Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

SALA - O .... berbaloi-baloi ... dan TOURNAMENT KL PENDIDIKAN - PSKPP datang lagi....

Salam semua... malam ni tetiba jer rasa nak tulis dalam blog ni... ada 2 agenda penting yang nak diwar-warkan... pertama pasal TOURNAMENT KLP-PSKPP yang bakal dianjurkan... Kedua pasal friendly KL Pendidikan dengan team SALA-O...

Ok kita dahulukan yang penting dulu... Setelah aku berbincang dengan 2 orang kuat KL Pendidikan, maka secara dasarnya dah bersetuju nak mengadakan TOURNAMENT ni pada 27 MAC 2010 di SPORT 7, Wangsa Maju...Surat menyurat dah siap, yang tinggal nak mendapat tandatangan pihak berkenaan... dan tinggal bab-bab pengurusan belakang tabir jer... he..he..he.. Bila surat dah ditandatangani, akan dimasukkan dalam pigeon hole sekolah masing-masing... Diharap TOURNAMENT kali ni akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan berbanding tahun lepas...

Sebelum aku terlupa, untuk makluman semua...walaupun tournament ni ada berkait dengan PSKPP tetapi KL Pendidikan tidak langsung menggunakan sumber kewangan daripada dana PSKPP... kami mengunakan nama PSKPP sekadar bernaung dibawah tatacara rasmi sahaja... Satu lagi sementara surat rasmi diedarkan, aku juga dah uploadkan di alam cyber ni BORANG dan SYARAT PERTANDINGAN...jadi kalu ada sesiapa yang nak membaca dan mendapat maklumat lanjut... just KLIK kat gambar diatas tu... DOWNLOAD jer bahan tersebut...

OK, seterusnya pasal Friendly KL Pendidikan pada 17 FEB 2010 dengan Team SALA-O ni...he..he..he... niat asal kira macam nak wat perhitungan semulalah...tapi aku dah tersilap budget, bila ada player yang balik kampung sempena Chinese New Year... walaubagaimana pun, kami tetap memberi saingan... yang best nyer diawal game, KL Pendidikan mendahului 4 gol... he..he..he... kemudian, bila enjin dah mula panas, mereka mula merapatkan jaringan... dan akhirnya KL Pendidikan telah kecundang lagi...he..he..he...

Dari pemerhatian aku, setiap player SALA-O ni, ada individual skill yang mantap... tapi yang aku suka, walau ada individual skill yang baik tak de lah sampai tahap mereka mengentel bola sorang sorang... still lagi main simple touch... bergerak cari ruang kosong dan tahu peranan masing-masing... Banyak jaringan mereka datang dari simple cross... jarang-jarang sekali rembatan kencang dari tengah gelanggang... Tapi pujian harus diberikan kepada Keeper RAMLEE... sebab banyak membantu pihak kawan dan pihak lawan...he..he..he... yang peliknyer, bola laju berdesup, tindakkan reflek keeper RAMLEE ni memang cepat...selamba jer dia tahan... tapi bila bola bergolek lenggang mak inang...kelam kabut keeper RAMLEE ni...celah kangkanglah alamatnyer...

Corak permainan KL Pendidikan malam tu pun agak perlahan... tak macam 2-3 friendly yang lepas... aku sendiri melilau... stamina kurang... bila bola biasa aku tahan jer dah masuk gol...tapi kali ni macam nak berbelit kaki dibuatnyer...so emosi agak terganggu... he..he..he...

POK CEK dah mula kembali...dah baik dari kecederaan ankle... SADLI pun datang melawat... ada jugak nak try tp baru sarung kasut...lampu dah padam... NUSI, SHAHRUL dan WAN balik kampung... So, ada 2 jer enjin spare kat luar... seperti biasa... dihujung-hujung game, masing-masing dah pancit...mintak nyawa...mintak nyawa... masa nilah team lawan selalunyer mengambil kesempatan untuk menambah jaringan...

walau apa pun... team SALA-O ni memang berbaloi-baloi kalu ada team yang rasa nak test skill or nak set benchmark... memang aku rekemenkan... dan keputusan malam tu, hajat KL Pendidikan tidak kesampaian bila tewas lagi...15-21...

sedikit gambar yang sempat aku snap malam tu...



semoga berjumpa lagi...

adios...

Lama terlalu lama KL Pendidikan tidak bersiaran...

Selamat Tahun Baru semua... terlalu lama rasanya aku tak update blog KL Pendidikan ni... kenapa??... pertama sekali terlalu lalu buzy dengan tugasan hakiki... biasalah awal-awal tahun ni... buku rekod mengajar nak kene siapkan, mesyuarat mengalahkan Perdana Menteri... boleh dikatakan hari-hari... Meeting Ketua Bidang dengan Panitialah, meeting Ketua panitia dgn guru-gurulah, meeting kurikulum, meeting ko-kurikulum, meeting HEM... aku rasa kalah ahli parlimen kalu dibandingkan... dan yang best nyer, seawal bulan Januari dah diadakan Ujian Intervensi untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5... so, kene mentadbir exam tu lagi dan lepas exam, kene lah pulak menanda.... belum kira kerja-kerja pengkeranian yang lain...Data EMIS/MAP dan Borang M... Jadi, itu antara sebab musabab kenapa aku dah lama tak update blog ni... Kepada peminat diluar sana ( hebat sungguh KL Pendidikan kalu ada peminat...he..he..he..) harap teruskan bersama kami...

Ada juga rakan-rakan futsal bertanya, KL Pendidikan tak de friendly ker sejak awal tahun baru ni... bukan tak de... tahun ni kami ambik keputusan nak berfriendly setiap hari RABU... sekali jer seminggu... maklumlah komitmen jugak dah bertambah...

Untuk makluman semua, KL Pendidikan dah mengadakan 2 friendly lewat tahun lepas dan 6 friendly seawal tahun baru dengan team-team yang hebat-hebat belaka... he..he..he.. Oleh kerana terlalu banyak, friendly yang aku perlu cover, jadi edisi kali ni aku akan laporkan seringkas meringkaskan karangan tingkatan 3... he..he..he... tak ingat dah macam mana suasana masa friendly tu... sori sekali lagi...

Pada, 16 Disember 2009 KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team KITARO FC dalam persediaan mereka untuk menyertai iMETRO Grand Final di Seberang Prai... Mereka berjaya menunjukkan prestasi yg membanggakan...KL Pendidikan tewas...



Seterusnya pada 30 Disember 2009 selepas Menyambut AidulAdha..KL Pendidikan bertemu dengan team X-BOUNDERS... mungkin banyak sangat makan daging... So, KL Pendidikan hanya Mampu seri sahaja...



OK, seawal 6 Jan 2010, KL Pendidikan Bertemu dengan team JUNIOR FC... merupakan team pelapis bagi team SJFC... KL Pendidikan tewas tipis...



Kemudian pada 13 Jan 2010, KL Pendidikan sekali lagi mengadakan Friendly dengan team FIRST TOUCH... kali ini mereka datang dengan untuk berjaya dan mereka berjaya menewaskan KL Pendidikan



Pada 20 Jan 2010 pula, kami bertemu pula dengan team STREET TEAM... jauh merantau team ni...selalu bergerak mencari pengalaman... KL Pendidikan tewas tipis lagi...he..he..he...



Seterusnya pada 28 Jan 2010, Kami menerima jembutan daripada SHAM KICK-KA untuk freindly... Friendly yang sengit... walaubagaimana pun, KL Pendidikan tewas tipis, bila saat-saat terakhir mereka menjaringkan gol kemenanggan...



03 Feb 2010, Aku meerima jemputan team ONE3RD untuk friendly kat Ampang, Sport Planet... Friendly yg benar-benar friendly... kali ni, kami menggunakan khidmat refree... Friendly ini dijalankan dalam 2 set... set pertama KL PENDIDIKAN berjaya menewaskan ONE3RD, tetapi set kedua mereka berjaya mendahului team KL Pendidikan... walaubagaimanapun total score yg dikira menyebelahi team ONE3RD...



dan friendly yang terakhir sebelum cuti Chinese New Year adalah dengan team KICK-KA sekali lagi... Kali ini, KL Pendidikan turun dengan FULL TEAM... Komitmen yang ditunjukkan oleh player amat amat dihargai... Aku lupa nak bagi tahu semua, kali ni KL Pendidikan telah menjemput 2 player baru untuk bersama-sama mengharungi friendly... SHAHRUL mempunyai skill seperti ATAN dan stamina yang tinggi...paling best, sepakkan kaki kirinya...berdesupppp... Sorang lagi, SYAZWAN yang bermain diposisi Keeper... Jadi Keeper RAMLEE adalah masa untuk relex sikit... Setelah KL PEndidikan mengharungi 6 kekalahan dan 1 seri... Kali kami berjaya mencari motivasi untuk friendly seterusnya..kami berjaya menewaskan team KICK-KA...

Kalah atau menang bukan menjadi ukuran disini, tetapi semangat yang dipamerkan...bersama-sama komitment yang menjadi ukuran... selama aku manage team ni, apa yang aku benar-benar suka adalah kerjasama yang diberikan... aku harapkan tahun HARIMAU ni akan membuatkan KL PENDIDIKAN terus mengaum dan hari-hari mau...

kita jumpa lagi...

adios...

Asbestos FC... simple dan menarik....

Salam semua... kita jumpa lagi nampaknye... Ada beberapa perkara yang mengejutkan berlaku sepanjang minggu lepas... Yang paling mengejutkan pemergian ayah RAMLEE ke RAHMATULLAH... diharap RAMLEE dapat kuatkan semangat dan banyakkan bersabar... Jadi, dalam 2 friendly yang lepas, KL Pendidikan terpaksa menggunakan 2 orang keeper import... tapi masih lagi dikalangan keluarga Warga Pendidikan... terima kasih sekali lagi KEEPER BOB dan KEEPER ALIF.... Pujian harus diberikan kepada kedua-dua keeper ni atas kesungguhan yang ditunjukan... banyak jugak gol yang dia selamatkan malam tu....

Berbalik kepada friendly KL Pendidikan pada 4hb Disember 2009... Kali ni Kami bertemu dengan team anak-anak muda dari CHERAS dibawah kelolaan FARHAN.... Yang bestnyer, mereka datang dengan unform warna PUTIH...senang nak main...Kami Pakai Jersey Hitam malam tu...jadi memang contra giler.... he..he..he... malam tu FAIZAL tak dapat hadir, NUSI masih lagi kat kampung... kami hanya ada 6 orang jer.... walaubagaimanapun, saingan tetap diberikan kepada team ASBESTOS ni...

Apa yang menarik tentang team ASBESTOS ni, corak permainan mereka hampir sama dengan KL Pendidikan... mereka tak banyak mengentel bola... simple game... one-two touch jer..then passing... Gol mereka jaringkan tu pun, kebanyakkan melalui crossing depan gol... jarang-jarang sekali mereka rembat dari jauh... dan yang menarik jugak... bila sepak mula dilakukan,mereka suka rembat dari tengah ... tak kiralah ada wall ker...tak de ker...mereka mesti rembat punyalah... kembang jugaklah pungung menahannyer... Perbezaan hanyalah dari segi susun atur player... KL Pendidikan biasanya 2 diatas dan 2 dibawah... tapi mereka suka menyerang dengan 3 orang dan tinggal 1 defend...

Aku rasa mereka ni dah biasa main bersama, sebab komunikasi antara diorang memang baik... tapi stamina agak kurang... baru main dalam 1/2 jam, masing-masing dah mintak nyawa... he..he..he... aku rasa, kalu dia orang up sikit stamina, tentu buleh pergi jauh.... satu lagi aku perasan, men-marking agak longgar... tapi mungkin sebab dah keletihan yang amat kot... sebab tu jadi macam tu.... apa-apa pun welldone boys... corak permainan yang menarik...

Ok, macam mana pulak dengan KL Pendidikan malam tu...he..he..he... secara keseluruhan, agak ok... rentak dah ada kembali... malam tu menurut MUSANEEF, crossing pun dah cantik, cepat dan main pun dengan cara yang simple... one-two touch jer.... TAPI.... aku malam tu, memang hancus...sehancus-hancusnyer.... tahan bola pun terlepas... ATAN cross pun terlepas... berpusing-pusing... selalunyer kalu ATAN cross jer, aku just tunggu jer nak tap bola tu... tapi semalam... hanya tuhan yang tahu.... memang tak menjadi langsung... he..he..he... sori aaa... nanti aku wat yang TERBAIKKKK....

Walaubagaimana pun, malam tu sangat-sangat sesuai untuk KL Pendidikan mencari dan mencorak semula rentak permainan... sekali lagi thank you ASBESTOS FC kerana sudi berfriendly dengan kami...Keputusan malam tu...


Sedikit gambar yang sempat aku snap malam tu: (jap eh...biasalah..POTONG..JANGAN tak POTONG...P1 ni nak kene potong ni...)



akhirnyer berjaya...sekali lagi juga dengan bantuan DIGI...

Adios

Takziah Kepada Keeper RAMLEE.....

Pertama sekali, aku nak maklumkan kepada semua warga KL Pendidikan satu peristiwa sedih yang menimpa salah seorang dari rakan kita...Keeper Ramlee... Awal pagi tadi, ayahnya telah pulang ke rahmatullah... akibat STROKE...

Dikesempatan ini, aku mewakili semua warga KL Pendidikan mengucapkan takziah dan marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham...AL- FATIHAH... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... amin...

Kepada Keeper RAMLEE diharap dapat bersabar dan kuat semangat.... anggapkan ini sebagai ujian... Allah sayang orang yang sentiasa diuji... sekali lagi, takziah kepada keeper RAMLIE....

KL Pendidikan VS adaBRANka...hmmmmm...

Apa yang patut aku tulis ni... he..he..he... hilang ingatan kejap... nak mula tu yang susah sikit...bila dah mula... laju jer... oklah kita mula dengan tarikh dulu...he..he..he... 02hb Disember 2009, KL Pendidikan berfriendly dengan team adaBRANka...

Lepas balik dari Cuti Hari Raya Idul Adha tempoh hari, player KL Pendidikan dah gian nak berfriendly... jadi aku pun setlah dengan team adaBRANka ni...rupa-rupanya salah seorang daripada player mereka tu, player untuk team PSKPP yang akan berangkat ke SABAH 2 minggu lagi... oklah, rupanyer ramai gak geng-geng yang aktif...

Berbalik kepada friendly malam tu... first time aku jumpa IM (merangkap pengurus team diorang lah ni) malam tu...muda-muda belako lagi... then terkejut jugak aku bilo dio ajak main malam tu dgn payment utk court 70-30...he..he..he... sesuai la dengan nama dio orang... seingat aku, aku dah bagi tahu yang term of payment is 50-50... mungkin dio org tgk team KL Pendidikan berumur kot... aku tak bagi keputusan sbb kene deal dengan team aku dulu...

Friendly kali ni, Keeper RAMLEE tak boleh main sebab ayahnya masuk wad... dari sumber yg boleh dipercayai kene STROKE... bersabarlah RAMLEE... "Orang yang ALLAH sayang akan sentiasa diuji"... terpaksalah minta khidmat BOB...tq BOB atas kesudian... kemudiannya, penampilan semula orang lama KL Pendidikan...SADLI...

Diawal permainan aku dok kat luar dulu, observe dulu... team mereka membuka jaringan... 2 gol berturut-turut... boleh tahan jugak dio orang ni.... permainan agak seimbang... Pada suatu ketika, KL Pendidikan mendahului mereka... dan bermulalah episode ROBUST meROBUST...he..he..he... mungkin mereka tersentak kot... Kami ni orang tua-tua belako... kalu dah main robust tu... Kami akan back off...slow down the "rentak"... jadi mereka dihadapan semula... ok pulak corak mereka...he..he..he...

Satu lagi, masa friendly malam tu, penuh dalam court dengan warna merah... rasanyer aku dah inform awal-awal pada IM, yang KL Pendidikan pakai jersey warna MERAH... mungkin tak sampai maklumat tu pada player mereka kot... nadib baiklah, Sport 7 bermurah hati bagi pinjam 2 helai bib... Jadi utk friendly yang akan datang ni aku rasa, aku kene bawak BIB lah... sebab akan mengganggu permainan...

Diakhir-akhir permainan, mereka agak tersentak bila KL Pendidikan menambah jaringan demi jaringan, walaubagaimana pun, nasib sekali lagi bukan dipihak kami, apabila KL Pendidikan tewas...13 - 15... he..he..he... tercalar atau terkesan... orang tua-tua main jer tu....

Gambar malam tu ada...tapi..biasalah... P1 WIMAX... ada yang kene POTONG ni... sebelum ada adegan yang kene potong... baik aku stop dulu...Setelah berhempas pulas... akhirnya, sekali lagi..DIGI menyelamatkan...saksikanlah...



adios....
Blog Widget by LinkWithin