Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Serba tidak menjadi....Friendly Merah vs Putih

Apa yang boleh dikatakan mengenai friendly semalam adalah... SERBA tidak menjadi... pusing kanan tak jadi...pusing kiri pun tak jadi...last-last, pi mai pi mai tang tu jugok... Semalam team KL Pendidikan telah bertemu dengan team SJI96 FC...team ni merupakan team old boys st. john institiution...Ganas tapi mesra....

Diawal minit-minit permainan, KL Pendidikan bagaikan hilang arah, apabila dengan tenang dan senang aje, keeper RAMLI melepaskan gol... bola kesukaan RAMLI...meleret...celah kangkang...terbang tangkap angin... selepas sesi soal selidik...perkara utama mengapa dio dengan selamba melepaskan gol...takut jersey dio kotor...PULOKKKK... Dipermulaan, 3 bijik pihak lawan merobek gol KL Pendidikan. Walaubagaimanpun, semangat mula membara apabila ATAN mula menjaringkan gol dengan tendangan derasnya...tetapi SJI96 FC tetap memberikan saingan yang sengit...masing masing mula berbalas serangan dan menjaringkan gol...

"Keseluruhan permainan yang ditunjukkan semalam bukanlah mengambarkan cara permainan yang sebenar..." kata pengurus player KL Pendidikan... masing-masing bagaikan hilang arah..off position...aku lagilah...melilau..nak pergi mana pun tak tahu...pening-pening... mungkin keletihan atau memikirkan esok nak sekolah...he..he..he... Pihak lawan mengunakan peluang sebaiknya akan kekalutan, kekucar-kaciran dan ketakutan keeper RAMLI mengotorkan jersey barunya...

Pada penghujung permainan, pihak lawan telah mengunakan keeper mereka yang baru...banyak peluang dan serangan daripada Striker KL Pendidikan berjaya ditangkis... ATAN mula dikawal dengan ketat... tidak memberi peluang untuk membuat rembatan...Mereka mempunyai defend yang baik... Line up KL Pendidikan semalam.. ATAN, FAIZAL, ADHA, LIM, MUSANEEF, RAMLI, POK CEK dan AKU...

Selepas sejam, berhempas pulas, apabila lampu dipadamkan..KL Pendidikan berjaya menewaskan team SJI96 FC dengan beza mata 2-0 sahaja...



Sedikit gambar mengenai perlawanan semalam..



0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin