Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Kami Kembali lagi.... Setelah sekian lama membisu dangan Pengumuman Penting....

Assalamualaikum dan salam semua... selamat menyambut Maulidur Rasul... moga mendapat keberkatan dalam hidup...

Waduh-waduh... dah terlalu lama tak update blog ni... dah bersawang-sawang dah... kene buat house keeping balik ni... nak kata busy, tak de lah busy sangat... tapi busylah jugak dengan tugas hakiki... Ada rakan-rakan futsal yang tanya, kemana menghilang?... bukan menghilang... kami masih lagi aktif... setiap hari Selasa dan Khamis macam biasa... Sesi mengeluarkan peluh... setiap Rabu malam, kami ada friendly... bukannya tak der aktiviti... cuma masa mencemburui kita....he..he..he... jadi tak berkesempatan nak update blog ni...

oklah, malam ni...terpaksalah mencuri sedikit masa untuk mengumumkan aktiviti terkini KL Pendidikan... setelah kami berbincang pada hujung tahun lepas...sambil-sambil lepak kedai mamak tu... Sadli mencadangkan agar Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni diadakan 2 kali setahun dan diselangi dengan Liga Bola Sepak PSKPP... Jadi kesempatan ni aku nak umumkan kepada semua... Tournament Futsal KL Pendidikan - PSKPP yang terdekat dicadangkan pada 06 MAC 2011 (AHAD) di Centermart Futsal Center... Kerja-kerja belakang tabir dah bergerak... sekiranya tak de apa-apa, surat panggilan akan dimasukkan ke Pigeon Hole sekolah masing-masing pada Jumaat (18hb Februari 2011).... kami dalam proses untuk melobi taukeh Centermart Futsal Center ni... kalu dapat pakej menarik daripada taukeh futsal ni... Insa'allah hadiah wang tunai boleh dinaikkan lagi... biar menarik... Jadi, kepada semua cikgu-cikgu dan staff Pelajaran Kuala Lumpur... dah boleh bawak keluar kasut yang bersawang tu...dah boleh start joging cari fitness... dah boleh jual beli player...

Kesempatan ni jugak aku ambil untuk memaklumakan kepada warga alam cyber ni... mungkin hasil daripada Liga Bola Sepak PSKPP hujung tahun lepas... pihak pengurusan telah berjaya mencari player yang benar-benar mantap... dan yang bestnyer... Team Senior Bola Sepak PSKPP KUALA LUMPUR telah berjaya menjadi JOHAN... sebenarnya aku masih menunggu gambar-gambar masa pertandiangan di PERLIS tu...tapi tak kunjung tiba... tak perlah...yang penting... kita jadi JOHAN... mengaummmm.... Tahniah kepada semua pihak...

Jadi, aku rasa proses pembangunan perlu dilakukan untuk memastikan team Kuala Lumapur bisa mengegalkan kejuaraannya sekali lagi tahun ni... sebagai permulaan... Liga Bola Sepak PSKPP akan dilangsungkan 2 kali... diselang selikan dengan Kejohanan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... jadi tunggulah berita selanjutnya daripada kami...

Sebelum terlupa... KL Pendidikan sekarang ni dah ada Facebook (klik jer terus sampai laman facebook tu) sendiri... disana lebih aktif... segala makluman dan pengumuman terkini biasanya akan diupdatekan kat facebook dulu...

oklah sehingga jumpa lagi...keep in touch...

adios...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin