Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Tikus Mengiau..bila kucing tak de...

Bermula pada bulan Mac ni, KL Pendidikan dah mulakan pakej bagi sesi mengeluarkan peluh... Memandangkan pakej ni untuk 8 jam, jadi MUSANEF selaku pihak pengurusan (AD-HOC) terpaksa mengatur jadual sedemikan rupa....Memang menguji kehebatan stamina apabila tarikh yang terpilih memang rapat-rapat sebab cuti sekolah dah nak mula... Pada hari Selasa (10hb MAc 2009) kehadiran amat amat memberangsangkan apabila hampir 18 ahli KL Pendidikan yang hadir... tapi pada keesokkan harinya (11hb Mac 2009), pada awalnya hanya 8 orang sahaja yang hadir sehingga terpaksa mengimport 2 orang student UTM untuk mengisi kekosongan... Maka, banyaklah tikut tikus yang mula mengiau...he..he..he... dengan tendangan tendangan yang mengegarkan tiang gol, gol dan juga jaring jaring sebelah gol...masing masing juga menunjukkan peningkatan dalam skill mengelecek sambil berpusing pusing 360 darjah... dan akhirnya lemas sendirian...he..he..he... Apa-apa pun, kito enjoy... peluh mencurah curah..dan objektif P&P tercapai...

Bagi mereka yang masih belum mengetahui, aku dah naikkan tarikh tarikh untuk sesi mengeluarkan peluh... sila rujuk tarikh tersebut... dan tarikh untuk liga dalaman kita, akan diberitahu kemudian... TUNGUUUUUUU.....

Bagi sesi friendly pula, bulan ni banyak jugak pasukan yang aku contact untuk sesi friendly...tapi jawapan yang biasa diberikan adalah..."nanti kami contact cikgu balik okey, saya nak tanya team dulu..." jadi jadual waktu yang betul betul jitu tidak dapat dikeluarkan... Jadi aku berharap, masing masing bersiap sedia untuk dipanggil bila bila masa sahaja oleh pihak pengurusan untuk turun friendly...

Tapi ingat... petang ni ada lagi sesi mengeluarkan peluh... Marilah beramai ramai, agar tikus-tikus tidak lagi mengiau...

Adios...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin