Cuti sekolah sudah bermula...persekolahan semalam, rata-rata diisi dengan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah... sekolah cuti 2 minggu... 30hb Mei - 13hb Jun 2009... mari cuti-cuti Malaysia... Jadi aku rasa 2 minggu ni adalah masa yang sesuai untuk player KL Pendidikan berehat seketika... he...he...he... ramai yang balik kampung...Berbalik kepada friendly malam semalam (29hb Mei 2009)... team opponent kali ni bernama TWISTED FURY.... terdiri dari anak-anak muda yang baru habis belajar dan baru start kerja... mereka sampai awal...nasib baik aku dah update mereka nombor
court...Aku sampai lewat sikit sebab menunggu ALIF... Permainan dimulakan sejurus selepas MUSANNEF tiba... Tak sampai 30 saat, mereka membuat jaringan.... dan selang dua minit mereka membuat jarigan sekali lagi... he...he...he...he, Alif kelihatan kelam kabut, macam hilang punca... KL Pendidikan pun macam mamai lagi... belum panas kot... selepas masuk peringkat bertenang... KL Pendidikan mula menyusun permainan...Simple touch... 1 and 2 pass... Atan mula mendapat rentak, tetapi keeper mereka agak cemerlang... banyak cubaan deras daripada atan dapat ditahan...
Keseluruhan friendly semalam, KL pendidikan mengunakan pendekatan simple and easy... walau apa pun, TWISTED FURY tetap memberi tentangan... Terima kasih kerana memberi peluang kepada KL Pendidikan mengeluarkan peluh sebelum bercuti 2 minggu... Selepas lampu dipadankan... KL PEndidikan berjaya mendahului dengan beza jaringan sebanyak 6...

Sedikit gambar yang sempat aku ambil semalam... Terima kasih...
adios...












1 comments:
adidas
Catat Ulasan