Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Siaran tertunda: SJFC, FU SQUAD, ROYALE BLASTERS & COPA dan KL Pendidikan mencuba nasib di F5 Mini Tournament

Ketemu kembali kita di blog ni, minta maaf bebanyak sekali lagi sbb dah agak lama tak update blog ni... kebelakangan ni agak busy dengan tugasan hakiki...Kutipan data dan latihan rumah sukan... Disamping membuat pelbagai persiapan untuk Let's Futsal Mini Tournament dan KL Pendidikan-PSKPP Tournament...

Sepanjang tempoh tersebut, KL Pendidikan berkesempatan untuk mengadakan 4 friendly dengan team yang hebat-hebat... bermula dengan team SJFC, kemudian FU SQUAD dan ROYALE BLASTERS dan yang terkini adalah COPA DEL RAY...dalam tempoh tersebut juga kami ada mencuba-cuba nasib di F5 Mini Tournament di Sport Planet, AMPANG.

Kita mulakan dengan team SJFC, banyak rintangan sungguh sebelum mengadakan friendly kali ni...pada awalnyer aku ajak team ADBRANKA FC untuk friendly... dah set cantiknyer, tetiba pada hari kejadian 24hb Feb 2010 apabila aku confirmkan balik dengan kapten ADABRANKA FC, dia kata ada di kampung kerana datuknyer tak sihat... dan yang bestnyer team dia pun tidak diinformkan lagi pasal friendly pada malamnyer...nak tak nak aku terpaksa mencari team lain...nasib baiklah team JUNIOR FC sanggup untuk mengisi kekosongan tersebut... tapi yang datang malam tu adalah team senior mereka iaitu SJFC... apa-apa pun lawan jerlah... yang penting friendly dan mengeluarkan peluh....

Walau pun telah mencuba, mungkin faktor usia yang menjadi penghalang apabila KL Pendidikan tewas untuk kali kedua dengan team SJFC ni...


Seterusnya kami menyambut undangan FU SQUAD untuk friendly (3hb Mac 2010)... ni merupakan kali kedua kami berfriendly... aku rasa seronok bila tengok kegigihan nakazato mencari player untuk set up FU SQUAD ni... Banyak sungguh perbezaan masa kami main dulu dengan sekarang... Mereka mempunyai keeper yang baik dan defend mantap...corak permainan mereka juga simple dan sekali sekali sepak kencang datang berdesup... Result malam tu...

Dengar kata, FU Squad menyertai Liga Futsal Amatur Selangor...apa-apa pun kuatkan semangat...terus berusaha.... Teruskan pencarian player yang berkualiti dan boleh bagi komitment kepada team...

Seterusnya, pada 10 Mac 2010 kami berpeluang untuk frindly dengan team ROYALE BLASTERS... team ni baru saja ditubuhkan dibawah pengurusan En. Sazali... Daripada friendly malam tu, walaupun team ni baru ditubuhkan tetapi player mereka bukan calang-calang...dah biasa main futsal... Masa kami sampai di Danau Futsal, mereka tengah friendly dengan 1 team lain...Jadinyer mereka bermain 2 jam berturut-turut... nafas panjang beb...

Entah dimana silapnyer... malam tu serba tidak menjadi... nak kata court baru mungkin gak...melekat jer bola... nak kata faktor usia, mungkin gak...(he..he..he.. ayat untuk sedapkan hati)... walaubagaimanapun saingan tetap diberikan...

Malam tu aku cukup tertarik dengan permainan yang ditunjukkan oleh salah seorang player mereka..usia masih muda rasanya...dalam 16-18 tahun jer... tapi lincah...sentiasa bergerak...matang dalam mencari ruang...banyak membantu rakan lain mencorak permainan... boleh pergi jauh kalu di monitor dengan baik... nama tak sempat tanya..he..he..he... yang pasti dia pakai seluar kuning dan kasut kuning....

Result malam tu.... KL Pendidikan tewas tipis dengan beza jaringan sebanyak 2... Royale Blasters 19 dan KL Pendidikan 17....


Last sekali pada 17 Mac 2010, kami berfriendly dengan COPA DEL RAY... team ni pakai balik nama asal mereka... dulu lebih dikenali dengan nama GRENLAND... team COPA ni pun macam FU SQUAD... mereka menyertai LIGA FUTSAL AMATUR SELANGOR... Jadi, kesempatan ini mereka ambil untuk mencari chemistry antara player mereka... oleh kerana syarat-syarat LIGA tersebut setiap team mesti mempunyai sekurang-kurangnya 12 orang player... Jadi kesersian adalah penting... teruskan perjuangan... Result malam tu...KL Pendidikan 18 dan COPA DEL RAY 15...


Dalam tempoh tersebut jugak, KL Pendidikan ada jugak mencari rangsangan dengan menyertai F5 mini tournament di Ampang, Sport Planet... 2 kali kami ke sana... Tapi nasib tak menyebelahi kami apabila diletakkan dengan team pilihan...COURT SOCCER C dan DANI FC... team yang banyak dengan pengalaman...

Aku tak nak tulis banyak sangat pasal F5 mini tournament ni... sebab kalu di kenang memang banyak yang nak ditulis...tapi aku nak highlight pasal MASA... Aku tak pasti sama ada team yang menyertai F5 Mini tournament ni perasan atau tidak...yang dijanjikan adalah 5-1-5 minit tetapi yang sebenar tidak sampai pun 5 minit... kami cuba mencari kepastian dengan set masa sendiri... memang jelas bila hanya 3 minit saja untuk separuh masa... jadi ini adalah penipuan yang halus... aku tak pastilah sama ada pengurusan F5 sedar akan menda ini atau tidak... Kalu kata KL Pendidikan berada di team yang kalah masa tu, mungkin korang kata kami emosi...tetapi pada masa tersebut kami menang... jadi kami yang menang pun rasa tidak puas hati...apatah lagi kalu team yang kalah... satu platform yang bagus untuk mencari bakat-bakat baru tetapi dicemari dengan kejadian sebegini..jadi bak kata NABIL..."lu pikirlah sendiri"....

OK... aku berenti sampai sini...nanti aku tulis lagi... gambar sepanjang friendly tu akan aku upload perlahan-lahan seperlahan speed P1 WIMAX ni...potong P1 WIMAX...jangan tak Potong...

adios...
Blog Widget by LinkWithin