Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

KL Pendidikan VS Grenland FC... rematch

Friendly semalam (19 Jun 2009) merupakan friendly kedua selepas cuti... masih lagi dalam proses mencari rentak membuang lemak-lemak yang terkumpul... Ini merupakan kali kedua KL Pendidikan mengadakan dengan team GRENLAND FC ni... sebelum ni mereka menggunakan nama COPA DEL RAYS... daripada rujukkan di blog mereka, selepas mendapat penajaan dari Grenland Sdn. Bhd. mereka telah bertukar menjadi.... GRENLAND FC.... tahniah atas penajaan tersebut... bukan calang-calang team yang dapat tajaan ni...

Friendly ini jugak aku atur atas permintaan rakan-rakan KL Pendidikan.... Mereka tak puas hati dengan cara permainan mereka ketika first match dulu... banyak faktor luaran kata mereka...he...he...he... faktor darjah kepanasan dalam badan... faktor kasut baru... terima kasih pada capitan mereka AMIR sebab setuju untuk rematch ni..

Kedua-dua team mengalami peristiwa yang sama...dua-dua tak de keeper...terpaksalah mengunakan keeper bidang terjun... tetapi KL Pendidikan agak bernasib baik bila keeper RAMLEE sampai selepas 15 minit friendly berlangsung... secara keseluruhan, diawal minit permainan kedua dua team bermula dengan corak yang agak perlahan... mungkin belum panas atau masih malu-malu kucing... selepas beberapa ketika, serang-menyerang telah bermula... GRENLAND FC membuka jaringan... dan saling berbalas serangan... tetapi dari pemerhatian aku, kelihatan team GRENLAND kali ini tidak bermain seperti kali pertama... mereka kelihatan seperti DOWN... dan tidak sepantas dahulu... tetapi corak permainan mereka masih lagi sama...mengoptimumkan personal skill...

Beberapa ketika, GRENLAND mendahulu jaringan apabila kepeer RAMLEE mula bermain dengan cemerlang dengan melepaskan beberapa gol yang diluar jangkaan...bergolek dan meleret... he..he..he...


Nota Kaki: gambar terpaksa dikaburkan untuk melindungi identiti keeper ini... diatas kecemerlangan beliau menjadi kesayangan pihak lawan...

KL Pendidikan semalam kelihatan agak bersemangat.... sehingga ada beberapa ketika ada player bermain dengan agak ROBUST... kenapa ek?... nanti kami akan adakan sesi edisi siasat... kepada GRENLAND mintak maaf bebanyak kiranya terkasar... kemudiannya, bila dah masuk minit terakhir, sekali lagi ATAN melakukan kejutan bila melakukan aksi akrobatik... macam main takraw lah pulak... tapi nasib kurang baik kerana lipatan terkena sipi sipi jer... mungkin kerana GRENLAND agak keletihan, masa ni lah KL PENDIDIKAN mengambil kesempatan menambah jaringan...

Apabila lampu dipadamkan... score adalah... KL PENDIDIKAN berjaya mendahului... 19-13...


Sedikit gambar yang sempat aku snap semalam...





Adios

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin