Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

3 dalam 1... laporan tertangguh... sibuk sesangatlah tu....

Bila kerja mesti ada masa-masanya akan sibuk...ada masa-masa kita akan relax sikit... aku ni banyakkan buat buat sibuk jer... he...he..he... bukannya apa-apa lepas daripada menyertai Friday Futsal tu... badan rasa letih sikit... ambik masa untuk fully recovered.... tp dalam tempoh tu, ada pulak team yang ajak friendly... jadi KL Pendidikan pun terimalah jemputan mereka... Lagi pun ini lah antara aktiviti sosial ahli ahli KL Pendidikan....

Ok team yang pertama KL Pendidikan berfriendly adalah on 17hb Mei 2009... team ni aku bagi nama EDDY jer...sbb ambik nama pengurus dio orang..he..he..he... muda-muda belia belaka..student Multimedia Universiti kat Jalan Semarak katanya... dalam banyak-banyak friendly...inilah satu-satunya kehadiran ahli KL Pendidikan yang boleh dikatakan paling sikit dan tahap mengecewakan.... Game sepatutnya bermula pada Jam 9.15pm tp terpaksa dijalankan jam 9.30pm... nak wat macam mana yg datang hanya 4 orang... MUSANNEF datang lewat sikit sebab sebelah petang tu WORRIORS ada game... Musannef sampai jer terus game berjalan...lebih kurang 10 minit lepas tu ATAN pulak sampai....

Team EDDY ni, daripada skill tu kira oklah... tapi bila terlalu banyak menggunakan skill ni, mereka akan lambat passing dan keburukannya bila pihak lawan asyik presssure jer...kene pulak yang jenis masuk "Tajak Pak Malau"... Seperti biasa, KL Pendidikan membuka jaringan 3 gol berderet.... Selepas itu barulah team EDDY ni, membalas jaringan... ATAN pun tak menjadi malam tu... siasat punya siasat, rupanya dio pakai kasut baru... tukar jenama pulak..pakai NIKE... sepak pun ada sikit Kureng.... dan disaat-saat akhir permainan, peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila atan melepaskan rembatan kencang ke arah gol mereka...tetapi berjaya dihalang oleh keeper mereka... tetiba jer keeper dio orang bagai diserang histeria...terus sepak tiang gol... terkejut jugak...he...he...he... Tapi apa-apa pun...KL Pendidikan bejaya menewaskan team EDDy ni dengan beza jaringan sebanyak 2...

Seterusnya, adalah KICK-KA FC, ni betul-betul team ad-hoc... sebenarnya banyak kali dah ZAFRI contact aku untuk buat friendly... tapi masa tak sesuai...Jadi terpaksa tolak... Tapi last-last terbuka jugak hati untuk berfriendly (21hb Mei 2009)... mulanya ZAFRI ajak KL Pendidikan main sampai 2 jam..tapi oleh kerana petang tu kita orang dah ada sesi mengeluarkan peluh... main 1 jam jer... Kehadiran POJI dan BOTAK banyak membantu KL Pendidikan... Malam Ni aku boleh dikatakan berpesta GOL...sebab POJI banyak pass bola kat aku untuk aku sudahkan... Letih memang letih... tapi memandangkan kat luar ada 1 jer engine spare...terpaksalah aku guna tenaga reserve....he...he..he...

Team KICK-KA FC ni, rata-rata mempunyai skill individu yang baik...corak permainan mereka banyak membantu mereka...pengunaan ruang yang baik... Jaringan demi jaringan... serangan demi serangan... diakhir minit permainan, KL pendidikan berjaya mendahului jariangan gol...tapi malang seribu malang.... last minit mereka menyamakan jaringan... KL pendidikan seri dengan KICK-KA FC... (minta maaflah ..sebab tak ingat langsung nak snap gambar...kamera bawak tapi, akibat keletihan...bagai hilang ingatan....he..he..he...)


Dan, pada 22hb Mei 2009, pulak sebagai penutup tirai minggu lepas... KL Pendidikan berjumpa pulak dengan team JENAN99... friendly dengan tean JENAN99 ni, KL Pendidikan terpaksa menggunakan khidmat keeper SMK DANAU KOTA iaitu ALIF...kerana Keeper RAMLEE terpaksa menjaga ayahnya yang berada dalam WAD... keazaman dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh keeper ALIF ni hampir sama dengan Keeper RAMLEE... tetapi yang membezakan hanyalah pengalaman... Ramlee lebih relax dalam membuat keputusan... Tapi kedua-duanya sama tangkas...

Jaringan gol KL Pendidikan banyak dinafikan oleh keeper mereka... walaupun berbadan besar namun itu tidak menjadi penghalang SHAM untuk bertindak cemerlang... ketangkasan dan reflex sangat-sangat baik...makan hati jugaklah AKU dan ATAN..sebab banyak cubaan digagalkan....Ustaz Zurasni juga berjaya membuat penampilan sulungnya selepas kecederaan groin baru-baru ini... allignment pun agak-agak tersasar... tapi kekuatan rembatan tu masih lagi ada....

Team JENAN99 ni mungkin baru bersama sebab daripada chemisterynya agak kurang... man marking baik... tapi mereka kurang mencuba membuat jaringan jauh... tetapi kesunguhan mereka amat amat tinggi... Seronok jugak bila berkesempatan berjumpa dengan team yang ada kesungguhan sebegini... lebih-lebih lagi kesungguhan keeper mereka..walau diasak..tapi SHAM tetap bersemangat... tetap menyelamatkan gawang mereka... Jaringan malam tersebut hanyalah...


KL Pendidikan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada team diatas...sebab sudi friendly dengan kami...menambahkan lagi kenalan dan yang penting menggekalkan gaya hidup sihat...

meh la tengok serba sedikit gambar yang sempat aku snap utk ketiga-tiga friendly ni...




adios...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin