari 2009
Friendly : Team KL PEndidikan Vs Team GIOVINCO FC
Venue: Sport Seven, Wangsa Maju
Time : 9.00 Pm - 10.00 Pm ( 1 jam)

Tungggguuuuuuuu...

Adios
Blog Widget by LinkWithin