Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

KL Pendidikan Vs ADY Team...Mintak Nyawa...Mintak Nyawa...

Semalam balik daripada friendly dengan team ADY, ingatkan masih larat lagi nak update blog ni... tp lepas pekena fresh orange dengan MUSANEF, RAMLI dan POK CHEK, sampai rumah jer terus landing baiknyer...KROHH..KROOHH..KROHH...

Dalam banyak-banyak friendly, friendly ni lah yang menunjukkan umur tu dah makin meningkat...sampai cekak pinggang lah... Mintak Nyawa...Mintak Nyawa... Sehebat MUSANEF, yang boleh dikatakan stamina yang tinggi..pun, cekak pinggang... Lotih teramatlah tu... Mungkin bulan ni dah start sesi Pakej... Jadi tenaga belum recover sepenuhnya lagi selepas sesi mengeluarkan peluh petang khamis (5 Mac 2006) tu.

Ok, berbalik kepada permainan semalam... Kehadiran SADLI, banyak membantu disetiap serangan...di minit minit akhir kelihatan SADLI amat amat keletihan, mungkin baru sembuh daripada kecederaan lutut... Jadi stamina belum pulih sepenuhnya... Susun atur player KL Pendidikan sudah kelihatan semakin kemas...bagaikan sudah tahu position masing masing... Keserasian juga meningkat... Kawalan gawang oleh Ramli amat-amat membanggakan... Kesungguhan jelas dimata... KEEP IT UP RAMLI...mungkin GLOVE baru yang menaikkan semanggat RAMLI...walaupun semalam terdapat sedikit kekasaran...tetapi itu perkara biasa dalam permainan futsal ni...yang penting kita saling give and take...Secara keseluruhan, permainanan yang menarik dan cadangan dari Fiyadi@My di ruangan "borak-borak" boleh diambil kira untuk membawa masuk beberapa tenaga muda yang boleh diasuh...

Team lawan jugak menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi... daripada perbualan dengan ADY, team ni sebenarnya dalam proses membuat persediaan untuk menyertai tournament...setelah berehat hampir 1 bulan... Pada awal permainan mereka kelihatan agak gugup..tetapi apabila semua dah panas, masing masing mula memberikan saingan... Player mereka yang memakai jersy liverpool (mintak maaf lah sebab tak sempat nak tanya nama) banyak mencorak permainan...hantaran-hantaran silang yang berbahaya juga mengelirukan keeper Ramli...jaringan jaringan mereka banyak dihasilkan dari hantaran silang ini...jarang jarang mereka menggunakan sepakkan deras...

KL Pendidikan mengucapkan terima kasih atas friendly yang menarik ini...Keputusannya, KL Pendidikan berjaya menewaskan Tean ADY..


Saksikan sedikit foto daripada friendly semalam..


0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin