Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Kami Tewas Lagi...

Tiada kata seindah bahasa..untuk ku gambarkan perasaan diketika ini... he..he..he... KAMI TEWAS lagi dengan team Star 7 FC ni... Jelas dan nyata, ini merupakan dream team mereka... Mereka mengerahkan seluruh kudrat yang mereka ada... Jelas sekali meraka mempunyai persefahaman yang baik...saling menjaga emosi dan motivasi kawan kawan... Corak permainan masih lagi sama seperti sebelum ini...passing pendek pendek dan sekali sekala lambung... Keeper meraka menunjukkan prestasi yang mantop sekali... WELLDONE STAR 7 FC....

Bagaimana prestasi KL PENDIDIKAN ?.... sukar sekali nak dijelaskan, permainan penuh dengan emosi... Persefahaman bagaikan hilang... Apabila semangat FRIENDLY sudah tidak difahami... Adakah hanya kemenangan yang difikirkan?.... Sepatutnya, kita bermain dengan saling menjaga emosi kawan kawan...tp sebaliknya yang berlaku... Sekiranya dibandingkan dengan friendly GIOVINCO FC... team ini mempunyai skill yang tinggi tetapi KL PENDIDIKAN memberikan saingan yang tinggi dan berjaya menewaskan mereka... sedangkan barisan pemain KL PENDIDIKAN pada masa itu secara relatifnya kurang berbanding susunan player hari ini... Walaubagaimana pun, saingan kepada pihak lawan tetap diberikan...

Secara peribadi, UST. ZURASNI dan MUSANEEF, boleh dianggap sebagai "MAN OF THE MATCH" malam ni...Kawalan emosi dan kawalan court yang baik...COOL sokmo...

Kepada Team STAR 7 FC, maaf sekali lagi sekiranya terkasar... court yang kecik...permainan yang pantas...larian yang laju...momentum akan menjadi lebih... perlanggaran biasa takut disalah erti sebagai perlanggaran luarbiasa... Mungkin kita boleh adakan REREMATCH...di lain waktu...

Keputusan hari ini... KL Pendidikan tewas lagi...


Saksikan sedikit gambaran mengenai friendly tadi




Sesi Pemanasan Badan Sebelum REMATCH...

Semalam agak keletihan sehingga tak sempat nak update blog, tu baru sehari sekolah bukak lepas cuti seminggu...Badan pun dah kene adjust balik... Malam pulak, pergi Ampang Sport Planet, saja jumpa Pop Corn... Borak - borak, minum mimun...balik terus TIDOR...

Ari ni macam biasa, sesi keluarkan peluh lagi... Ahli yang biasa turun agak merosot kehadiranya... Tapi mungkin sebab hujan turun selebatnya... Sedap tido gamaknya.

Kali ni, boleh kira sesi pemanasan badan sebelum jumpa team Star 7 FC... Semalam dio orang ada friendly dengan Ex- Unikl...Tp semalam dio orang turunkan second team, mungkin team utama simpan tenaga kot... He..He..He...

Lepas main tadi, masih lagi berlaku sesi jual beli pemain utk Game yang akan dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru tu... Tean SK GURNEY nampaknya dah macam nak tarik diri jer... kata ADHA selaku Ketua pasukan merangkap manager dan merangkap jurufoto SK GURNEY...bagi tahu peluang nak sertai tu mungkin tipis sebab ada majlis hari anugerah... HE..HE..HE, jangan gitu...ponat pakcik berlatih ni...

Ok, Kali ni KL Pendidikan nak perkenalkan pulak, Striker paling berbisa diabad ini...dalam banyak friendly, dio lah orang yang paling banyak bergelumang dengan gol... tendangan derasnya bisa merobek hati keeper pihak lawan... Juga, seperti MUSANEEF, dio mempunyai stamina yang tinggi... Jaringan daripada sepakan tonjolnya boleh menyebabkan pihak lawan dan pihak kawan mendapat sengal sengal sendi...tetapi, sejak buka sekolah ni, kehadiran ke sesi keluar peluh agak tidak memberangsangkan mungkin ada komitmen lain... Apa - apa pun shabas inspektor shahab... Teruskan merobek gol pihak lawan...SADLI...

Malam esok, jangan lupa... Sepakkan tonjol amat diperlukan untuk mengegarkan gol lawan.

Adios

Peluh oh Peluh

Hari ni, sekolah dah start balik selepas cuti seminggu sempena Chinese New Year... Nak bangun pagi sikit punya susah... Tapi kene kuatkan iman...Anak Murid ramai yang nak menuntut ilmu tu. Banyak yang nak di setllekan kat sekolah ni...Kerja mesti buat...

Petang macam biasa aktiviti mengeluarkan peluh... Ramai jugak yang turun... yang penting peluh mengalir... Ari ni banyak jugak isu yang dibincangkan, yang paling hangat, isu nak join Game anjuran Persatuan Guru-Guru KL... Macam primier league pulak..sesi jual beli pemain...

Ari ni, KL Pendidikan nak kenalkan seorang yang boleh dikatakan antara mastermind dan tulang belakang dalam team ni... Kalu nak dibandingkan dengan ahli yang lain, dia ni antara yang paling panjang nafas dio...Stamina perghhhh...tiptop... Joging tu beb... tp yang best nyer...Senyum Sokmo... ayat yang paling best...

Lapan..Lapan...Lapan...Tujuh...Tujuh..Tujuh...

mintak duit sewa court...kiro nyer merangkap Along dan AJK booking Court...

Apa - apa pun, Caya lah Brother... Senyum Sokmo..MUSANEEF

Jangan lupa Rematch kita dengan Star 7 FC...

Tarikh :06 Februari 2009
Masa : 9.00 pm
Vanue : Sport Seven, Wangsa Maju

adios

Kemanakah Hilangnya....Merajukkah...?

Lenguh lenguh badan friendly semalam pun masih lagi tak hilang... Walaupun hari ni KL cuti bersempena Hari Wilayah, nampaknya kena bangun awal jugak sebab nak hantar anak ke Tadika... bapa mithali lah kata kan....

Semalam, sambil cooling down lepas friendly dan selepas misteri kehilangan penjaga gol utama KL Pendidikan yang masih belum dapat dirungkai, timbul pula satu persoalan... daripada SADLI, Kemanakah Ustz. SETIA, antara orang yang bertanggung jawab yang mengasaskan Team Futsal KL Pendidikan ni...

Adakah Ustaz. merajuk atau pergi bertapa untuk menajamkan skill?... Sejak sekolah dibuka, hanya sekali sahaja Ustz. menonojolkan diri di sesi latihan.... selepas itu, terus ghaib... Walaupun, telah beratus-ratus sms dihantar untuk memujuk... Pihak KL Pendidikan jugak telah menghantar Counselor utnuk berbincang, namun masih tidak berupaya memujuk.... he..he..he... meh la Ustaz... Kalu Ustaz tak dok saper yang nak Score Gol...?

Kalu Padi katakan Padi, Kalu Sudi Katakan Sudi...Agar tidak kami ternanti-nanti....

Kita tunggu kehadiran Ustz Setia....

Adios...

KL Pendidikan Vs Giovinco FC

Tarikh : 01 Feb 2009
Masa : 9.00 pm
Vanue : Sport Seven, Wangsa Maju

...On your Mark...Get Set...Go....

Pertarungan yang amat sengit menentang Giovinco FC ni... Semua pemain mereka agak muda belia... mungkin dalam range umur 25- 28 tahun... Mereka kelihatan serasi antara satu sama lain...Passing yang tepat dan pendek - pendek... Tenaga muda mereka gunakan sepenuhnya... Tapi malang mereka tidak mempunyai engin spare diluar, jadi di akhir perlawanan, mereka agak keletihan... Walaubagaimanapun, Skill dan keserasian mereka amat berkesan... WELLDONE GUYS...

Team KL Pendidikan jugak tidak kurang hebatnya apabila memberikan saingan yang hebat... Tahniah kepada Keeper bidang terjun POK CEK...telah menyelamatkan gawang... boleh dianggapkan sebagai "MAN OF THE MATCH"... Penjaring gol terbanyak sudah tentunya SADLI... Bahagian defender dikawal dengan baik oleh MUSANEEF dan disamping dibantu oleh USTZ. ZURASNI... manakala bahagian midfield banyak membantu...membuka ruang...terutamanya LIM dan NAWI...

Dan dimanakah... AKU?....he..he..he... pancit memanjang.... kurang membantu SADLI... Pisang dah makan..tapi angin masih lagi tak cukup... Kene joging pulok ni...

Perlawanan yang amat menarik....

KEPUTUSAN
KL Pendidikan berjaya menewaskan Giovinco FC


Saksikan lah sedikit gambar pertarungan malam td



Blog Widget by LinkWithin