Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

FRIENDLY AD-HOC: Rematch MyLiB FC...

Semalam ada satu lagi Freindly Ad-Hoc ni... Tapi kali ni team KL Pendidikan bermain "away" di Ampang Sport Planet...Sham dari MyLib FC ajak untuk rematch... Kali ni mereka dengan misi untuk menebus kekecewaan yang lepas.... Dengan semangat juang yang tinggi friendly dimulakan Jam 9.15mlm semalam bersamaan jam 9.00 waktu tempatan (jam kat Ampang Sport Planet lah tu)...

Permulaan yang hebat apabila masing masing berjaya menggekang serangan pihak lawan... Hampir 10 minit permainan berlangsung, tiada gol yang dapat dijaringkan... Kubu mereka amat amat kebal... keeper mereka sememangnya cemerlang... berjaya menangkis sepakkan tonjol dari SADLI... dan juga beberapa sepakan kencang daripada ATAN dan LIM... Pujian seharusnya diberikan kepada keeper mereka... Manakala Sham juga bertindak cemerlang apabila menjadi pengerak utama dalam menyusun startegi...

Daripada permainan semalam, sememangnya My Lib FC kelihatan sangat bersemangat... kawalan gelanggang, man marking juga baik tetapi mereka agak kurang melakukan percubaan untuk menguji keeper KL Pendidikan... RAMLI... yang menggunakan glove baru...serangan mereka juga banyak dipatahkan oleh gandingan hebat USTAZ ZURASNI, MUSANEF dan FAIZAL...

Diminit mint akir permainan, jelas kelihatan keletihan pada Keeper mereka apabila dipaksa bekerja keras dengan asakan bertali arus dari penyerang KL Pendidikan... sama ada sepakkan kencang dari garisan tengah oleh ATAN dan LIM, sekali sekala oleh USTAZ ZURASNI dan FAIZAL atau sepakan tonjol dari ZADLI dan AKU...

Line up KL Pendidikan jelas kelihatan sudah serasi...bagaikan pinang dibelah dua...masing masing sudah mengetahui posisi masing masing...Line up semalam: RAMLI, MUSANEEF, USTAZ ZURASNI, SADLI, LIM, ATAN, FAIZAL dan AKU...

Kejutan diminit minit akhir sejurus sebelum lampu merah menyala... apabila satu letupan kedengaran di pangkal peha USTAZ ZURASNI... selepas disiasat..kemungkinan kecederaan dibahagian sendi... menurut pakar perubatan diketika itu merangkap bomoh patah...ATAN mengatakan mungkin kecederaan ini akan menyebabkan USTAZ ZURASNI terpaksa berehat selama 6 bulan.... Diharap kecederaan ini tidak menghalang cita-cita USTAZ ZURASNI daripada bermain futsal lagi...

Keputusan akhir semalam...Sekali lagi KL Pendidikan menewaskan MyLib FC..12 berbalas 4...


Saksikan sedikit gambor sesi friendly ad-hoc semalam...



0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin