Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Friendly Pertama Selepas Cuti Sekolah

Letih... Berpinau mata... itulah ayat mudah untuk ceritakan friendly semalam... Aku aturkan friendly ni semasa bercuti kat kampung...he..he..he... gian sangat... Team kali ni merupakan team dari SAPURA, wangsa maju... Ramai jugak keahlian mereka...

Semalam (17 Jun 2009) juga merupakan penampilan pertama KL Pendidikan dengan jersey terbaru... panas-panas lagi... Masing masing mungkin teruja untuk pakai jersey ni... he..he..he... nasib baiklah mendapat respon yang baik, lepas ahli tengok design baru ni... Seperti biasa, RAMLEE sangat-sangat teruja dengan jersey ni, sampai tak nak pakai... takut tak boleh terbang kiri kanan nak tangkap bola...takut kotor...PULOK....

Secara keseluruhan Friendly semalam, agak mencabar setelah 2 minggu berehat... mencabar untuk buang lemak lemak dari nasik minyak rumah orang kawin...he..he..he..aku melilau tak tahu nak pergi mana... dan Stamina pada takat minima... Pihak lawan, juga memberikan tentangan... Awal permainan, masing-masing saling serang menyerang... susah nak wat gol... selepas 10 minit, barulah ATAN membuka jaringan... keeper mereka patut mendapat pujian bila berjaya menjaga gawang dengan cemerlang... banyak cubaan deras dari ATAN dan SADLI berjaya disangkal... man-marking dari pihak lawan juga baik... tetapi mereka kurang mencuba membuat jaringan dari tengah gelanggang...

KL Pendidikan mendapat bantuan KEEPER dari BOTAK yang khabarnya juga mempunyai FRIENDLY di gelanggang sebelah... he..he..he.. terima kasih...

Mungkin kerana berehat agak lama, permainan semalam tidak smooth seperti biasa... tetapi KL Pendidikan masih menggunakan corak permainan yang biasa... simple... 1 and 2 touch... Tapi semalam, boleh dikatakan hari ATAN...apabila membuat 4 Jaringan dalam masa tak sampai 1 minit... PELIK tapi benar...

FRIENDLY semalam juga boleh dianggapkan sebagai untuk memanaskan badan... membuka kembali liang peluh yang dah hampir tersumbat... Apa-apa pun, terima kasih kepada SAPURA FC kerana sudi berfriendly dengan KL PENDIDIKAN... keputusan akhir semalam, KL Pendidikan berjaya mengekalkan kemenangan... KL Pendidikan 20, Sapura FC 12...


Berkat kesabaran, akhirnya berjaya mengupload gambar friendly semalam...




adios

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin