Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

2 Boys Vs KL Pendidikan...FIRST TOUCH dan Boy Badminton...

Selamat berpuasa semua, hari ni merupakan hari pertama umat Islam berpuasa.... Diharapkan hari-hari yang dilalui oleh rakan rakan futsal semakin bermakna dan diberkati sepanjang bulan ramadhan al-mubarak ni... he..he..he... sedikit petikan untuk renungan semua

"Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan.

Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' ."



So, jangan jadikan bulan ramadhan ni sebagai alasan untuk kita bersenang lelang, semua kerja tak mahu buat...alasah letih... sepatutunya kita makin kuat... Ok, seterusnya SELAMAT BERCUTI buat warga cikgu-cikgu...kebetulan puasa tahun ni jatuh pada cuti sekolah... dan SELAMAT PERIKSA PTK pada yang akan ambik peperiksaan tersebut pada minggu depan...

Ok, sedikit laporan mengenai friendly KL Pendidikan...jadi minggu ini, kami bertemu dengan 2 team yang kapitannya bernama BOY... kebetulan pulok... Jadi, aku bagi nama team FIRST TOUCH A.K.A BOY selayang dan Team BOY BAD... kenapa pulok team BOY BAD?...he..he..he... Boy ni sebenarnya selalu main badminton dengan team MUSANNEF... jadi aku singkatkan jer jadi BOY BAD...

ok, KL Pendidikan mengadakan friendly dengan team FIRST TOUCH... Boy ni selalu jugak sms aku nak set friendly, tapi kebetulan court tak de... jadi terpaksalah tangguh dulu hingga pada 19hb Ogos 2009... Kali ni ni line up KL Pendidikan agak pincang, bila Ust. Zurasni tidak dapat main, Kepeer Ramlie semakin parah... MUSANNEF terpaksa menjadi pemantun untuk satu majlis pertunangan...Terpaksalah kami menggunakan khidmat Qadrie dan BOB... Jadi, hanya ada 2 saja spare engine kat luar... ni nak lawan budak budak muda belia belaka...he..he..he... terpaksalah mengunakan kudrat yang ada...

Team Boy ni dari pandangan peribadi aku lah, memang biasa main bersama kerana sistem mereka bermain sama seperti team FUTSALRIA dan PRESTASI. Mereka akan menunggu dikawasan mereka bila mereka hilang bola... Jadi, Aku dan Atan perlu bergerak lebih untuk mencari ruang bagi membuat jaringan... KL Pendidikan biasanya bermain dengan 2 penyerang dan 2 defend... Jadi apabila line up berubah, sedikit perubahan kepada susun atur player malam tu, QADRIE banyak membantu dibahagian tengah untuk mencari ruang, manakala FAIZAL atau Nusi akan jadi last men... sekali sekala disupport oleh ATAN dan QADRIE... KL Pendidikan dan FIRST TOUCH ni saling berbalas jaringan... suatu ketika mereka mendahului dan suatu ketika KL Pendidikan pulak mendahului... Tapi, yang pasti mereka benar-benar memberikan saingan kepada KL Pendidikan... KL Pendidikan menjaringkan 3 gol berturut turut dihujung-hujung permainan untuk menewaskan Team Boy dengan jaringan 14-11...


Seterusnya, pada 20hb Ogos 2009, Kami sekali lagi bertemu dengan team BOY...kali ini TEAM BOY BAD...singkatan kepada "BADMINTON"... friendly ni di set oleh MUSANNEF... pada mulanya kami akan bermain diatas court RUMPUT SENTETIK tu...tapi malam tersebut, KADER berjaya mengubah court... dapatlah main atas DEKOFLEX...terima kasih KADER.... Dari segi Susuk tubuh dan umur, team BOY BAD ni hampir dengan team FIRST TOUCH...muda-muda belaka... Kali ini lagi parah... FAIZAL tidak dapat hadir, UST. Zurasni dan QADRIE ada majlis solat hajat disekolah, KEPER RAMLIE menyambut harijadi ayahnya, SADLI tiada berita... yang tinggal hanyalah, NUSI, ATAN, MUSANNEF, BOB, AKU dan pemain jemputan POK CEK... parah-parah...

Diawal permainan, KL Pendidikan hanya ada 5 player sahaja, nasib baik MUSANNEF sempat menjemput POK PEK... adalah jugak engine spare nanti...
Team BOY BAD ni, membuka jaringan dan segera dibalas oleh KL Pendidikan, namun mereka terus membuka jaringan demi jaringan... Lotih jangan cakaplah, sebab sebelah petang tu, dah ada sesi mengeluarkan peluh...he..he..he...

Game malam ni, benar-benar sengit, mencabar fizikal dan mental... tetapi, KL Pendidikan sudah hampir memperolehi corak permainan selepas tersentap dengan 3 kekalahan berturut-turut baru ni... Jaringan berbalas jaringan... sangat sangat perit dan sengit... dihujung hujung permainan, salah sorang player mereka injured... walaubagaimana pun, permainan tetap berkualiti.. Jaringan ATAN disaat akhir minit permainan telah berjaya memberikan perbezaan mata... KL Pendidikan 17 dan Team BOY BAD 16...


KL Pendidikan akan menutup tirai FRIENDLY ni untuk sepanjang bulan ramadhan ni, tetapi bergantung kepada keadaan jugak... Kalau player setuju. mungkin kita boleh set selepas solat Tarawih... TETAPI, atas persetujuan ramai, SESI MENGELUARKAN PELUH akan diteruskan selepas cuti sekolah ni... Kita akan main malam jam 10.00 hari yang sama...SELASA dan KHAMIS...jadi tunggu khabar berita... pihak pengurusan akan menghantar SMS makluman nanti... akhir sekali...SELAMAT BERPUASA...

gambar-gambar friendly yang sempat diambil



Adios

2 comments:

Tanpa Nama | 1 September 2009 pada 3:44 PTG

salam pembetulan team boy selayang...xsedap ar cikgu kiteorang memeng ada name pun FIRST TOUCH SILA TENGOK KAT GOFUTSAL ...cume xnk bgtaw ramai sebb line-up tengah pincang skunk

KL Pendidikan | 1 September 2009 pada 9:25 PTG

oooo...he..he..he..ok..akan dibuat pembetulan dengan kadar yang segera...sori...

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin