Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... berlansung dengan jayanya...

Pada tarikh 11 Julai 2009 hari Sabtu jam 9.00 pagi, telah berlangsung Kejohanan Futsal KL Pendidikan - PSKPP JPWP KL... sebanyak 24 pasukan yang mendaftar... Target kami adalah 32 team, tapi daripada risikkan yang diterima, banyak sekolah mempunyai aktiviti Ko-kurikulum dan LDP pada hari tersebut, menyebabkan banyak pasukan tidak dapat menyertai tournament ini.

Pada awalnya, Pihak penganjur hanya mengadakan Liga peringkat Kumpulan dan Kalah Mati untuk pusingan seterusnya. Tetapi, selepas menilai jumlah permainan, maka penganjur mengadakan loser pool bagi team yang terkeluar pada peringkat awal...

Hebat...memang hebat...itulah yang dapat diungkapkan mengenai bakat-bakat cikgu dan kakitangan pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Pelbagai aksi, pelbagai gaya dapat diperhatikan... Hampir kesemua team tiba tepat pada waktunya, mereka tetap sabar menunggu walaupun, pintu pagar Sport 7, masih belum dibuka lagi...

Pertandingan dimulakan tepat jam 9.30 pagi dengan perlawanan pembukaan SEMERA vs JINJANG di court 1 dan SERI HARTAMAS vs BANDAR TASIK SELATAN di court 2... pertandingan berjalan dengan lancar... walaubagaimanapun terdapat beberapa insident kekasaran.... dan pengurus pasukan SK Setiawangsa hampir pitam...mungkin kerana kepanasan. tetapi oleh kerana semangat kesukanan yang tinggi, maka semua ini dapat diatasi... Perlawanan bertambah rancak apabila mula masuk ke peringkat kedua dan seterusnya...

Sedikit masalah timbul apabila bulb di court bersebelahan terbakar...menyebabkan power trip... Kepanasan seketika...tetapi ini semua tidak mengganggu perjalanan pertandingan. malah semakin hangat... bagai tiada apa-apa yang berlaku...

malang bagi team Penganjur apabila terpaksa akur dengan kehebatan lawan SK SERI SURIA, apabila tersungkur diperingkat suku akhir... tak pe..lain kali boleh cuba lagi...he..he..he..he...

Daripada mutu pengadilan, rata-rata setiap pasukan dan pihak penganjur amat berpuas hati, pengadilan yang adil dan berjaya mengawal permainan dengan baik... terima kasih kepada Abang Din selaku ketua Pengadil dan rakan - rakan pengadil yang lain. Kerjasama daripada pihak SPORT 7 juga sangat-sangat baik...menyediakan peralatan yang lengkap.... terima kasih sekali lagi....

Diperingkat akhir, team KALAH TAK PO telah bermain dengan cemerlang dengan kawalan gelanggang yang baik, walaubagaimanapun, team PAP FC tidak memberikan kemenangan yang mudah kepada pihak lawan. tetapi pengalaman yang membezakan antara team KALAH TAK PO dengan team PAP FC.

Perlawan berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan Johan adalah team KALAH TAK PO, Naib Johan team PAP FC , Tempat ke-3 SK SERI SURIA dan Ke-4 SMK BANDAR BARU SENTUL... dan Johan Bago Loser Pool adalah SERI SENTOSA... pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada pemenang...

Johan
KALAH TAK PO

Naib Johan
PAP FC

Ke - 3
SERI SURIA

Ke - 4
SMK BANDAR BARU SENTUL

Pihak penganjur berharap akan dapat menganjurkan tournament seperti ini dangan hadiah yang lebih menarik, pada masa akan datang... Terima kasih diatas sokongan dan mohan maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penganjuran kali ini...





0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin