Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Star 7 rematch vol: 3 ...dan AKHIRNYA.....

Adusss... Lenguh habis badan...kaki bahagian ankle dah membengkak... semalam semasa main tak de rasa sakit pun...lepas main baru lah semuanya rasa....

Semalam benar-benar menguji semangat, kekuatan mental dan fitness...Star 7 ni benar-benar menguji KL Pendidikan ... mereka mempunyai corak permainan yang pantas dan rata-ratanya player mereka mempunyai personal skill yang tinggi... daripada risikan dan gosip-gosip, team star 7 ni baru saja mendapat beberapa ahli baru...dan mereka masih dalam proses mencari chemistry...tetapi dilihat dari cara permainan semalam...mereka macam dah lama bersama... Game start lewat sikit sebab gangguan daripada lampu yang tak menyala sepenuhnya... kejutan pertama, apabila Star 7 menjaringkan 3 gol berderet... Keeper RAMLI benar-benar diuji... terkangkang, tergolek dan berguling-guling RAMLI dalam misi untuk menyelamatkan gawang...

KL Pendidikan mula mendapat rentak bila jaringan ATAN dari kawasan tengah tidak dapat di tampan oleh keeper mereka...selang beberapa minit, sebiji lagi sepakkan deras daripada ATAN berjaya membolosi gol mereka, menyebabkan keeper mereka agak tergamam... bermula dengan semangat itu, masing masing mula berbalas serangan dan menjaringkan gol... mengikut salah seorang ahli KL Pendidikan..friendly ini merupakan friendly yang terbaik bagi beliau... mungkin mamat ni, tergamam dengan skill yang ditunjukkan oleh team STAR 7 ni...terutamanya AMIR...he..he..he..

Walaupun pihak lawan rata rata muda muda belia belaka, KL Pendidikan tetap bersemangat memberikan tentangan... permainan yang mudah dan simple tetapi pantas banyak membantu... ADHA tak datang semalam..kerana mencari rezeki yang halal begitu juga dengan SADLI tidak dapat hadir... tempat SADLI diganti oleh POK CEK... Line Up KL Pendidikan semalam, MUSANNEF dan POK CEK dibahagian defend, ATAN dan FAIZAL dibahagian midfield, LIM dan AKU dibahagian serangan...RAMLI menjaga gawang...

Dan akhirnya, KL Pendidkan berjaya dengan misi mereka...STAR 7 telah berjaya ditewaskan setelah dikecewakan 2 kali...

Sedikit gambar dari perlawanan semalam...


Sesi Friendly dan Sesi Mengeluarkan Peluh...post serentak...

Apalah malang nasib, setiap kali nak update blog ni, ada aje yang mengganggu...Pertama sekali monitor PC terpadam...Suspect utama adalah terbakar board dio... terpaksalah pakai laptop...then, conection P1 WiMAX pulak buat hal...jadi slow... Jadi posting hari ni merupakan 2 in 1 posting...Pertama untuk memberi update mengenai Friendly yang telah berlangsung pada 25hb Mac 2009 dan sesi mengeluarkan peluh petang tadi...

Amat mengecewakan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah malah semenjak Melaka dibuka...sesi mengeluarkan peluh kali ni mencatatkan kehadiran yang tidak mencukupi korum... Jam 6.15 petang, hanya 4 orang ahli saja yang tiba...Tunggu..punya tunggu...tak nampak batang hidung lagi...tapi nasib baik ada budak budak Kolej Islam berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi mangsa...he..he..he... selepas 30 minit berlangsung, barulah ahli ahli menunjukkan muka...tapi yang penting enjoy.... sesi kali ni boleh dianggap sebagai sesi mengeluarkan peluh merangkap sesi friendly... terima kasih lah kepada ustaz ustaz semua kerana mencukupkan korum KL Pendidikan...

Berbalik kepada sesi friendly semalam (25hb Mac 2009) KL Pendidikan telah bertemu dengan team NAVY FALCON... daripada risikan, team ni baru saja ditubuhkan...ahli-ahlinya terdiri daripada pemuda harapan bangsa belaka...mula-mula nak berjinak dengan futsal ni tetapi secara kasarnya, kesungguhan yang ditunjukan oleh team ini amat tinggi... beberapa player nyer mempunyai skill yang baik...tetapi, keserasian mereka masih belum tinggi... mereka juga kurang pengalaman dalam mengatur stategi serangan dan men marking... Mereka juga banyak mengentel bola...he..he..he... jadi cepat lemas dan senang pihak KL Pendidikan menutup ruang serangan... kepada FAZLI, teruskan usaha...tingkatkan sefahaman...umur masih muda...

Seperti biasa, KL Pendidikan memulakan jaringan... serangan demi serangan... kawalan pertahanan agak mantap yang diketuai oleh MUSANEEF dan ADHA.... bahagian tengah dikemudi oleh ATAN dan FAIZAL...bahagian Serangan oleh SADLI, WAN FELDA dan AKU...LIM tidak berjaya dicontack sebab Handphone MUSANEEF telah dimasuki VIRUS...hilang display...he..he..he...Chemistry antara player KL Pendidikan semakin meningkat... Keeper RAMLI, agak leka dalam mengawal gawang...bola bergelek je boleh lepas...nampaknya, team KL Pendidikan perlu menyediakan kain pelikat untuk dipakai oleh RAMLi, bagi mengelakkan bola bolos... Line up semalam...RAMLI, SADLI, MUSANNEF, ADHA, ATAN, FAIZAL, WAN FELDA (menyerah diri) dan AKU...

Keputusan semalam...Sekali lagi team KL Pendidikan berjaya menewaskan team NAVY FALCON...


Saksikan lah sedikit gambar dari friendly semalam



Kurang...Kemana menghilang?...ada perkara menarik...

Semalam..merupakan hari persekolahan yang pertama selepas bercuti selama seminggu... Banyak perkara yang berlaku dalam minggu lepas seperti yang telah aku tulis dalam blog ni...Satu lagi pengalaman menarik apabila aku berpeluang pergi tengok team WARRIOR main di Alice Smith School dekat Taman Equin... best jugak bilo dapat tengok dengan mata sendiri bagaimana cikgu-cikgu dan kawan-kawan cikgu main bola ni...Rasa seronok bila masih ramai yang mengekalkan gaya hidup yang sihat...

OK...hari ni merupakan hari pertama sesi mengeluarkan peluh...Bagaimana dengan kehadiran?...Kurang dan makin kurang...mungkin ramai ahli yang belum perasaan atau buat buat tak perasan yang sesi pakej dah bermula...walaubagaimanapun, keharian hari ni seramai 12 orang..jadi puaslah bergelumang dengan gol...bergelumang dengan peluh...

Pengumuman daripada pihak pengurusan...ESOK (25hb Mac 2009) sepatutnya ada satu slot sesi mengeluarkan peluh, telah ditunda..telah dianjakkan ker 31hb Mac 2009....pada tempat dan waktu yang sama...Hari Khamis..still on macam biasa... Marilah kito basahkan court tu dengan peluh...

Satu lagi perkara...Terlintas dalam kepala aku untuk buat jersey untuk ahli KL Pendidikan...dan aku dah siapkan design dan pilihan material... kat bawah ni ahli-ahli KL Pendidikan boleh lihat...Aku masih lagi mengekalkan warna tema KL Pendidikan iaitu Putih... Pilihan material adalah dari jenis DRY FIT...ringan dan cepat meresap peluh dan senang peluh nak kering...MOCK Collar dan berzip...logo, wording dan nombor aku wat printing jer...macam standart jersey..aku tak buat sulam...takut baju rosak...

gambar sebenar JERSEY

Design keseluruhan

Logo


Secara kasarnya design keseluruhan adalah seperti diatas... terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja...Harga..jeng..jeng..jeng... RM39.00 sehelai... mungkin dalam seminggu lagi first batch akan siap...aku hanya order 10 helai sahaja.... sebab aku nak tengok kualiti material dan kualiti printing dulu...So kito tungguuuu...

Kalau ada komen, just klik bahagian comment kat bawah ni..dan tinggalkan komen-komen anda...

So kito jumpo lagi nanti pada sesi mengeluarkan peluh hari KHAMIS ni..

Adios...

FRIENDLY: KL Pendidikan VS EPP FC...cantik dan menawan...

Adusss...walaupun badan ni letih...tapi mata tak mahu pejam...kelip kelip tengok siling rumah...he..he..he... so, aku perlu lakukan sesuatu...Jadi update blog ni yang paling sesuai di waktu ni...diketenangan malam ni...

Ok, team EPP FC ni aku dah set masa untuk friendly ni agak-agak dah dekat 3 minggu...aku terima call dari Harith... jadi semalam (20hb Mac 2009)... maka berlangsunglah majlis friendly ni...mula-mula tu agak panik jugak apabila pengurus pasukan KL Pendidikan lewat tiba... Ingatkan dah lupa...sebab friendly ni yang pertama sekali dalam bulan ni yang start jam 10.00 malam...tapi bila sayup-sayup dengar bunyi moto...he..he..he...trademark bunyi moto tu...

Team EPP datang dengan Jersi Merah putih, CANTIK dan MENAWAN..tampak segak... (nampaknya KL Pendidikan kena buat jugak jersy ni)... secara keseluruhannya, HARITH banyak mengemudi team ni dari kawasan defend..sekali sekala naik sebagai penyerang...dan jugak bisa mengegarkan gol KL Pendidikan...mereka mengunakan 3 defender dan 1 penyerang... agak sukar juga untuk striker KL Pendidikan membolosi benteng mereka...walaubagaimanapun, seperti biasa KL Pendidikan membuka jaringan tetapi berjaya dibalas...

Pada awal permainan, KL Pendidikan dan EPP saling berbalas serangan dan mengegarkan gol... tetapi dihujung hujung perlawanan, kemungkinan ketiadaan stamina dan kemungkinan keeper mereka injured (nampak selalu pegang pinggang dan belakang badan) mereka bagai hilang tumpuan... tapi keeper mereka juga banyak mengagalkan cubaan-cubaan daripada KL Pendidikan... Jaringan dari team EPP ni kebanyakkannya datang dari crossing yang cantik didepan gol dan sekali sekala berdesup dari tengah court...

Keeper Ramli bagai hilang tumpuan apabila KL Pendidikan mula leading dihadapan...Main-main yea...ada ke patut dio nak jadi penyerang...mintak MUSANEEF jadi keeper...ADHA mengantikan USTAZ ZURASNI yang injured semasa rematch dengan MyLib FC...SADLI tidak dapat hadir...Jadi bahagian serangan diambil oleh LIM dan sekali sekala oleh ATAN...AKU?...banyak jugak lepaskan peluang...simple gol pun tak masuk...eager sangat nak score...tapi banyak jugak lah buat gol...sebagai ganti... Line up friendly semalam...RAMLI, MUSANEF, ATAN, FAIZAL, ADHA, LIM dan AKU...

yang penting enjoy...Thank you EPP FC...good game....

Keputusan rasmi.... KL Pendidiakan berjaya menewaskan EPP FC...

Meh kito tengok gambar-gambar dan sedikit rakaman friendly semalam...




FRIENDLY AD-HOC: Rematch MyLiB FC...

Semalam ada satu lagi Freindly Ad-Hoc ni... Tapi kali ni team KL Pendidikan bermain "away" di Ampang Sport Planet...Sham dari MyLib FC ajak untuk rematch... Kali ni mereka dengan misi untuk menebus kekecewaan yang lepas.... Dengan semangat juang yang tinggi friendly dimulakan Jam 9.15mlm semalam bersamaan jam 9.00 waktu tempatan (jam kat Ampang Sport Planet lah tu)...

Permulaan yang hebat apabila masing masing berjaya menggekang serangan pihak lawan... Hampir 10 minit permainan berlangsung, tiada gol yang dapat dijaringkan... Kubu mereka amat amat kebal... keeper mereka sememangnya cemerlang... berjaya menangkis sepakkan tonjol dari SADLI... dan juga beberapa sepakan kencang daripada ATAN dan LIM... Pujian seharusnya diberikan kepada keeper mereka... Manakala Sham juga bertindak cemerlang apabila menjadi pengerak utama dalam menyusun startegi...

Daripada permainan semalam, sememangnya My Lib FC kelihatan sangat bersemangat... kawalan gelanggang, man marking juga baik tetapi mereka agak kurang melakukan percubaan untuk menguji keeper KL Pendidikan... RAMLI... yang menggunakan glove baru...serangan mereka juga banyak dipatahkan oleh gandingan hebat USTAZ ZURASNI, MUSANEF dan FAIZAL...

Diminit mint akir permainan, jelas kelihatan keletihan pada Keeper mereka apabila dipaksa bekerja keras dengan asakan bertali arus dari penyerang KL Pendidikan... sama ada sepakkan kencang dari garisan tengah oleh ATAN dan LIM, sekali sekala oleh USTAZ ZURASNI dan FAIZAL atau sepakan tonjol dari ZADLI dan AKU...

Line up KL Pendidikan jelas kelihatan sudah serasi...bagaikan pinang dibelah dua...masing masing sudah mengetahui posisi masing masing...Line up semalam: RAMLI, MUSANEEF, USTAZ ZURASNI, SADLI, LIM, ATAN, FAIZAL dan AKU...

Kejutan diminit minit akhir sejurus sebelum lampu merah menyala... apabila satu letupan kedengaran di pangkal peha USTAZ ZURASNI... selepas disiasat..kemungkinan kecederaan dibahagian sendi... menurut pakar perubatan diketika itu merangkap bomoh patah...ATAN mengatakan mungkin kecederaan ini akan menyebabkan USTAZ ZURASNI terpaksa berehat selama 6 bulan.... Diharap kecederaan ini tidak menghalang cita-cita USTAZ ZURASNI daripada bermain futsal lagi...

Keputusan akhir semalam...Sekali lagi KL Pendidikan menewaskan MyLib FC..12 berbalas 4...


Saksikan sedikit gambor sesi friendly ad-hoc semalam...



Cuti sekolah dah mula...KL Pendidikan pun cuti jugak....

Minggu ni sekolah dah start cuti...jadi minggu ni aktiviti KL Pendidikan lebih kepada aktiviti bersama keluarga...ada yang balik kampung...ada yang gi cuti-cuti Malaysia... dan yang best ada yang terperuk kat rumah sambil study...nak periksa PTK katakan...nok dapat 4 - 4.... STUDY jangan jadi STADO udahlah... aku masih lagi tak boleh ambik...he..he..he... Kalu nak lulus, boleh menuntut dengan MUSANEEF... tu sifu tu... RAMLI pun dengar cerita dah lulus gak...

Mingu lepas sebelum cuti sekolah, Kito orang guru-guru disiplin di sekolah tu wat lah spot check... adalah dapat tangkap bebudah bawak thumb drive...jadi dio orang akan serahkan kat aku untuk check thumbrive tu...manalah tahu ada cerita hebat hebat yang bebudak tu bawak...dan yang best nye aku jumpa video ni... meh lah saksikan beramai-ramai...



kalu tengok...perghhhh..macam tak percaya...adakah benar benar skill dio orang macam tu?... Kalu benar... memang stylo habis...macam shoulin scocer pulak...he..he..he...

oklah jumpo lagi ... nnt kalu ada video hebat hebat akan aku update lagi...kito jumpo pada sesi mengeluarkan peluh minggu depan...

adios

Friendly AD-HOC...KL Pendidikan vs KITARO FC...anak murid vs Cikgu...

Friendly kali ni sememangnya AD-HOC... Aku memang merancang untuk mengadakan friendly pada hari ni...tapi team yang sepatutnya datang terpaksa cancel last minit... Court dah booking... Jadi melilau mencari team untuk menganti slot... nasib baik lah team KITARO FC, yang diuruskan oleh UCUP memberikan kesanggupan untuk friendly... itu pun aku dapat green light tengah malam semalam... Terima kasih...

Mantop dan hebat, itulah yang boleh diperkatakan mengenai team KITARO ni...Player mereka boleh dikatakan muda belia... rata rata dalam lingkungan 16 tahun hingga 22 tahun... personal skill juga tinggi... kawalan gelanggan juga hebat... interaksi dan sefahaman mantap... Walaupun mereka ni, termasuk dalam golongan remaja tetapi corak permainan meraka amat amat matang... Tahniah kepada UCUP kerana berjaya membentuk team ni... Pandangan peribadi, sekiranya dimonitor dengan baik... memang boleh pergi lebih jauh...kerana team ini sudah hampir lengkap...cuma tumpuan perlu lebih bagi mencipta gol...mungkin perlu serangan yang lebih agresif dan berani... Kecik kecik cili padi...

Bagaimana pulak dengan team KL Pendidikan, yang rata rata player nyer separuh abad lebih daripada team KITARO ni... tentangan tetap diberikan... keserasian sudah meningkat... kawalan gelanggang dah up... interaksi sesama player jugak mantop... kiranya sudah hampir lengkap lah...tetapi... Faktor usia masih lagi membelenggu...di awal permainan... KL Pendidikan, seperti biasa menjaringkan gol pendahuluan...he..he..he... tp masuk minit ker 30 ke atas... kesemputan mula melanda... kiro nyer peluh tu mencurah curah hampir hampir membanjirkan court... tetapi yang penting, kita mampu menyekat kemaraan mereka... banyak cubaan cubaan yang bisa mengegarkan pihak lawan..tapi keeper mereka memang terlatih... puas hati memang puas hati... line up hari ni pun agak menarik...MUSANEEF, RAMLI, LIM, ATAN, NAWI, USTAZ ZURASNI dan AKU... Jangan risau, aku akan cari lagi team team untuk kito menguji dan kito diuji...

KL Pendidikan amat amat berbesar hati kerana team KITARO sudi menyahut cabaran...anak murid lawan cikgu...he..he..he... cikgu tewas laaaa....

Mehla tengok serba sedikit gambor gambor sekitar friendly tadi...



Tikus Mengiau..bila kucing tak de...

Bermula pada bulan Mac ni, KL Pendidikan dah mulakan pakej bagi sesi mengeluarkan peluh... Memandangkan pakej ni untuk 8 jam, jadi MUSANEF selaku pihak pengurusan (AD-HOC) terpaksa mengatur jadual sedemikan rupa....Memang menguji kehebatan stamina apabila tarikh yang terpilih memang rapat-rapat sebab cuti sekolah dah nak mula... Pada hari Selasa (10hb MAc 2009) kehadiran amat amat memberangsangkan apabila hampir 18 ahli KL Pendidikan yang hadir... tapi pada keesokkan harinya (11hb Mac 2009), pada awalnya hanya 8 orang sahaja yang hadir sehingga terpaksa mengimport 2 orang student UTM untuk mengisi kekosongan... Maka, banyaklah tikut tikus yang mula mengiau...he..he..he... dengan tendangan tendangan yang mengegarkan tiang gol, gol dan juga jaring jaring sebelah gol...masing masing juga menunjukkan peningkatan dalam skill mengelecek sambil berpusing pusing 360 darjah... dan akhirnya lemas sendirian...he..he..he... Apa-apa pun, kito enjoy... peluh mencurah curah..dan objektif P&P tercapai...

Bagi mereka yang masih belum mengetahui, aku dah naikkan tarikh tarikh untuk sesi mengeluarkan peluh... sila rujuk tarikh tersebut... dan tarikh untuk liga dalaman kita, akan diberitahu kemudian... TUNGUUUUUUU.....

Bagi sesi friendly pula, bulan ni banyak jugak pasukan yang aku contact untuk sesi friendly...tapi jawapan yang biasa diberikan adalah..."nanti kami contact cikgu balik okey, saya nak tanya team dulu..." jadi jadual waktu yang betul betul jitu tidak dapat dikeluarkan... Jadi aku berharap, masing masing bersiap sedia untuk dipanggil bila bila masa sahaja oleh pihak pengurusan untuk turun friendly...

Tapi ingat... petang ni ada lagi sesi mengeluarkan peluh... Marilah beramai ramai, agar tikus-tikus tidak lagi mengiau...

Adios...

KL Pendidikan Vs ADY Team...Mintak Nyawa...Mintak Nyawa...

Semalam balik daripada friendly dengan team ADY, ingatkan masih larat lagi nak update blog ni... tp lepas pekena fresh orange dengan MUSANEF, RAMLI dan POK CHEK, sampai rumah jer terus landing baiknyer...KROHH..KROOHH..KROHH...

Dalam banyak-banyak friendly, friendly ni lah yang menunjukkan umur tu dah makin meningkat...sampai cekak pinggang lah... Mintak Nyawa...Mintak Nyawa... Sehebat MUSANEF, yang boleh dikatakan stamina yang tinggi..pun, cekak pinggang... Lotih teramatlah tu... Mungkin bulan ni dah start sesi Pakej... Jadi tenaga belum recover sepenuhnya lagi selepas sesi mengeluarkan peluh petang khamis (5 Mac 2006) tu.

Ok, berbalik kepada permainan semalam... Kehadiran SADLI, banyak membantu disetiap serangan...di minit minit akhir kelihatan SADLI amat amat keletihan, mungkin baru sembuh daripada kecederaan lutut... Jadi stamina belum pulih sepenuhnya... Susun atur player KL Pendidikan sudah kelihatan semakin kemas...bagaikan sudah tahu position masing masing... Keserasian juga meningkat... Kawalan gawang oleh Ramli amat-amat membanggakan... Kesungguhan jelas dimata... KEEP IT UP RAMLI...mungkin GLOVE baru yang menaikkan semanggat RAMLI...walaupun semalam terdapat sedikit kekasaran...tetapi itu perkara biasa dalam permainan futsal ni...yang penting kita saling give and take...Secara keseluruhan, permainanan yang menarik dan cadangan dari Fiyadi@My di ruangan "borak-borak" boleh diambil kira untuk membawa masuk beberapa tenaga muda yang boleh diasuh...

Team lawan jugak menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi... daripada perbualan dengan ADY, team ni sebenarnya dalam proses membuat persediaan untuk menyertai tournament...setelah berehat hampir 1 bulan... Pada awal permainan mereka kelihatan agak gugup..tetapi apabila semua dah panas, masing masing mula memberikan saingan... Player mereka yang memakai jersy liverpool (mintak maaf lah sebab tak sempat nak tanya nama) banyak mencorak permainan...hantaran-hantaran silang yang berbahaya juga mengelirukan keeper Ramli...jaringan jaringan mereka banyak dihasilkan dari hantaran silang ini...jarang jarang mereka menggunakan sepakkan deras...

KL Pendidikan mengucapkan terima kasih atas friendly yang menarik ini...Keputusannya, KL Pendidikan berjaya menewaskan Tean ADY..


Saksikan sedikit foto daripada friendly semalam..


Hitam Dan Putih...Panas Dan Sejuk... Enjoy tetap Enjoy...

Kebelakangan ni aku agak sibuk dan kurang berkesempatan untuk update blog ni... Sekadar menjadi pemerhati kepada perkembangan Blog ni...Ni pun, nasib baik ada waktu terluang disekolah...bolehlah guna time ni untuk update blog ni...Mujurlah ada DIGI...ku bersamamu...

Kebelakangan ini, kelihatan di ruangan borak-borak agak panas... masing masing ada idea masing masing... HITAM dan PUTIH... Perbincangan yang sihat amat amat dialukan... sebarang komen dan pandangan yang sihat amat diperlukan bagi memastikan KL Pendidikan ni terus berkembang. Pengunaan perkataan perlu dititik beratkan agar KESOPANAN DAN KESUSILAAN terjaga... peace...no war... yang lepas biarlah lepas...jadikan sempadan dan kita buat baru...

Semalam, walaupun hujan yang lebat dan hampir melumpuhkan Kuala Lumpur... masih tidak berjaya menghalang semangat KL Pendidikan untuk meneruskan sesi mengeluarkan peluh... Semangat ini yang kita mahu... Permainan semakin menunjukkan kemajuan...karat-karat dah makin hilang... nampaknya stamina masing masing ada menunjukkan peningkatan...

Misteri yang masih tidak terjawab adalah chief KL Pendidikan ni masih lagi tidak menunjukkan muka... Hanya sekali saja turun.... dan selalunya turun apabila ada friendly saja... Daripada risikkan melalui anak buahnya... mereka juga tidak dapat memberi pembayang yang jelas mengenai fenomena ini... Jom Chief...luang luangkan lah masa untuk ke sesi mengeluarkan peluh... ramai kawan kawan yang merindui...terutamanya keeper... dah lama tak merasa menangkap bola dari sepakan tonjol dan deras... bak kata Karam Singh Waliah... terbakar hutan nampak asapnya...terbakar di hati tiada yang tahu...

Dikesempatan ini juga, KL Pendidikan nak perkenalkan seorang lagi ahli KL Pendidikan yang agak pemalu orangnyer.... tetapi apabila menyepak bola...deras dan mantap...beliau juga merupakan antara pioneer KL Pendidikan ni... Pada suatu ketika dulu, sepakkannya boleh menggegarkan tiang gol dan hati keeper... tetapi sekarang ni khidmat beliau diperlukan di bahagian defend... dengan tubuh yang sasa dan tegap... pastinya pihak lawan akan kecut hati... moga-moga mendapat keberkatan ye USTAZ ZURASNI...

Ok...kita jumpa lagi...

ADIOS...
Blog Widget by LinkWithin