Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

FRIENDLY: KL Pendidikan VS EPP FC...cantik dan menawan...

Adusss...walaupun badan ni letih...tapi mata tak mahu pejam...kelip kelip tengok siling rumah...he..he..he... so, aku perlu lakukan sesuatu...Jadi update blog ni yang paling sesuai di waktu ni...diketenangan malam ni...

Ok, team EPP FC ni aku dah set masa untuk friendly ni agak-agak dah dekat 3 minggu...aku terima call dari Harith... jadi semalam (20hb Mac 2009)... maka berlangsunglah majlis friendly ni...mula-mula tu agak panik jugak apabila pengurus pasukan KL Pendidikan lewat tiba... Ingatkan dah lupa...sebab friendly ni yang pertama sekali dalam bulan ni yang start jam 10.00 malam...tapi bila sayup-sayup dengar bunyi moto...he..he..he...trademark bunyi moto tu...

Team EPP datang dengan Jersi Merah putih, CANTIK dan MENAWAN..tampak segak... (nampaknya KL Pendidikan kena buat jugak jersy ni)... secara keseluruhannya, HARITH banyak mengemudi team ni dari kawasan defend..sekali sekala naik sebagai penyerang...dan jugak bisa mengegarkan gol KL Pendidikan...mereka mengunakan 3 defender dan 1 penyerang... agak sukar juga untuk striker KL Pendidikan membolosi benteng mereka...walaubagaimanapun, seperti biasa KL Pendidikan membuka jaringan tetapi berjaya dibalas...

Pada awal permainan, KL Pendidikan dan EPP saling berbalas serangan dan mengegarkan gol... tetapi dihujung hujung perlawanan, kemungkinan ketiadaan stamina dan kemungkinan keeper mereka injured (nampak selalu pegang pinggang dan belakang badan) mereka bagai hilang tumpuan... tapi keeper mereka juga banyak mengagalkan cubaan-cubaan daripada KL Pendidikan... Jaringan dari team EPP ni kebanyakkannya datang dari crossing yang cantik didepan gol dan sekali sekala berdesup dari tengah court...

Keeper Ramli bagai hilang tumpuan apabila KL Pendidikan mula leading dihadapan...Main-main yea...ada ke patut dio nak jadi penyerang...mintak MUSANEEF jadi keeper...ADHA mengantikan USTAZ ZURASNI yang injured semasa rematch dengan MyLib FC...SADLI tidak dapat hadir...Jadi bahagian serangan diambil oleh LIM dan sekali sekala oleh ATAN...AKU?...banyak jugak lepaskan peluang...simple gol pun tak masuk...eager sangat nak score...tapi banyak jugak lah buat gol...sebagai ganti... Line up friendly semalam...RAMLI, MUSANEF, ATAN, FAIZAL, ADHA, LIM dan AKU...

yang penting enjoy...Thank you EPP FC...good game....

Keputusan rasmi.... KL Pendidiakan berjaya menewaskan EPP FC...

Meh kito tengok gambar-gambar dan sedikit rakaman friendly semalam...




0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin