Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Buku dengan Ruas...Friendly yang hebat....

Sekali lagi aku lambat update pasal friendly terbaru KL Pendidikan yang berlangsung semalam...Yang pelik nyer, setiap kali lepas friendly, dengan semangat membara nak update blog...Internet connection mesti problem, jadi perlahan...disconnectedlah... tetiba PC akan hang... nak upload gambar tak boleh...yang sakit hati lagi...dah upload separuh dah gambar, tetiba jer disconnected...macam macam dugaan...he..he..he..

ok, kembali kepada friendly dengan team PORON FC ni...amat berbaloi setting friendly ni... sebab secara peribadinya team ni merupakan team yg paling teratur... kawalan gelanggang, skill, player marking...memang mantop... Persefahaman diantara mereka juga tinggi...mungkin mereka ni dah biasa main bersama... Faisal banyak mengemudi player mereka daripada zon pertahanan... Personal skill juga tinggi... Passing mereka juga pendek pendek dan tepat... Player mereka tersusun dan tahu position masing masing...Daripada skala 1 hingga 10 ( 10 adalah yg terbaik) aku bagi team ni 8...sangat berbaloi utk berfriendly...KL pendidikan mengucapkan terima kasih..atas permainan yang mantap...Player yang sporting...

Berbalik kepada team KL Pendidikan, kehadiran semalam agak ramai, walaubagaimana pun, saingan masih diberikan kepada pihak lawan... Walaupun dikerah oleh pihak lawan, persefahaman dah mula wujud... walaupun beberapa player tidak menjadi..mungkin keletihan he..he..he... Game semalam paling enjoy tapi berkesan, kawalan court juga memberangsangkan... tetapi kehilangan kelibat SADLI yang mengalami kecederaan juga dirasai...

Tetapi yang lebih penting, kelibat keeper RAMLI berjaya menyelamatkan gawang daripada sepakan mengelirukan pihak lawan... Tak salah lagi Ramli memang layak untuk position keeper KL Pendidikan... secara peribadi "Man of The Match" boleh diberikan kepada RAMLI....

KL Pendidikan juga amat amat berbesar hati dengan kehadiran Player Terbaik FUTSAL iMetro pada tahun 2008 "CHEHK"... skill amat tinggi... pengalaman yang amat berguna... terima kasih sekali lagi...

Apa - apa pun satu friendly yang sangat sangat hebat...

Keputusan semalam... KL Pendidikan tewas lagi...disaat saat akhir dibolosi...








Serpihan KL Pendidikan di Kejohanan Futsal KKGLM cawangan Kuala Lumpur

Hari ni kebetulan ada sedikit masa free, jadi tergerak hati untuk pergi memberi support pada serpihan ahli KL Pendidikan yang dipinjamkan dan yang meminjamkan diri kepada team team yang memasuki tournament ni... ADHA...MAN...HAFIZAl...NUSI...RAMLI dan MIZI...

Melilau jugak mencari vanue tp oleh kerana pernah menjadi mat rempit separuh masa diawal zaman remaja dahulu halangan itu dapat diatasi...nasib pergi dengan motor beb.... Apabila sampai ker SHOOT OUT SPORT...rupanya meriah jugak...sambutan dari para-para dan pari-pari guru dan kakitangan pendidikan ini amat diluar jangkaan... Daripada sumber sumber risikan dan gosip gosip didapati lebih kurang 28 team yang mengambil bahagian... Ramai jugak cikgu-cikgu dan staf pendidikan yang mengamalkan cara hidup yang sihat ni... ramai juga yang mempunyai skill yang hebat... Daripada 4 team yang dipantau iaitu team yang diwakili oleh ADHA dan MAN...HAFIZAL..NUSI manakala RAMLI dan MIZI mewakili Team PAR... Team HAFIZAL dan Team PAR mengucapkan selamat tinggal diperingkat awal iaitu dalam peringkat kumpulan... Team ADHA dan Team NUSI berjaya meneruskan cabaran ke peringkat kedua...Walaubagaimanapun, Team AHDA terkandas apabila tewas dengan sepakkan panalti...Cabaran diteruskan oleh TEAM NUSI keperingkat Suku akhir...tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila disaat akhir team lawan berjaya menggegarkan gawang....

Bila tengok dio orang ni main..teruja jugok... Macam nak g sepak jer bola tu...he..he..he.. tapi mungkin kiranya ada lagi tournament pada masa akan datang...KL Pendidikan boleh hantar 1 team...

Daripada tournament ni jugak, banyak info yang berguna ...antaranya, kiranya keeper tangkap bola di luar kawasan D..KAD MERAH ooo...2 minit dok kat luar.... Sekiranya keeper tangkap back passing daripada player sendiri sepakkan percuma diluar kawasan D akan diberikan... he..he..he... biasanye kito orang main macam koboi jer ada rules yang basic basic jer...Apa apa pun...semangat ini yang kita mahu...Gaya hidup yang sihat...

KL Pendidikan Vs MINDEF FC...Pelik tapi benar....

Selepas frust kerana sesi mengeluarkan peluh pada Khamis ( 19/03/2009) terpaksa dibatalkan diatas sebab court gagal di booking... KL Pendidikan mengharungi satu lagi Friendly daripada team MINDEF... Daripada risikan kami, team ini dilatih oleh WAN FELDA... hebat sungguh sekarang..sudah naik taraf menjadi COACH...

Berbalik kepada permainan semalam, secara keseluruhan permainan semalam masih lagi di tahap average, masih lagi banyak ruang ruang yang boleh di perbaiki...Kelemahan yang ketara adalah bahagian Striker... Sejak striker utama SADLI injurd... penyudahan agak tumpul...AKU?....he..he..he.. banyak peluang yang dilepaskan... pergerakkan bagaikan perlahan... Walaubagaimana pun, kekebalan defend perlu dipuji... keserasian UST. ZURASNI dengan MUSANEEF berjaya mengekang kemaraaan pihak lawan... Keeper RAMLY kelihatan gugup... mungkin terkejut apabila menerima panggilan untuk mengisi kekosongan keeper... ADHA sekali sekala off position..tetapi nasib baik mamat ni banyak angin..boleh lari turun dengan agak cepat... Kecederaan ABU masih lagi mengganggu gerakkan beliau.

apa apa pun..yang penting enjoy...

Pihak lawan juga menunjukkan kesungguhan yang tinggi, mereka mempunyai 2 keeper yang agak kebal... daripada segi fizikal mereka memang jauh mendahului KL PENDIDIKAN, stamina tinggi...Keeper mereka sering menggunakan kekuatan tangan untuk membaling bola terus ke depan gol... Player mereka banyak mengunakan passing pendek pendek... tetapi kelibat WAN FELDA hanya untuk 10 - 15 minit pertama sahaja...selepas itu hilang...mungkin mengatur strategi atau jadikan reserved...Agak pelik apabila player yang begitu berpengalaman direservedkan... he..he..he...

KL Pendidikan mengucapkan terima kasih diatas kesudian untuk friendly dengan kami...diharap lain kali kita dapat berjumpa lagi..

Keputusan semalam.. adalah keputusan yang amat jarang berlaku... KL Pendidikan Seri



Saksikan sedikit perlawanan semalam





Irau oh Irau... KL Pendidikan mengapai awan...

KL Pendidikan mempunyai ahli yang bukan saja meminati sesi mengeluarkan peluh dengan berfutsal... tetapi ada sebahagian daripada mereka meminati aktiviti yang lebih extrime... mendaki gunung...

Semasa cuti Thaipusam (8hb Februari - 9hb Februari 2009) baru - baru ini, beberapa ahli KL Pendidikan telah menyertai satu ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dari SMK Danau Kota yang diketuai oleh Cikgu Mohni dan Cikgu Anuar...Player tersebuat adalah... HAFIZALl, NAZRI, FAKHZAN dan UST. SETIA...Mereka telah berjaya mengapai awan di Gunung Irau...tahniah kepada UST. SETIA, rupa-rupanya selama menghilang ini, telah mengumpul tenaga dan stamina utk mendaki gunung irau...Hafizal dan fakhzal juga berjaya sampai ke puncak bersama dgn pihak penganjur iaitu Cikgu MOHNI dan CIKGU ANUAR... walaubagaimana pun NAZRI hanya berjaya mendaki sehingga ANAK IRAU sahaja... Apa - apa pun, tahniah semua... Kekalkan gaya hidup yang aktif...he..he..he...

Sedikit fakta mengenai Gunung Irau ini... Puncak tertingginya berada diantara 2 sempadan negeri iaitu Perak dan Pahang. Ketinggiannya adalah 2110m... merupakan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia... Gunung Irau ini mempunyai 2 puncak, puncak yang pertama lebih dikenali dengan nama ANAK IRAU... Gunung Irau juga bersebelahan dengan gunung Berinchang...yang membezakan antara Irau dengan Berinchang adalah Menara Telekomunikasi yang terdapat di Gunung Berinchang... Fakta menarik...Gunung Irau inilah merupakan antara lokasi pengambaran filem PUTERI GUNUNG LEDANG dibuat.

Lihatlah keindahan gunung Irau ini... Ust. Setia sedang merangka strategi dan sedang mengawal penafasan untuk menambah stamina bagi bermain futsal semula...

Salam Takziah kepada Shuhairi.... Diatas pemergian Bondanya..

Kepada semua team KL Pendidikan dan pembaca - pembaca blog ini, dikesempatan ini nak maklumkan mengenai pemergian bonda kepada SHUHAIRI ke rahmatullah semalam jam 10.00 pagi.

Marilah kita semua, menghadiahkan AL-fatihah kepada bonda beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...AMIN..

kepada Shuhairi, agar dapat bersabar dan tabahkan diri dengan dugaan ini...

Salam Takziah daripada KL Pendidikan.

KL Pendidikan Vs WAN FC...Pengajaran dan Pembelajaran

Keletihan semalam masih lagi belum hilang, hari ini KL Pendidikan menguatkan semangat lagi untuk terus berfriendly... Kali ini team KL Pendidikan bertemu jodoh dengan team WAN FC...he..he..he... ambil nama organiser dio orang sbb team ni sebenarnya tak de nama...

Bagaimana prestasi hari ini?... secara umumnya agak kucar kacir dan kurang menyengat... Kombinasi player yang agak berterabur... Faktor utama kekalahan hari ini adalah ketiadaan keeper yang benar benar berwibawa. MAN terpaksa menjadi keeper bidang terjun sekali sekali bertukar tempat dengan MUSANEF... mungkin team akan membuat satu rancangan realiti "KEEPER IDOL" untuk mendapatkan Keeper yang benar benar berminat dan boleh memberi komitment kepada team....seterusnya, kekalutan agak terasa semasa MUSANEF menjadi Keeper... apabila menteenya ADHA sudah mula hilang pedoman... sudah mula OFF position... he..he..he... mungkin dengan kekalahan malam ini, bisa memberi ilham dan pedoman...agar sentiasa mendengar PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN daripada Mentornya...

Pihak lawan rata-rata mempunyai stamina yang tinggi, dengan mastermindnya WAN...banyak mengatur corak permainan mereka. Kombinasi personal skill yang baik dan jurus sepakan yang kencang... Pada awal permainan, konsentrasi mereka agak terganggu kerana terpaksa meminjam player KL Pendidikan kerana player mereka agak lewat tiba...Apabila mereka mendapat rentak mereka, permainan mula rancak dan saling berbalas gol... Mungkin kelebihan dan tenaga muda mereka dapat bertahan hingga minit minit terakhir..Jaringan diminit minit terakhir memberi kemenangan kepada mereka.

Sekiranya terkasar... KL Pendidikan mohon maaf... bukan sengaja tetapi mungkin keghairahan membuat kita excited.. terima kasih atas game hari ini...mungkin boleh friendly pada masa akan datang.

Keputusan hari ini, KL Pendidikan tewas kepada WAN FC.


saksikan serba sedikit friendly hari ini...




Friendly KL Pendidikan VS MyLib FC...Bangkit dengan semangat yang baru...

Setelah dikecewakan 2 kali oleh Star 7 FC, KL Pendidikan telah menyusun semula pemain untuk menghadapi friendly terbaru... Team seterusnya adalah team dari Perpustakaan Negara ( MyLib FC)... Kelibat ADHA banyak membantu MUSANEEF di bahagian Defend... Keserasian yang amat luarbiasa yang ditunjukkan oleh mereka berdua... Bagaikan sepasang kekasih yang sedang bercinta...

Dibahagian midfield banyak dibantu oleh NAWI, MAN, UST ZURASNI dan LIM... seperti biasa membuka ruang untuk striker membuat jaringan-jaringan... SADLI agak lewat sampai...walaubagaimana pun, jaringan jaringan berdusup darinya bisa merobek hati keeper pihak lawan... AKU?... he..he..he.. hari ni ada menjaring beberapa gol...Ada sikit stamina...tetapi masih jauh kalau dibandingkan dengan yang lain...he..he..he.. akan makan pisang banyak lagi... Secara peribadinya, MAN OF THE MATCH adalah ADHA... menunjukkan kecemerlangannya di posisi Defender bersama mentornya MUSANEF... ADHA dtakdirkan menjadi defender yang cemerlang berbanding striker yang baik...

Berbalik pula kepada pihak lawan, Secara umumnya, team Mylib FC ini rata rata diangotai oleh pemain pemain yang muda... dengan mempunyai skill individu yang agak tinggi... Daripada risikkan kami, team ini mempunyai beberapa player yang pernah mewakili negeri masing masing dizaman ramajanya...

Daripada segi fizikalnya, team ini mempunyai kelebihan, team ini juga mempunyai striker yang mempunyai sepakkan yang amat kencang...berdesup... bisa meropek dan mengelirukan keeper bidang terjun KL Pendidikan...setelah keeper utama lewat hadir... MyLib FC banyak menjaringkan gol dengan sepakkan deras di luar kawasan D. Mereka banyak membuat passing jauh dan tepat...mungkin mereka kekurangan pemain di bahagian defend... Keserasian antara mereka juga tinggi... Terima kasih Guys, kerana bermain dengan cemerlang sekali... Mungkin kita boleh ada kan rematch di masa akan datang...

Keputusan hari ini, KL Pendidikan berjaya menewaskan MyLib FC...




Saksikan serba sedikit perlawanan hari ini.



Kawan - Kawan Kata Ramli Hebat.... Aiman Tak Kisah..

Hari Selasa seperti biasa hari mengeluarkan peluh... Hujan lebat tidak menggangu kehadiran mereka yang ingin mengeluarkan peluh... Tapi hari ni best sikit sebab peluh banyak membasahi court... Kita orang buat seperti perlawanan friendly... team yang kalah..keluar dan di ganti dengan team yang baru... Tapi kalau dah main 2 game..menang or kalah..mesti keluar... FUTSAL IS FOR FUN... kalah menang adalah adat... yang penting kito enjoy..keluar peluh banyak banyak... Semasa sesi cooling down...tak banyak dibincangkan, perbincangan masih lagi bertumpu kepada GAME yang bakal diadakan. Pada awalnya dijangka pada 21hb tetapi di tunda kepada 22hb Feb 2009...Jadi peluang terbuka untuk sertai... Masing masing sibuk mencari team...

Tetapi yang menjadi misteri sekarang adalah kehilangan pakar sepakan tojol KL Pendidikan, SADLI... dah 3 -4 sesi menghilangkan diri... Kemanakah hilangannya beliau... Kita akan terjah dalam sesi yang akan datang.... Jangan biarkan anda diselubungi oleh misteri...

Hari ni, KL Pendidikan nak perkenalkan seorang lagi ahli yang menjadi kesukaan pihak lawan dan pihak kawan. Di " Social League" dio ni main di posisi STRIKER..tp di sesi mengeluarkan peluh, posisi utama adalah KEEPER... Jauh lari dari bidang pengkhususan tu...Kadang-kadang terlepas juga, laju jer lari..macam lipas kudung... Kalu score goal...gamat satu court...

Dio juga boleh dianggapkan sebagai AJK Pasar Malam...semua pasar malam dio tahu... Nasib baik pasar malam kalau pasar petang...alamatnya tak datanglah main futsal... Tapi dio ni senyum sokmo..kalu ambik gambar tu...ala ala pelakon hindustan... Jangan marah aaaa...RAMLI...

Kita Bangkit Dengan Semangat Baru....

Selepas berehat beberapa hari ni... Baru tubuh rasa segar sikit... Bila cuti terlalu banyak susah juga... Banyak yang kene adjust balik ni... Kerja kat sekolah sudah tentunya akan bertimbun timbun... kita lupakan kerja sekolah tu... seperti biasa, kerja tetap kerja...

Yang lepas kita biarkan lepas... Kita hadapi yang akan datang ni... Sebenarnya team ni banyak lagi friendly yang mendatang... Kita buat semula... Jangan biarkan masalah kecik ni mengganggu konsentrasi kita dan perhubungan kita... FUTSAL is for FUN... Untuk Keluarkan Peluh... nak jaga kesihatan badan...

Ok, seperti biasa KL Pendidikan nak kenalkan seorang lagi ahli team kami, dio ni merupakan satu - satunya Lelaki Chinese Yang Terakhir dalam team kami...he..he...he...banyak membantu dibahagian Defend dan Midfield...boleh di kira sebagai pembuka ruang...sekali sekala sepakkan dari dio ni boleh menggegarkan gol lawan...ayat yang paling best... "Ko kene makan pisang untuk bagi tenaga...." Comitment kepada team amatlah tinggi... akan sentiasa ada walau sibuk sekali pun... bak kata USOP...hebatlah UNCLE LIM....

Kepada semua team KL Pendidikan, Jadual Friendly yang akan datang dah pun di letak dekat blog ni, sesiapa saja di jemput..Datang jer... Kalu ramai, kito main sikit sorang...kalu sikit kito main lama... Friendly yang terdekat adalah kat Sport Planet, Ampang...


Datang jangan tak datang... jumpa di sana....

adios..

Kami Tewas Lagi...

Tiada kata seindah bahasa..untuk ku gambarkan perasaan diketika ini... he..he..he... KAMI TEWAS lagi dengan team Star 7 FC ni... Jelas dan nyata, ini merupakan dream team mereka... Mereka mengerahkan seluruh kudrat yang mereka ada... Jelas sekali meraka mempunyai persefahaman yang baik...saling menjaga emosi dan motivasi kawan kawan... Corak permainan masih lagi sama seperti sebelum ini...passing pendek pendek dan sekali sekala lambung... Keeper meraka menunjukkan prestasi yang mantop sekali... WELLDONE STAR 7 FC....

Bagaimana prestasi KL PENDIDIKAN ?.... sukar sekali nak dijelaskan, permainan penuh dengan emosi... Persefahaman bagaikan hilang... Apabila semangat FRIENDLY sudah tidak difahami... Adakah hanya kemenangan yang difikirkan?.... Sepatutnya, kita bermain dengan saling menjaga emosi kawan kawan...tp sebaliknya yang berlaku... Sekiranya dibandingkan dengan friendly GIOVINCO FC... team ini mempunyai skill yang tinggi tetapi KL PENDIDIKAN memberikan saingan yang tinggi dan berjaya menewaskan mereka... sedangkan barisan pemain KL PENDIDIKAN pada masa itu secara relatifnya kurang berbanding susunan player hari ini... Walaubagaimana pun, saingan kepada pihak lawan tetap diberikan...

Secara peribadi, UST. ZURASNI dan MUSANEEF, boleh dianggap sebagai "MAN OF THE MATCH" malam ni...Kawalan emosi dan kawalan court yang baik...COOL sokmo...

Kepada Team STAR 7 FC, maaf sekali lagi sekiranya terkasar... court yang kecik...permainan yang pantas...larian yang laju...momentum akan menjadi lebih... perlanggaran biasa takut disalah erti sebagai perlanggaran luarbiasa... Mungkin kita boleh adakan REREMATCH...di lain waktu...

Keputusan hari ini... KL Pendidikan tewas lagi...


Saksikan sedikit gambaran mengenai friendly tadi




Sesi Pemanasan Badan Sebelum REMATCH...

Semalam agak keletihan sehingga tak sempat nak update blog, tu baru sehari sekolah bukak lepas cuti seminggu...Badan pun dah kene adjust balik... Malam pulak, pergi Ampang Sport Planet, saja jumpa Pop Corn... Borak - borak, minum mimun...balik terus TIDOR...

Ari ni macam biasa, sesi keluarkan peluh lagi... Ahli yang biasa turun agak merosot kehadiranya... Tapi mungkin sebab hujan turun selebatnya... Sedap tido gamaknya.

Kali ni, boleh kira sesi pemanasan badan sebelum jumpa team Star 7 FC... Semalam dio orang ada friendly dengan Ex- Unikl...Tp semalam dio orang turunkan second team, mungkin team utama simpan tenaga kot... He..He..He...

Lepas main tadi, masih lagi berlaku sesi jual beli pemain utk Game yang akan dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru tu... Tean SK GURNEY nampaknya dah macam nak tarik diri jer... kata ADHA selaku Ketua pasukan merangkap manager dan merangkap jurufoto SK GURNEY...bagi tahu peluang nak sertai tu mungkin tipis sebab ada majlis hari anugerah... HE..HE..HE, jangan gitu...ponat pakcik berlatih ni...

Ok, Kali ni KL Pendidikan nak perkenalkan pulak, Striker paling berbisa diabad ini...dalam banyak friendly, dio lah orang yang paling banyak bergelumang dengan gol... tendangan derasnya bisa merobek hati keeper pihak lawan... Juga, seperti MUSANEEF, dio mempunyai stamina yang tinggi... Jaringan daripada sepakan tonjolnya boleh menyebabkan pihak lawan dan pihak kawan mendapat sengal sengal sendi...tetapi, sejak buka sekolah ni, kehadiran ke sesi keluar peluh agak tidak memberangsangkan mungkin ada komitmen lain... Apa - apa pun shabas inspektor shahab... Teruskan merobek gol pihak lawan...SADLI...

Malam esok, jangan lupa... Sepakkan tonjol amat diperlukan untuk mengegarkan gol lawan.

Adios

Peluh oh Peluh

Hari ni, sekolah dah start balik selepas cuti seminggu sempena Chinese New Year... Nak bangun pagi sikit punya susah... Tapi kene kuatkan iman...Anak Murid ramai yang nak menuntut ilmu tu. Banyak yang nak di setllekan kat sekolah ni...Kerja mesti buat...

Petang macam biasa aktiviti mengeluarkan peluh... Ramai jugak yang turun... yang penting peluh mengalir... Ari ni banyak jugak isu yang dibincangkan, yang paling hangat, isu nak join Game anjuran Persatuan Guru-Guru KL... Macam primier league pulak..sesi jual beli pemain...

Ari ni, KL Pendidikan nak kenalkan seorang yang boleh dikatakan antara mastermind dan tulang belakang dalam team ni... Kalu nak dibandingkan dengan ahli yang lain, dia ni antara yang paling panjang nafas dio...Stamina perghhhh...tiptop... Joging tu beb... tp yang best nyer...Senyum Sokmo... ayat yang paling best...

Lapan..Lapan...Lapan...Tujuh...Tujuh..Tujuh...

mintak duit sewa court...kiro nyer merangkap Along dan AJK booking Court...

Apa - apa pun, Caya lah Brother... Senyum Sokmo..MUSANEEF

Jangan lupa Rematch kita dengan Star 7 FC...

Tarikh :06 Februari 2009
Masa : 9.00 pm
Vanue : Sport Seven, Wangsa Maju

adios

Kemanakah Hilangnya....Merajukkah...?

Lenguh lenguh badan friendly semalam pun masih lagi tak hilang... Walaupun hari ni KL cuti bersempena Hari Wilayah, nampaknya kena bangun awal jugak sebab nak hantar anak ke Tadika... bapa mithali lah kata kan....

Semalam, sambil cooling down lepas friendly dan selepas misteri kehilangan penjaga gol utama KL Pendidikan yang masih belum dapat dirungkai, timbul pula satu persoalan... daripada SADLI, Kemanakah Ustz. SETIA, antara orang yang bertanggung jawab yang mengasaskan Team Futsal KL Pendidikan ni...

Adakah Ustaz. merajuk atau pergi bertapa untuk menajamkan skill?... Sejak sekolah dibuka, hanya sekali sahaja Ustz. menonojolkan diri di sesi latihan.... selepas itu, terus ghaib... Walaupun, telah beratus-ratus sms dihantar untuk memujuk... Pihak KL Pendidikan jugak telah menghantar Counselor utnuk berbincang, namun masih tidak berupaya memujuk.... he..he..he... meh la Ustaz... Kalu Ustaz tak dok saper yang nak Score Gol...?

Kalu Padi katakan Padi, Kalu Sudi Katakan Sudi...Agar tidak kami ternanti-nanti....

Kita tunggu kehadiran Ustz Setia....

Adios...

KL Pendidikan Vs Giovinco FC

Tarikh : 01 Feb 2009
Masa : 9.00 pm
Vanue : Sport Seven, Wangsa Maju

...On your Mark...Get Set...Go....

Pertarungan yang amat sengit menentang Giovinco FC ni... Semua pemain mereka agak muda belia... mungkin dalam range umur 25- 28 tahun... Mereka kelihatan serasi antara satu sama lain...Passing yang tepat dan pendek - pendek... Tenaga muda mereka gunakan sepenuhnya... Tapi malang mereka tidak mempunyai engin spare diluar, jadi di akhir perlawanan, mereka agak keletihan... Walaubagaimanapun, Skill dan keserasian mereka amat berkesan... WELLDONE GUYS...

Team KL Pendidikan jugak tidak kurang hebatnya apabila memberikan saingan yang hebat... Tahniah kepada Keeper bidang terjun POK CEK...telah menyelamatkan gawang... boleh dianggapkan sebagai "MAN OF THE MATCH"... Penjaring gol terbanyak sudah tentunya SADLI... Bahagian defender dikawal dengan baik oleh MUSANEEF dan disamping dibantu oleh USTZ. ZURASNI... manakala bahagian midfield banyak membantu...membuka ruang...terutamanya LIM dan NAWI...

Dan dimanakah... AKU?....he..he..he... pancit memanjang.... kurang membantu SADLI... Pisang dah makan..tapi angin masih lagi tak cukup... Kene joging pulok ni...

Perlawanan yang amat menarik....

KEPUTUSAN
KL Pendidikan berjaya menewaskan Giovinco FC


Saksikan lah sedikit gambar pertarungan malam td



Blog Widget by LinkWithin