Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center
Memaparkan catatan dengan label Tournement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tournement. Papar semua catatan

Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan... berlangsung sudah... report jer lambat tulis...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdullilah semuanya telah berlangsung, Kejohanan Futsal PSKPP - KL Pendidikan kali ni dah masuk kali ke-3 penganjurannya... terima kasih tak terhingga kepada semua yang telah sudi menyertainya... segala suport yg diberikan amat-amat kami hargai... seterusnya tahniah kepada pemenang.... nak tahu siapa yg menjadi pemenangnyer?...tungguuuu...

oklah, kejohanan kali ni bermula tepat jam 10 pagi... walaupun agak tersasar daripada jadual yang sepatutnyer tapi masih lagi dalam landasan yang betul... terdapat beberapa pasukan yang telah mengesahkan penyertaan telah menarik diri disaat - saat akhir... tunggu punya tunggu tapi tak kunjung tiba... bila call, dengan rasa tak bersalah mengatakan mereka menarik diri.... kami tak boleh nak paksa untuk menyertai pertandingan ni, tapi sekurang-kurangnya sms bagi tahu awal... boleh kami rombak jadual... walau bagaimanapun... semua ni tak menjejaskan kejohanan kali ini... sebaliknya menjadikan pengajaran kepada kami...seterusnya, taklimat ringkas oleh pengadil kepada semua pengurus engenai perubahan terhadap undang-undang permainan... pertandingan berjalan dengan smooth sesemoothnyer... tiada incident yang tidak di ingini berlaku... kerjasama daripada semua pasukan amat baik... tahniah semua...

Kejohanan kali ini telah dijuarai oleh pasukan "Belajar Main" apabila berjaya menwaskan pasukan "Desa Petaling"... mana kala tempat ketiga jatuh kepada pasukan "One-5-Rose" dan tempata ke-4 adalah pasukan "GT"... Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM500 + Hamper, ke-2 wang tunai Rm350 + hamper, tempat ke-3 RM150 + hamper dan tempat ke-4 RM120 + hamper... apa-apa pun tahniah kepada semua pasukan...kalah atau menang...adalah adat pertandiang... kita cuba lagi...

Johan
Belajar Main

Naib Johan
Desa Petaling

Tempat Ke-3
One - 5 - Rose

Tempat Ke-4
GT Team

Hebat-hebat belako puok - puok ni... tahniah sekali lagi kepada semua pasukan yang telah memenangi Kejohanan kali ini....

Apa yang menarik pada pertandingan kali ini adalah vanue pengajuran lebih selesa berbanding dengan vanue yang lepas-lepas... insa'aalah vanue ni akan terus digunakan untuk sesi yang seterusnya... Perancangan yang seterusnya adalah untuk mengadakan pertandingan untuk team perempuan... banyak jugak team yang request... insa'allah akan diadakan... tunggu sahaja berita terkini daripada kami...selalu selau lah lawati lama blog ni atau di facebook kami...

Seterusnya ribuan terima kasih kepada En. Adzmi Baba sebagai penaung dan penasihat kejohanan kali ini dan tak lupa pada Pak Long selaku pengurus bola sepak senior atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini... sehingga kita jumpa lagi dalam sesi akan datang...

sama-sama kita saksikan gambar sekitar kejohanan berlangsung...



kita jumpa lagi...

adios...

Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... Pre Macth Report...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... cepat sungguh masa berlalu, rasanye baru jer surat jemputan Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni dimasukkan dalam pigeon hole sekolah masing-masing... esok lusa dah hari kejadian...

ok, tidak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana pihak penganjur mengadakan sesi taklimat kepada Pengurus-pengurus pasukan 3 hari sebelum Pertandingan, kali ni pendekatan yg baru diambil, dimana taklimat diadakan pada hari pertandingan iaitu pada 6 Mac 2011 jam 8.30 pagi di Centermart Futsal Center... Jadi amat-amat diharapkan agar semua pasukan dapat hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan...

Seterusnya, sehingga jam 7.00 petang tadi (3 Mac 2011), jumlah penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 21 pasukan...sekiranya ada, pihak penganjur akan menerima penyertaan saat saat akhir sehingga hari kejadian... sehingga sekurang-kurangnya 24 pasukan... supaya senang pembahagian kumpulan... tapi sekiranya tiada lagi penyertaan, format tahun ini akan diubah sedikit dimana, hanya ada 4 kumpulan sahaja dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 5 pasukan... jadi setiap pasukan akan main 4 perlawanan... sekiranya format ini digunakan maka, loser pool tidak akan diadakan... jadi war-warkan lah kepada rakan rakan yang masih berminat... peluang masih terbuka...

Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana Centermart Futsal Center ni... Jangan sesat udah ler... harap-harapnyer peta ni dapat membantu... KL ni sempit jer...he..he..he.. kalu sesat, calling...calling lah yer... saya sudi membantu...

oklah, kepada semua pasukan yang menyertai, semoga berjaya... all the best... kita jumpa disana...


adios..

Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... berlansung dengan jayanya...

Pada tarikh 11 Julai 2009 hari Sabtu jam 9.00 pagi, telah berlangsung Kejohanan Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... sebanyak 24 pasukan yang mendaftar... Target kami adalah 32 team, tapi daripada risikkan yang diterima, banyak sekolah mempunyai aktiviti Ko-kurikulum dan LDP pada hari tersebut, menyebabkan banyak pasukan tidak dapat menyertai tournament ini.

Pada awalnya, Pihak penganjur hanya mengadakan Liga peringkat Kumpulan dan Kalah Mati untuk pusingan seterusnya. Tetapi, selepas menilai jumlah permainan, maka penganjur mengadakan loser pool bagi team yang terkeluar pada peringkat awal...

Hebat...memang hebat...itulah yang dapat diungkapkan mengenai bakat-bakat cikgu dan kakitangan pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Pelbagai aksi, pelbagai gaya dapat diperhatikan... Hampir kesemua team tiba tepat pada waktunya, mereka tetap sabar menunggu walaupun, pintu pagar Sport 7, masih belum dibuka lagi...

Pertandingan dimulakan tepat jam 9.30 pagi dengan perlawanan pembukaan SEMERA vs JINJANG di court 1 dan SERI HARTAMAS vs BANDAR TASIK SELATAN di court 2... pertandingan berjalan dengan lancar... walaubagaimanapun terdapat beberapa insident kekasaran.... dan pengurus pasukan SK Setiawangsa hampir pitam...mungkin kerana kepanasan. tetapi oleh kerana semangat kesukanan yang tinggi, maka semua ini dapat diatasi... Perlawanan bertambah rancak apabila mula masuk ke peringkat kedua dan seterusnya...

Sedikit masalah timbul apabila bulb di court bersebelahan terbakar...menyebabkan power trip... Kepanasan seketika...tetapi ini semua tidak mengganggu perjalanan pertandingan. malah semakin hangat... bagai tiada apa-apa yang berlaku...

malang bagi team Penganjur apabila terpaksa akur dengan kehebatan lawan SK SERI SURIA, apabila tersungkur diperingkat suku akhir... tak pe..lain kali boleh cuba lagi...he..he..he..he...

Daripada mutu pengadilan, rata-rata setiap pasukan dan pihak penganjur amat berpuas hati, pengadilan yang adil dan berjaya mengawal permainan dengan baik... terima kasih kepada Abang Din selaku ketua Pengadil dan rakan - rakan pengadil yang lain. Kerjasama daripada pihak SPORT 7 juga sangat-sangat baik...menyediakan peralatan yang lengkap.... terima kasih sekali lagi....

Diperingkat akhir, team KALAH TAK PO telah bermain dengan cemerlang dengan kawalan gelanggang yang baik, walaubagaimanapun, team PAP FC tidak memberikan kemenangan yang mudah kepada pihak lawan. tetapi pengalaman yang membezakan antara team KALAH TAK PO dengan team PAP FC.

Perlawan berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan Johan adalah team KALAH TAK PO, Naib Johan team PAP FC , Tempat ke-3 SK SERI SURIA dan Ke-4 SMK BANDAR BARU SENTUL... dan Johan Bago Loser Pool adalah SERI SENTOSA... pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada pemenang...

Johan
KALAH TAK PO

Naib Johan
PAP FC

Ke - 3
SERI SURIA

Ke - 4
SMK BANDAR BARU SENTUL

Pihak penganjur berharap akan dapat menganjurkan tournament seperti ini dangan hadiah yang lebih menarik, pada masa akan datang... Terima kasih diatas sokongan dan mohan maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penganjuran kali ini...





KL Pendidikan menyertai Friday Futsal...ini bukan cobaan tapi kenyataan

Jeng...jeng..jenggg.... seperti yang aku dah beri tahu dalam posting yang lepas... Save the best for last...he... he... he... Penyertaan sulong KL Pendidikan dalam mini tournement Friday Futsal... banyak pengalaman berguna dan menarik yang berlaku pada malam tu... Sebenarnya dah agak lama aku berbincang dengan pengurusan untuk masuk Friday Futsal ni, tapi 15hb Mei 2009 barulah berkesempatan untuk menguji kehebatan pihak lawan... he.. he... he...

Ok, KL Pendidikan telah diletakkan dalam kumpulan A bersama FF21, Berangan Katip dan High Voltage. Daripada risikan didapati team tuan rumah FF21 ni merupakan top ranking dalam friday Futsal ni... kalu dibuat perbandingan team KL Pendidikan ni kira paling senior... mengikut kata-kata MUSANNEF... kalu umur dia dan Sadli dicampurkan..dah hampir satu abad berbanding team yang lain suku abad... tapi bak kata ahli bijak pandai...bola itu bulat...

KL Pendidikan memulakan mini tournament ni dengan bertemu FF21... gah segah nama mereka... muda-muda belia... mempunyai skill peribadi yang tinggi...sepakan yang kencang dan tepat.... mereka mempunyai stamina yang tinggi dan berpengalaman dalam tournament ni... maklumlah team tuan rumah... Seawal wisel ditiup, berdesup FF21 ni membuat sepakan kencang... tapi keeper Ramlee macam spiderman...melekat bola tu dio tangkap....Diawal permainan, KL Pendidikan dikejutkan dengan 2 jaringan kencang dari tengah court... he..he..he... tapi mereka terlupa ...bola itu bulat... apabila Atan menyedarkan mereka dengan 2 gol... Jaringan kencang dari tengah court... tersentak dengan itu, mereka mula serius dan menambah 2 lagi jaringan... Masuk separuh masa kedua, MUSANNEF dan SADLI mengambil tempat... sekali lagi gawang mereka dirobek oleh sepakan tonjol Musannef... he..he..he... dan menambahkan lagi kesan tercalar... apabila SADLI menyungkit masuk bola... Gol persamaan...KL Pendidikan Seri dengan FF21 ni...

Perlawanan kedua, KL Pendidikan bertemu pula dengan BERANGAN KATIP...juga merupakan opponent yang muda dan stamina yang tinggi... Game kedua ni, KL Pendidikan bagai hilang arah..mungkin terkejut dengan corak permainan team ni, yang suka baling bola terus ke gawang gol...he..he..he... apa lagi..RAMLEE tersentap bila satu balingan dari keeper mereka dan hanya di heading oleh player mereka....terus gol.... Aku berjaya menyamakan kedudukan apabila menyudahkan hantaran silang dari Atan... Tapi KL Pendidikan tersentak sekali lagi bila mereka berjaya menjaringkan gol...gol mudah lagi tu ...he...he...he... Napi membuat rembatan kencang dan berjaya menyamakan kedudukan... Gol kemenangan KL Pendidikan disempurnakan oleh Atan... KL Pendidikan 3 Berangan Katip 2....

Game ketiga, KL Pendidikan bertemu dengan High Voltage... seronok apabila KL Pendidikan berpesta gol... SADLI, MUSANNEF, ATAN masing masing berjaya menjaringkan gol... High Voltage ni, mungkin team yang baru bersama, mereka kelihatan agak gugup... mereka kurang dari segi finishing... dan kawalan gelangang... kalah menang bukan ukuran... yang penting pengalaman dan semangat... tak banyak yang dapat aku kata-kata asal High Voltage ni sbb dah tak concentrate sangat...sibuk mencongak perancangan masa depan... KL Pendidikan berjaya menewaskan High Voltage 5-0

Keseluruhan corak permainan KL Pendidikan pada malam tu, Simple and easy... tak banyak skill... banyak one touch ... Chemistry antara player pun baik... Kita datang dengan "underdog"... Kita pulang dengan meninggalkan sedikit kesan kepada mereka... KL Pendidikan meninggalkan Friday Futsal dengan tempat kedua apabila kalah hanya dengan kiraan mata dengan johan kumpulan FF21... Permulaan yang baik untuk SENIOR team... he... he... he...

Aku sempat berborak dengan USOP manager KITARO FC... aku bangga dengan usaha dia dan rakan...membantu anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah... kurang-kurangnya mereka ada tempat untuk berkumpul...get along as a team...dan juga usaha menyediakan team untuk menyertai kejohanan i-METRO di Terengganu... pada USOP... teruskan usaha... niat ikhlas pasti tuhan akan balas dengan kebaikan....

Kita lihat sedikit gambar mini tournement Friday Futsal ni....




Nota kaki: mungkin Friday Futsal ni akan dijadikan akitviti bulanan... "once a month"... tapi atas persetujuan semua...
Blog Widget by LinkWithin