Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

3rd Rematch : MyLib FC vs KL Pendidikan... Persediaan sebelum test FRIDAY FUTSAL....

Besar jugak hajat KL Pendidikan ni, nak test main kat Friday Futsal...he..he..he... entah bila lah tu...cadangan saja... tapi harap mendapat support dari player... Jadi sebagai menghadapi khayalan tadi, pada 8hb Mei 2009 KL Pendidikan sekali lagi mengadakan friendly...kira ni dah kali ke-3 dah ni...RereREmatch lah kot... dengan MyLib FC ni...

Tengah hari tu aku baru balik dari Bagan Lalang, sebab ada Mesyuarat PEKA SAINS... sempat rehat kejap... Mylib FC ni menurunkan player mereka yang biasa kecuali ada beberapa ahli baru... Diawal permainan, KL Pendidikan dikejutkan dengan jaringan gol oleh MyLib ni...berdesup bola... DAN Ramlee seperti biasa... mungkin terkejut...atau khayal...tapi itulah bola kegemaran Keeper Ramlee untuk menambah kasih sayang pihak lawan.... Selepas tersentap tu, KL Pendidikan mulalah melakukan serangan demi serangan...dan serangan dibalas pula oleh MyLib ni... Keeper mereka cuba bertindak cemerlang... tapi nampak macam keletihan atau sedikit frust apabila KL Pendidikan mula menjaringkan Gol demi gol... Keeper Ramlee, mula menunjukkan bakat yang sebenar apabila berjaya menampan beberapa gol... tapi yang tak tahan didengar...sepanjang malam dok cerita dia berjaya tangkap bola yang laju masa di akhir akhir permainan... Kenangan indah kata nyer... aku terpikir jugak..masa mana lah tu pulok... biarlah ia menjadi fantasi RAMLEE....

Pandangan peribadi aku...malam tu MyLib macam hilang semangat je... atau mungkin tak de chemistry lagi dengan beberapa player baru mereka... mungkin keletihan selepas seharian bekerja...he..he..he... walaubagaimanapun, aku enjoy bila tengok..skill yang dipamerkan oleh SHAM...bola macam melekat kat kaki lah... KL pendidikan yang ada skill macam tu pun..rasanya Atan je...tu pun kadang-kadang berbelit kaki nyer...

Agak gembira jugak malam tu, bila SADLI turun... memberi keceriaan kepada player yang lain...he.he..he... terima kasih Bang... ingatkan dah lupa pada kami semua... tapi ada beberapa ahli yang tidak dapat turun... FAIZAL dan QADRI katanya tak dapat SMS...ADHA balik Terengganu ada Family matter... LIM ingin berehat seketika... Pok Cek bermain cemerlang jugok..banyak serangan dapat dipatahkan...So, line up malam tu: RAMLEE, MUSANNEF, NUSI, ATAN, SADLI, AKU dan POK CEK...

Selepas berhempas pulas... akhirnya KL Pendidikan berjaya mengekalkan kemenangan... 17 berbalas 8... Kalah menang adat... yang penting enjoy...dapat kenalan... sihat tubuh badan... Kekalkan gaya hidup sihat....


adios

Nota Kaki : Best ooo..tengok Pok Cek mancing udang...banyak dapat... Mungkin ini akan menjadi aktiviti tidak rasmi KL Pendidikan... memancing udang Harimau... Hari-Hari Mau... auummmm...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin