Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Hebat sehebat nama.... kalau nak berjaya kene belajar dari pakar

Dalam kesibukkan dengan core bussines...mengajar... dan disamping mencari pengalaman mengajurkan tournament... harap mendapat sambutan daripada seluruh warga guru-guru dan kakitangan Jabatan Pelajaran Wilayah Persuktuan... KL Pendidikan tetap mencari pasukan-pasukan untuk friendly... Semalam (24hb Jun 2009) KL Pendidikan telah berpeluang bertemu dengan team yang telah menjuarai Tournament iMETRO pada tahun 2008... DARULNAIM... Mantop...meletup...berdebum debum... mungkin orang diluar sana tidak mengetahui, yang Player DARULNAIM ni merupakan guru-guru yang mengajar di sekitar Kuala Lumpur.... dan mereka juga merupakan antara player bola sepak padang KL Pendidikan...

OK, serba sedikit friendly semalam... walaupun KL Pendidikan tewas kepada mereka... tetapi pada aku, bila dapat bertemu dengan team sebegini...banyak pengajaran yang boleh diambil.... mereka mempunyai skill peribadi yang tinggi...tetapi corak permainan mereka amat simple... tight marking... sentiasa berlari...simple pasing...1 and 2 touch... yang paling jelas aku tengok... mereka tidak mengentel bola... pengalaman mereka amat berguna...

KL Pendidikan juga tidak mengalah, berusaha menjadi yang terbaik... pada minit awal, permainan agak seimbang dengan masing masing saling menyerang dan bertahan... Corak permainan KL Pendidikan dan Darulmain hampir sama...he...he...he... mungkin mereka ni dulu pernah merasa air tangan MUSANEEF dan SADLI.... tapi apa yang membezakan mereka... stamina... kepantasan dan pandai mencari ruang...pengalaman mereka di peringkat tournament juga membantu...

tewas, pengalaman semalam amat berguna... bila dapat melihat corak permainan mereka yang berjaya... terima kasih kerana sudi friendly dengan kami... keputusan semalam KL Pendidikan tewas 13-15 kepada DARULNAIM...




Sedikit gambar dari friendly semalam



Adios...

KL Pendidikan VS Grenland FC... rematch

Friendly semalam (19 Jun 2009) merupakan friendly kedua selepas cuti... masih lagi dalam proses mencari rentak membuang lemak-lemak yang terkumpul... Ini merupakan kali kedua KL Pendidikan mengadakan dengan team GRENLAND FC ni... sebelum ni mereka menggunakan nama COPA DEL RAYS... daripada rujukkan di blog mereka, selepas mendapat penajaan dari Grenland Sdn. Bhd. mereka telah bertukar menjadi.... GRENLAND FC.... tahniah atas penajaan tersebut... bukan calang-calang team yang dapat tajaan ni...

Friendly ini jugak aku atur atas permintaan rakan-rakan KL Pendidikan.... Mereka tak puas hati dengan cara permainan mereka ketika first match dulu... banyak faktor luaran kata mereka...he...he...he... faktor darjah kepanasan dalam badan... faktor kasut baru... terima kasih pada capitan mereka AMIR sebab setuju untuk rematch ni..

Kedua-dua team mengalami peristiwa yang sama...dua-dua tak de keeper...terpaksalah mengunakan keeper bidang terjun... tetapi KL Pendidikan agak bernasib baik bila keeper RAMLEE sampai selepas 15 minit friendly berlangsung... secara keseluruhan, diawal minit permainan kedua dua team bermula dengan corak yang agak perlahan... mungkin belum panas atau masih malu-malu kucing... selepas beberapa ketika, serang-menyerang telah bermula... GRENLAND FC membuka jaringan... dan saling berbalas serangan... tetapi dari pemerhatian aku, kelihatan team GRENLAND kali ini tidak bermain seperti kali pertama... mereka kelihatan seperti DOWN... dan tidak sepantas dahulu... tetapi corak permainan mereka masih lagi sama...mengoptimumkan personal skill...

Beberapa ketika, GRENLAND mendahulu jaringan apabila kepeer RAMLEE mula bermain dengan cemerlang dengan melepaskan beberapa gol yang diluar jangkaan...bergolek dan meleret... he..he..he...


Nota Kaki: gambar terpaksa dikaburkan untuk melindungi identiti keeper ini... diatas kecemerlangan beliau menjadi kesayangan pihak lawan...

KL Pendidikan semalam kelihatan agak bersemangat.... sehingga ada beberapa ketika ada player bermain dengan agak ROBUST... kenapa ek?... nanti kami akan adakan sesi edisi siasat... kepada GRENLAND mintak maaf bebanyak kiranya terkasar... kemudiannya, bila dah masuk minit terakhir, sekali lagi ATAN melakukan kejutan bila melakukan aksi akrobatik... macam main takraw lah pulak... tapi nasib kurang baik kerana lipatan terkena sipi sipi jer... mungkin kerana GRENLAND agak keletihan, masa ni lah KL PENDIDIKAN mengambil kesempatan menambah jaringan...

Apabila lampu dipadamkan... score adalah... KL PENDIDIKAN berjaya mendahului... 19-13...


Sedikit gambar yang sempat aku snap semalam...





Adios

Friendly Pertama Selepas Cuti Sekolah

Letih... Berpinau mata... itulah ayat mudah untuk ceritakan friendly semalam... Aku aturkan friendly ni semasa bercuti kat kampung...he..he..he... gian sangat... Team kali ni merupakan team dari SAPURA, wangsa maju... Ramai jugak keahlian mereka...

Semalam (17 Jun 2009) juga merupakan penampilan pertama KL Pendidikan dengan jersey terbaru... panas-panas lagi... Masing masing mungkin teruja untuk pakai jersey ni... he..he..he... nasib baiklah mendapat respon yang baik, lepas ahli tengok design baru ni... Seperti biasa, RAMLEE sangat-sangat teruja dengan jersey ni, sampai tak nak pakai... takut tak boleh terbang kiri kanan nak tangkap bola...takut kotor...PULOK....

Secara keseluruhan Friendly semalam, agak mencabar setelah 2 minggu berehat... mencabar untuk buang lemak lemak dari nasik minyak rumah orang kawin...he..he..he..aku melilau tak tahu nak pergi mana... dan Stamina pada takat minima... Pihak lawan, juga memberikan tentangan... Awal permainan, masing-masing saling serang menyerang... susah nak wat gol... selepas 10 minit, barulah ATAN membuka jaringan... keeper mereka patut mendapat pujian bila berjaya menjaga gawang dengan cemerlang... banyak cubaan deras dari ATAN dan SADLI berjaya disangkal... man-marking dari pihak lawan juga baik... tetapi mereka kurang mencuba membuat jaringan dari tengah gelanggang...

KL Pendidikan mendapat bantuan KEEPER dari BOTAK yang khabarnya juga mempunyai FRIENDLY di gelanggang sebelah... he..he..he.. terima kasih...

Mungkin kerana berehat agak lama, permainan semalam tidak smooth seperti biasa... tetapi KL Pendidikan masih menggunakan corak permainan yang biasa... simple... 1 and 2 touch... Tapi semalam, boleh dikatakan hari ATAN...apabila membuat 4 Jaringan dalam masa tak sampai 1 minit... PELIK tapi benar...

FRIENDLY semalam juga boleh dianggapkan sebagai untuk memanaskan badan... membuka kembali liang peluh yang dah hampir tersumbat... Apa-apa pun, terima kasih kepada SAPURA FC kerana sudi berfriendly dengan KL PENDIDIKAN... keputusan akhir semalam, KL Pendidikan berjaya mengekalkan kemenangan... KL Pendidikan 20, Sapura FC 12...


Berkat kesabaran, akhirnya berjaya mengupload gambar friendly semalam...




adios

Cuti Cuti Malaysia dah Habis... Masa Untuk Berfutsal...

Waduh...waduh... rasanya dah 2 minggu dah melepak, makan nasi minyak rumah orang kawin... Pergi jalan - jalan tengok negeri orang... Bila dah lama tak bersukan ni...badan mula rasa macam tak best... Gian rasanya nak main futsal ni... bertambah gian lagi bila tengah - tengah bercuti dapat sms dari Atan... Dio orang kat KL ada friendly... meleleh jer air liur dengar... he..he..he.. tapi the good news... dio orang ni berjaya mengekalkan kecemerlangan KL Pendidikan... makan hati jugaklah orang FELDA tu...he..he..he...

Aku sempat jugaklah bersama NUSI pergi meriki jersey baru untuk KL Pendidikan... dan berjaya jugaklah dengan misi tersebut... So, dengan rasminya KL Pendidikan dah ada 1 lagi Jersey... Kali ni, kita test warna kuning pulok... harapnyer semua berkenan dihati...tapi yang bestnya, harga sangat - sangat murah... daripada segi printing... kira berpuas hati dan materialnya juga amat berpuas hati... mari kita tengok rupanya...

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Pada asalnya, aku nak letak nombor kat lengan... ala -ala gaya baju POLO tu... tapi ADIDAS ni semua lengan ada 3 stripes tu...jadi terpaksa ubah disaat akhir dan letak nombor kat bahagian dada....jersey ni benar-benar limited edition...

Harap jersey baru ni, bisa membuatkan KL Pendidikan makin licah... he...he...he...


Adios...

p/s: Kepada pengurus Sesi Mengeluarkan Peluh.. bilo nak start balik kita nyer Pakej... lubang peloh pun dah nak tersumbat ni...
Blog Widget by LinkWithin