Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Irau oh Irau... KL Pendidikan mengapai awan...

KL Pendidikan mempunyai ahli yang bukan saja meminati sesi mengeluarkan peluh dengan berfutsal... tetapi ada sebahagian daripada mereka meminati aktiviti yang lebih extrime... mendaki gunung...

Semasa cuti Thaipusam (8hb Februari - 9hb Februari 2009) baru - baru ini, beberapa ahli KL Pendidikan telah menyertai satu ekspedisi mendaki gunung yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dari SMK Danau Kota yang diketuai oleh Cikgu Mohni dan Cikgu Anuar...Player tersebuat adalah... HAFIZALl, NAZRI, FAKHZAN dan UST. SETIA...Mereka telah berjaya mengapai awan di Gunung Irau...tahniah kepada UST. SETIA, rupa-rupanya selama menghilang ini, telah mengumpul tenaga dan stamina utk mendaki gunung irau...Hafizal dan fakhzal juga berjaya sampai ke puncak bersama dgn pihak penganjur iaitu Cikgu MOHNI dan CIKGU ANUAR... walaubagaimana pun NAZRI hanya berjaya mendaki sehingga ANAK IRAU sahaja... Apa - apa pun, tahniah semua... Kekalkan gaya hidup yang aktif...he..he..he...

Sedikit fakta mengenai Gunung Irau ini... Puncak tertingginya berada diantara 2 sempadan negeri iaitu Perak dan Pahang. Ketinggiannya adalah 2110m... merupakan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia... Gunung Irau ini mempunyai 2 puncak, puncak yang pertama lebih dikenali dengan nama ANAK IRAU... Gunung Irau juga bersebelahan dengan gunung Berinchang...yang membezakan antara Irau dengan Berinchang adalah Menara Telekomunikasi yang terdapat di Gunung Berinchang... Fakta menarik...Gunung Irau inilah merupakan antara lokasi pengambaran filem PUTERI GUNUNG LEDANG dibuat.

Lihatlah keindahan gunung Irau ini... Ust. Setia sedang merangka strategi dan sedang mengawal penafasan untuk menambah stamina bagi bermain futsal semula...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin