Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Lagi lagi siaran tertunda...he..he..he... sori aaa.... KLP vs SATRIA NEO FC dan KLP vs TUDM FC dan LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN

OKlah, kebelakangan ni banyak sangat dugaan yang menimpa... anak kene chicken pox lah... demam lah... tapi jangan risau bukan H1N1... dalam beberapa minggu ni, ada 4 perkara yang menarik telah berlaku... 2 friendly KLP, 1 mini tournament dalaman KLP dan 1 lagi KLP menjadi johan Friday Futsal... APA??? JOHAN...mesti ramai yang sapu mata...ingat aku salah type... ini kenyataan bukaan dugaan kata P. RAMLEE....

OK, kita pergi satu satu... bertarikh pada 24 Julai 2009, sport 7, wangsa maju jam 10.00 malam, KL Pendidikan telah membuat 1 friendly dengan kelab kereta SATRIA NEO... peneraju utamanya adalah IZAM... mereka turun dengan jersey baru rasanya...sebab tengok mereka koyak plastik he..he...he... warna biru lagi... KL Pendidikan turun dengan jersey baru jugak... Warna hitam... HITAM ITU MENAWAN... mereka ni kelihatan muda muda belaka... bersemangat waja... turun pun ramai... seawal permainan mereka agak bersemangat...kelihatan agak ligat... tapi daripada pandangan peribadi...mereka kelihatan kurang chemistry...mungkin baru bermain bersama... tapi tetap memberikan saingan...

Keeper mereka dipaksa berkerja keras, menghalang rembatan kencang ATAN, crossing depan gol...ada ketikanya sehingga terduduk...mungkin keletihan... tapi aku tetap kagum, sebab sedaya upaya dio mempertahankan gawangnya...

KL Pendidikan seperti biasa turun untuk menambahkan kenalan... bersosial...kalah menang belakang kira...yang penting boleh dapat kawan dan berpeluh... Kali ini corak permainan ATAN, agak berubah..jarang jarang mengunakan sepakkan kencang...banyak crossing depan gol...jadi menyenangkan kerja kawan-kawan...letak kaki jer... defend semakin mantap...gandingan MUSANEEF, FAIZAL dan UST. ZURASNI... dan keeper yang menjadi kesayangan pihak lawan..RAMLEE... tetapi kepeer RAMLEE seperti masih belum dapat melupakan trauma kekalahan KL Pendidikan pada tournament KL Pendidikan-PSKPP dan kekalahan kepada team ADHA..(GURNEY)...

Setelah, tamat 1 jam, keputusan memihak kepada KL Pendidikan... dengan 20 berbalas 4 ... tak per guys...perlahan lahan kayuh...










Friendly kedua..telah berlangsung pada 29 Julai 2009, kali ni KL Pendidikan bertemu dengan team TUDM FC... mereka terdiri daripada 2 team.... terdengar dari khabar-khabar angin, mereka buat 2 team ni, dengan tujuan untuk membuat selection... bagus jugak tu...mencari player yang terbaik....

Kali ni, KL Pendidikan turun dengan jersey kuning pulak... he..he..he... nampak menyerlah di tengah court... permainan yang ditunjukkan oleh team TUDM FC ini, hampir sama dengan team SATRIA NEO... mereka mempunyai beberapa player yang muda yang mempunyai skill yang baik... cuma kekurangan daripada segi finishing... tapi mereka tetap memberikan saingan... tu yang bagus tu...

Selang beberapa minit, mereka membawa masuk team yang kedua...juga mempunyai beberapa player yang berpotensi... KL Pendidikan mengunakan pendekatan yang biasa iaitu..ONE TWO touch... senang sikit...tak perlu pegang bola lama-lama...he..he..he... aku skill pun bukannya hebat pun... cuma tunggu depan gol...untuk sudahkan crossing dari ATAN or SADLI...
Friendly malam tu berakhir dengan KL Pendidikan 21 berbalas 9....Apa pun keputusan malam itu, KL Pendidikan tetap diberi saingan...berpeluh... berlari berkejaran.... terima kasih kepada SATRIA NEO FC dan TUDM FC.... kerana sudi berfriendly dengan kami...





OK aku menyelit sedikit... mengenai LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN... tarikh berlangsung 30hb JULAI 2009.. Jam 6.00 pm... Pada pendapat aku, lebih baik menganjur tournament...sebab Kehadiran Pasukan amat tepat pada waktunya...tapi, liga dalaman KL Pendidikan terpaksa menunggu hampir 40 minit utnuk memulakan first game.... ramai sangat yang lambat datang... diharap lain kali dapat datang awal...

ok, liga tersebut telah dijuarai oleh team B..(ADHA, MAN UIA, SHUHAIRI, NUSI dan WAN FELDA)... tempat kedua team A ( MUSANEEF, ABU, QADRIE, USOP dan ADI) tempat ketiga team C (UST. ZURASNI, POK CEK, HAFIZAL, BAD dan LIM) tempat keempat SK SERI RAMPAI (AMIN, CHEN, MAZINAN,CASTELLO dan ZAIDIE) dan tempat kelima team D ( AKU, MIZI, RAMLEE, ATAN dan LIUM)...

Sorilah, tak ingat nak bawak kamera...nanti aku bawak k...he..he..he... ok, sekian untuk waktu ni...

adios

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin