Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center
Memaparkan catatan dengan label Sesi Mengeluarkan Peluh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sesi Mengeluarkan Peluh. Papar semua catatan

Sesi Mengeluarkan Peluh Pertama Bulan Ramadhan...

Salam Ramadhan kepada semua warga KL Pendidikan dan pembaca blog kami ini... pejam celik pejam celik dah masuk 13 hari kita berpuasa... So, rasanya body dah dapat adjust dengan perubahan... banyak dah proses pembersihan berlaku sepanjang bulan ramadhan ni... body cleansing... banyak sisa toksik dah dibuang dari badan dan perut sepatutnya dah kurang berkerja... he..he..he... tapi???... pasar ramadhan tetap memanggil... berkoyan koyan diusungnya... he..he..he...

Banyak jugak aku terima sms dari rakan rakan yang kaki mereka dah mula mengeletar...ketar sebab nak sepak bola... air liur meleleh... gian nak sepak bola... Jadi, aku berbincangan dengan pengurus sesi mengeluarkan peluh...kebetulan semalam (2hb Sept 2009) pun court ada...jadi ramailah kawan kawan yang turun melepaskan gian...

Sesi mengeluarkan peluh kita semalam... tergelak ada...tersenyum sumbing bilo tengok kawan-kawan dan diri sendiri main... jadi betullah kata ATAN, futsal ni tak boleh tinggal lama...nanti skill hilang...sefahaman akan berkurang... stamina berganggu... tapi ada jugak rakan futsal yang
masih steady...nafas panjang...sepakan makin kencang... good...good...

Ok, seterusnya, sedikit info mengenai mini tournament tertutup kita... Hadiah sudah di beli... 3 set jersey... sah-sah, tiga tempat teratas akan mendapat hadiah... mungkin tempat ke-4 dan ke-5 jugak akan diberi t-shirt esklusif KL Pendidikan... Kat sebelah tu dipamerkan hadiah yang bakal menjadi rebutan semua... Jadi, mari kita tingkatkan stamina untuk mencari juara... Jangan lepaskan peluang ni... Masa dan tarikh akan diberi tahu... Jadi rajin-rajinlah baca blog ni...

Jeng..Jejeng... Hadiah yang bakal menjadi rebutan

Oren

Green

Red

Apa-apa pun, objektif utama adalah untuk menggalakan lagi ahli KL Pendidikan beriadah dan bermesra sesama ahli... Sekali lagi, tunggu update terkini dari pada pihak berwajib...

Satu lagi sebelum terlupa.... sesi mengeluarkan peluh kita akan bermula seperti biasa iaitu pada hari SELASA dan KHAMIS, pada jam 10.00 malam... tarikh start 8 September 2009... Meh lah beramai-ramai...

Adios...



Kemana Menghilang...

Kemana habis menghilang ahli-ahli KL Pendidikan?....Busy...Lupa...atau sudah tidak berminat untuk bersama-sama ke sesi mengeluarkan peluh... Semalam, kehadiran masih lagi di peringkat minima...walaupun kehadiran mencukupi tetapi agak lewat...seawal jam 6.15pm, hanya 4 orang sahaja yang tiba... apabila masuk waktu kecemasan, tiba lagi 2 orang ahli...terpaksaah Musannef mengimport student UTM sebagai ganti...Apabila permainan bermula lebih kurang 15 minit...barulah kelibat ahli kelihatan...Permainan mula meriah..apabila, masing masing cuba untuk mengalahkan pihak lawan... Team Ramli vs Team Wan Felda...he..he..he... sesi bakar membakar bermula...Kironya objektif tercapai untuk mengeluarkan peluh..walaupun hangit team Wan Felda dibakar oleh Team Ramli...

Kebetulan pulak, belah malamnya Ahli KL Pendidikan dipecahkan kepada 3 bahagian apabila masing masing mengadakan sesi friendly...SMK Danau Kota VS SMK Setapak Indah dan Team Superstar VS SMK Hartamas....Keputusan...SMK Danau Kota berjaya menewaskan SMK Setapak Indah dengan bacaan 12-8 dan team SuperStar berjaya menewaskan team SMK Hatamas dengan jariangan 21-8...

SMK Danau Kota dikemudi oleh Abg. Mizi, Nazri, Hafizal, Nuar, Alif dan Aku... manakala Team Setapak Indah dikemudi oleh Nusi dan Usop dan beberapa lagi cikgu mereka (maaflah tak ingat nama) ...Team SuperStar dikemudi oleh Suhairi... Lotih memang Lotih...tapi enjoy...

Sekali lagi diberitahu bahawa pakej sesi mengeluar peluh bagi bulan APRIL telah bermula...marilah kita menyerbu SPORT 7...basahkanlah court dengan peluh kita... bersukanlah untuk kesihatan...

Adios...

Kehadiran yang dinantikan...PREMIER PREVIEW...

Khamis (2hb April 2009) lepas merupakan sesi mengeluarkan peluh yang jarang-jarang berlaku... Sesi biasa jam 6.00pm terpaksa ditunda kepada jam 7.00pm akibat daripada masalah teknikal... Gara-gara komputer Sport 7, Wangsa Maju Jem... walaubagaimanapun, oleh kerana semangat yang kental...sesi menunggu tersebut telah dipenuhi dengan sesi-sesi yang penuh dengan perbincangan ilmiah... Kehadiran lebih kurang 12 orang... Sesi tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran tonggak utama dan merupakan antara pengasas team Futsal KL Pendidikan.. UST. SETIA... dengan hanya sedikit skill yang terjejas walaupun telah lama menggantung kasut... WELCOME BACK...

Ok, disempatan ini jugak, aku nak perkenalkan JERSEY KL PENDIDIKAN yang masih lagi panas-panas... Telah pun siap... daripada kualiti pembikinan, aku sangat berpuas hati..material juga ringan dan lembut...cuma untuk first batch ini nombor aku dah fixkan...sebab aku tak sempat nak mintak dari ahli semua...kira aku gamble jer buat jersey ni... dan untuk first batch ni jugak aku hanya buat 10 helai jer dulu sebagai sample...sekiranya mendapat sambutan mungkin aku akan re-order... sekiranya kehebatan KL Pendidikan ni mendapat perhatian..mungkin banyak lagi produk-produk yang boleh dikeluarkan...next produk, mungkin aku nak try buat SHOE BAG exclusive... material dah ada...tinggal nak negotiate price... he..he..he... mungkin kito buleh bagi hadiah untuk Sesi Liga dalaman KL Pendidikan...

Pandang Depan


Pandangan Belakang


Aku tak kisahlah sekiranya ada antara kita yang rasakan ini semua hanyalah syok sendiri... atau mengutuk daripada belakang... yang penting aku buat untuk keseronokkan bermain futsal...untuk mengiktiraf kesungguhan ahli yang lain yang memberikan komitment...dan menghargai persahabatan... melabur duit sikit untuk kegembiraan hati....

Adios...

Sesi Friendly dan Sesi Mengeluarkan Peluh...post serentak...

Apalah malang nasib, setiap kali nak update blog ni, ada aje yang mengganggu...Pertama sekali monitor PC terpadam...Suspect utama adalah terbakar board dio... terpaksalah pakai laptop...then, conection P1 WiMAX pulak buat hal...jadi slow... Jadi posting hari ni merupakan 2 in 1 posting...Pertama untuk memberi update mengenai Friendly yang telah berlangsung pada 25hb Mac 2009 dan sesi mengeluarkan peluh petang tadi...

Amat mengecewakan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah malah semenjak Melaka dibuka...sesi mengeluarkan peluh kali ni mencatatkan kehadiran yang tidak mencukupi korum... Jam 6.15 petang, hanya 4 orang ahli saja yang tiba...Tunggu..punya tunggu...tak nampak batang hidung lagi...tapi nasib baik ada budak budak Kolej Islam berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi mangsa...he..he..he... selepas 30 minit berlangsung, barulah ahli ahli menunjukkan muka...tapi yang penting enjoy.... sesi kali ni boleh dianggap sebagai sesi mengeluarkan peluh merangkap sesi friendly... terima kasih lah kepada ustaz ustaz semua kerana mencukupkan korum KL Pendidikan...

Berbalik kepada sesi friendly semalam (25hb Mac 2009) KL Pendidikan telah bertemu dengan team NAVY FALCON... daripada risikan, team ni baru saja ditubuhkan...ahli-ahlinya terdiri daripada pemuda harapan bangsa belaka...mula-mula nak berjinak dengan futsal ni tetapi secara kasarnya, kesungguhan yang ditunjukan oleh team ini amat tinggi... beberapa player nyer mempunyai skill yang baik...tetapi, keserasian mereka masih belum tinggi... mereka juga kurang pengalaman dalam mengatur stategi serangan dan men marking... Mereka juga banyak mengentel bola...he..he..he... jadi cepat lemas dan senang pihak KL Pendidikan menutup ruang serangan... kepada FAZLI, teruskan usaha...tingkatkan sefahaman...umur masih muda...

Seperti biasa, KL Pendidikan memulakan jaringan... serangan demi serangan... kawalan pertahanan agak mantap yang diketuai oleh MUSANEEF dan ADHA.... bahagian tengah dikemudi oleh ATAN dan FAIZAL...bahagian Serangan oleh SADLI, WAN FELDA dan AKU...LIM tidak berjaya dicontack sebab Handphone MUSANEEF telah dimasuki VIRUS...hilang display...he..he..he...Chemistry antara player KL Pendidikan semakin meningkat... Keeper RAMLI, agak leka dalam mengawal gawang...bola bergelek je boleh lepas...nampaknya, team KL Pendidikan perlu menyediakan kain pelikat untuk dipakai oleh RAMLi, bagi mengelakkan bola bolos... Line up semalam...RAMLI, SADLI, MUSANNEF, ADHA, ATAN, FAIZAL, WAN FELDA (menyerah diri) dan AKU...

Keputusan semalam...Sekali lagi team KL Pendidikan berjaya menewaskan team NAVY FALCON...


Saksikan lah sedikit gambar dari friendly semalam



Kurang...Kemana menghilang?...ada perkara menarik...

Semalam..merupakan hari persekolahan yang pertama selepas bercuti selama seminggu... Banyak perkara yang berlaku dalam minggu lepas seperti yang telah aku tulis dalam blog ni...Satu lagi pengalaman menarik apabila aku berpeluang pergi tengok team WARRIOR main di Alice Smith School dekat Taman Equin... best jugak bilo dapat tengok dengan mata sendiri bagaimana cikgu-cikgu dan kawan-kawan cikgu main bola ni...Rasa seronok bila masih ramai yang mengekalkan gaya hidup yang sihat...

OK...hari ni merupakan hari pertama sesi mengeluarkan peluh...Bagaimana dengan kehadiran?...Kurang dan makin kurang...mungkin ramai ahli yang belum perasaan atau buat buat tak perasan yang sesi pakej dah bermula...walaubagaimanapun, keharian hari ni seramai 12 orang..jadi puaslah bergelumang dengan gol...bergelumang dengan peluh...

Pengumuman daripada pihak pengurusan...ESOK (25hb Mac 2009) sepatutnya ada satu slot sesi mengeluarkan peluh, telah ditunda..telah dianjakkan ker 31hb Mac 2009....pada tempat dan waktu yang sama...Hari Khamis..still on macam biasa... Marilah kito basahkan court tu dengan peluh...

Satu lagi perkara...Terlintas dalam kepala aku untuk buat jersey untuk ahli KL Pendidikan...dan aku dah siapkan design dan pilihan material... kat bawah ni ahli-ahli KL Pendidikan boleh lihat...Aku masih lagi mengekalkan warna tema KL Pendidikan iaitu Putih... Pilihan material adalah dari jenis DRY FIT...ringan dan cepat meresap peluh dan senang peluh nak kering...MOCK Collar dan berzip...logo, wording dan nombor aku wat printing jer...macam standart jersey..aku tak buat sulam...takut baju rosak...

gambar sebenar JERSEY

Design keseluruhan

Logo


Secara kasarnya design keseluruhan adalah seperti diatas... terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja...Harga..jeng..jeng..jeng... RM39.00 sehelai... mungkin dalam seminggu lagi first batch akan siap...aku hanya order 10 helai sahaja.... sebab aku nak tengok kualiti material dan kualiti printing dulu...So kito tungguuuu...

Kalau ada komen, just klik bahagian comment kat bawah ni..dan tinggalkan komen-komen anda...

So kito jumpo lagi nanti pada sesi mengeluarkan peluh hari KHAMIS ni..

Adios...

Tikus Mengiau..bila kucing tak de...

Bermula pada bulan Mac ni, KL Pendidikan dah mulakan pakej bagi sesi mengeluarkan peluh... Memandangkan pakej ni untuk 8 jam, jadi MUSANEF selaku pihak pengurusan (AD-HOC) terpaksa mengatur jadual sedemikan rupa....Memang menguji kehebatan stamina apabila tarikh yang terpilih memang rapat-rapat sebab cuti sekolah dah nak mula... Pada hari Selasa (10hb MAc 2009) kehadiran amat amat memberangsangkan apabila hampir 18 ahli KL Pendidikan yang hadir... tapi pada keesokkan harinya (11hb Mac 2009), pada awalnya hanya 8 orang sahaja yang hadir sehingga terpaksa mengimport 2 orang student UTM untuk mengisi kekosongan... Maka, banyaklah tikut tikus yang mula mengiau...he..he..he... dengan tendangan tendangan yang mengegarkan tiang gol, gol dan juga jaring jaring sebelah gol...masing masing juga menunjukkan peningkatan dalam skill mengelecek sambil berpusing pusing 360 darjah... dan akhirnya lemas sendirian...he..he..he... Apa-apa pun, kito enjoy... peluh mencurah curah..dan objektif P&P tercapai...

Bagi mereka yang masih belum mengetahui, aku dah naikkan tarikh tarikh untuk sesi mengeluarkan peluh... sila rujuk tarikh tersebut... dan tarikh untuk liga dalaman kita, akan diberitahu kemudian... TUNGUUUUUUU.....

Bagi sesi friendly pula, bulan ni banyak jugak pasukan yang aku contact untuk sesi friendly...tapi jawapan yang biasa diberikan adalah..."nanti kami contact cikgu balik okey, saya nak tanya team dulu..." jadi jadual waktu yang betul betul jitu tidak dapat dikeluarkan... Jadi aku berharap, masing masing bersiap sedia untuk dipanggil bila bila masa sahaja oleh pihak pengurusan untuk turun friendly...

Tapi ingat... petang ni ada lagi sesi mengeluarkan peluh... Marilah beramai ramai, agar tikus-tikus tidak lagi mengiau...

Adios...

Hitam Dan Putih...Panas Dan Sejuk... Enjoy tetap Enjoy...

Kebelakangan ni aku agak sibuk dan kurang berkesempatan untuk update blog ni... Sekadar menjadi pemerhati kepada perkembangan Blog ni...Ni pun, nasib baik ada waktu terluang disekolah...bolehlah guna time ni untuk update blog ni...Mujurlah ada DIGI...ku bersamamu...

Kebelakangan ini, kelihatan di ruangan borak-borak agak panas... masing masing ada idea masing masing... HITAM dan PUTIH... Perbincangan yang sihat amat amat dialukan... sebarang komen dan pandangan yang sihat amat diperlukan bagi memastikan KL Pendidikan ni terus berkembang. Pengunaan perkataan perlu dititik beratkan agar KESOPANAN DAN KESUSILAAN terjaga... peace...no war... yang lepas biarlah lepas...jadikan sempadan dan kita buat baru...

Semalam, walaupun hujan yang lebat dan hampir melumpuhkan Kuala Lumpur... masih tidak berjaya menghalang semangat KL Pendidikan untuk meneruskan sesi mengeluarkan peluh... Semangat ini yang kita mahu... Permainan semakin menunjukkan kemajuan...karat-karat dah makin hilang... nampaknya stamina masing masing ada menunjukkan peningkatan...

Misteri yang masih tidak terjawab adalah chief KL Pendidikan ni masih lagi tidak menunjukkan muka... Hanya sekali saja turun.... dan selalunya turun apabila ada friendly saja... Daripada risikkan melalui anak buahnya... mereka juga tidak dapat memberi pembayang yang jelas mengenai fenomena ini... Jom Chief...luang luangkan lah masa untuk ke sesi mengeluarkan peluh... ramai kawan kawan yang merindui...terutamanya keeper... dah lama tak merasa menangkap bola dari sepakan tonjol dan deras... bak kata Karam Singh Waliah... terbakar hutan nampak asapnya...terbakar di hati tiada yang tahu...

Dikesempatan ini juga, KL Pendidikan nak perkenalkan seorang lagi ahli KL Pendidikan yang agak pemalu orangnyer.... tetapi apabila menyepak bola...deras dan mantap...beliau juga merupakan antara pioneer KL Pendidikan ni... Pada suatu ketika dulu, sepakkannya boleh menggegarkan tiang gol dan hati keeper... tetapi sekarang ni khidmat beliau diperlukan di bahagian defend... dengan tubuh yang sasa dan tegap... pastinya pihak lawan akan kecut hati... moga-moga mendapat keberkatan ye USTAZ ZURASNI...

Ok...kita jumpa lagi...

ADIOS...

Kawan - Kawan Kata Ramli Hebat.... Aiman Tak Kisah..

Hari Selasa seperti biasa hari mengeluarkan peluh... Hujan lebat tidak menggangu kehadiran mereka yang ingin mengeluarkan peluh... Tapi hari ni best sikit sebab peluh banyak membasahi court... Kita orang buat seperti perlawanan friendly... team yang kalah..keluar dan di ganti dengan team yang baru... Tapi kalau dah main 2 game..menang or kalah..mesti keluar... FUTSAL IS FOR FUN... kalah menang adalah adat... yang penting kito enjoy..keluar peluh banyak banyak... Semasa sesi cooling down...tak banyak dibincangkan, perbincangan masih lagi bertumpu kepada GAME yang bakal diadakan. Pada awalnya dijangka pada 21hb tetapi di tunda kepada 22hb Feb 2009...Jadi peluang terbuka untuk sertai... Masing masing sibuk mencari team...

Tetapi yang menjadi misteri sekarang adalah kehilangan pakar sepakan tojol KL Pendidikan, SADLI... dah 3 -4 sesi menghilangkan diri... Kemanakah hilangannya beliau... Kita akan terjah dalam sesi yang akan datang.... Jangan biarkan anda diselubungi oleh misteri...

Hari ni, KL Pendidikan nak perkenalkan seorang lagi ahli yang menjadi kesukaan pihak lawan dan pihak kawan. Di " Social League" dio ni main di posisi STRIKER..tp di sesi mengeluarkan peluh, posisi utama adalah KEEPER... Jauh lari dari bidang pengkhususan tu...Kadang-kadang terlepas juga, laju jer lari..macam lipas kudung... Kalu score goal...gamat satu court...

Dio juga boleh dianggapkan sebagai AJK Pasar Malam...semua pasar malam dio tahu... Nasib baik pasar malam kalau pasar petang...alamatnya tak datanglah main futsal... Tapi dio ni senyum sokmo..kalu ambik gambar tu...ala ala pelakon hindustan... Jangan marah aaaa...RAMLI...

Sesi Pemanasan Badan Sebelum REMATCH...

Semalam agak keletihan sehingga tak sempat nak update blog, tu baru sehari sekolah bukak lepas cuti seminggu...Badan pun dah kene adjust balik... Malam pulak, pergi Ampang Sport Planet, saja jumpa Pop Corn... Borak - borak, minum mimun...balik terus TIDOR...

Ari ni macam biasa, sesi keluarkan peluh lagi... Ahli yang biasa turun agak merosot kehadiranya... Tapi mungkin sebab hujan turun selebatnya... Sedap tido gamaknya.

Kali ni, boleh kira sesi pemanasan badan sebelum jumpa team Star 7 FC... Semalam dio orang ada friendly dengan Ex- Unikl...Tp semalam dio orang turunkan second team, mungkin team utama simpan tenaga kot... He..He..He...

Lepas main tadi, masih lagi berlaku sesi jual beli pemain utk Game yang akan dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru tu... Tean SK GURNEY nampaknya dah macam nak tarik diri jer... kata ADHA selaku Ketua pasukan merangkap manager dan merangkap jurufoto SK GURNEY...bagi tahu peluang nak sertai tu mungkin tipis sebab ada majlis hari anugerah... HE..HE..HE, jangan gitu...ponat pakcik berlatih ni...

Ok, Kali ni KL Pendidikan nak perkenalkan pulak, Striker paling berbisa diabad ini...dalam banyak friendly, dio lah orang yang paling banyak bergelumang dengan gol... tendangan derasnya bisa merobek hati keeper pihak lawan... Juga, seperti MUSANEEF, dio mempunyai stamina yang tinggi... Jaringan daripada sepakan tonjolnya boleh menyebabkan pihak lawan dan pihak kawan mendapat sengal sengal sendi...tetapi, sejak buka sekolah ni, kehadiran ke sesi keluar peluh agak tidak memberangsangkan mungkin ada komitmen lain... Apa - apa pun shabas inspektor shahab... Teruskan merobek gol pihak lawan...SADLI...

Malam esok, jangan lupa... Sepakkan tonjol amat diperlukan untuk mengegarkan gol lawan.

Adios

Peluh oh Peluh

Hari ni, sekolah dah start balik selepas cuti seminggu sempena Chinese New Year... Nak bangun pagi sikit punya susah... Tapi kene kuatkan iman...Anak Murid ramai yang nak menuntut ilmu tu. Banyak yang nak di setllekan kat sekolah ni...Kerja mesti buat...

Petang macam biasa aktiviti mengeluarkan peluh... Ramai jugak yang turun... yang penting peluh mengalir... Ari ni banyak jugak isu yang dibincangkan, yang paling hangat, isu nak join Game anjuran Persatuan Guru-Guru KL... Macam primier league pulak..sesi jual beli pemain...

Ari ni, KL Pendidikan nak kenalkan seorang yang boleh dikatakan antara mastermind dan tulang belakang dalam team ni... Kalu nak dibandingkan dengan ahli yang lain, dia ni antara yang paling panjang nafas dio...Stamina perghhhh...tiptop... Joging tu beb... tp yang best nyer...Senyum Sokmo... ayat yang paling best...

Lapan..Lapan...Lapan...Tujuh...Tujuh..Tujuh...

mintak duit sewa court...kiro nyer merangkap Along dan AJK booking Court...

Apa - apa pun, Caya lah Brother... Senyum Sokmo..MUSANEEF

Jangan lupa Rematch kita dengan Star 7 FC...

Tarikh :06 Februari 2009
Masa : 9.00 pm
Vanue : Sport Seven, Wangsa Maju

adios
Blog Widget by LinkWithin