Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Lamanye tak update blog ni...ramai rakan futsal tanya...he..he..he... ni nak update lah ni...

Salam semua, mintak maaf lah sebab dah agak lama tak update blog ni... Last sekali di update lepas KL Pendidikan menang Friday FUtsal tempoh hari... Bukan dah hilang semangat...semangat tetap membara...tapi masa agak terhad...maklumlah, bilo hujung-hujung tahun ni... Busy dengan kelas tambahan... Peperiksaan...senang kata, tugas hakiki tu kene settle dulu... ni pun aku curi sedikit masa... waktu lepak-lepak dengan anak...he..he..he...

Ok, semalam 16hb Ogos 2009, telah berlangsung mini tournament Let's Futsal KL Pendidikan yang pertama... Alhamdullilah telah berlangsung dengan jaya dan mendapat sambutan.... tapi mini tournament ni, aku tak nak ulas dekat blog KL Pendidikan ni...sebab, aku dah beli 1 domain dan hosting khas untuk mini tournament ni...kat mana?.... http://www.futsal2u.com... Jadi gi lah kat sana untuk mendapatkan berita or informasi terkini...


Blog KL Pendidikan ni pulak, aku hanya gunakan untuk melaporkan aktiviti KL Pendidikan semata-mata... Tak elok rasanya aku campur-campur... macam barang RM2.00 pulak rasanye nanti...

Ok, kita mulakan dengan team yang pertama... Friendly ni benar-benar ad-hoc, bila MUSANNEF dapat sms dari kapitan team lawan untuk friendly malam malam tu jugak...he..he..he.. 4hb Ogos 2009 jam 10.00 malam...Biarlah aku namakan team ni dengan SAWADEE FC je... Team ni mempunyai player yang datang dari seberang... bukan indonesia...tapi THAILAND... mereka bekerja disekitar kuala lumpur... Ni kira macam friendly antarabangsa lah jugak... tapi apa yang aku boleh katakan kat sini... corak permainan mereka sangat sangat bagus... banyak mengunakan ruang... simple touch...men marking dan crossing depan gol...sekali sekala..meletup dengan sepakkan kencang.... dan yang bestnye... AKU dan NUSI menjadi keeper malam tu... selepas keeper RAMLEE injurd...MENTAL.... tapi sayang, aku tak sempat nak bawak camera, terlupa...macam mana boleh terlupa...he..he..he..ni menunjukkan faktor usia... Kesudahannya?... KL Pendidikan berjaya mengatasi mereka dengan hanya 1 beza mata... 12-11...



Keesokkan harinya pulak, 05hb Ogos 2009, jam 10.00 mlm...rematch time...bila KL Pendidikan ajak team GURNEY untuk rematach... panas hati bilo jumpo ADHA pada sesi mengeluarkan peluh..senyum-senyum sumbing....he..he..he... ok, corak permainan GURNEY seperti sebelum ni, tapi menurut ADHA, ada sedikit cacat bila ayam tambatan mereka tidak dapat hadir... he..he..he... Keeper OSMAN juga kelihatan sedikit terganggu dengan serang bertali arus...he..he..he.. lepas diselidik, rupanya Keeper OSMAN mengalami sedikit sakit Dada... Tapi kali ini KL Pendidikan turun dengan semangat yang agak berbeza.... misi utama untuk menebus kekalahan... Kombinasi defend dan serangan berjaya memporak perandakan GURNEY... jaringan demi jaringan... dengan GURNEY juga membuat serangan balas...

Yang peliknya, Keeper RAMLEE masih lagi injurd...kali ini jari kelinking pulak...bengkak katanya... terpaksalah AKU menjadi keeper tetapi bantuan datang apabila NUSI meminta khidmat BOB setapak indah...Thank you BOB...

Keputusannya?... nak cakap macam taknak cakap..tp kene cakap... tgk jelah scoreboard kat bawah ni....



seterusnya, pada 12hb Ogos 2009, kami beranggkat ke AMPANG SPORT planet pulak, bila kami memenuhi undangan daripada MALY ... dari team ONE3RD FC... sekali lagi kami terpaksa menggunakan khidmat BOB sebagai keeper... Keeper RAMLEE ada masalah lagi... UST. Zurasni juga tidak dapat hadir kerana takde orang nak ganti kelas dio...kami panggil QADRIE untuk mengisi tempat ustaz.... Disini bermula edisi gelap KL Pendidikan, bila semua tidak menjadi... serangan agak tumpul... defend juga agak longgar..banyak yang off position... Pada pendapat aku lah, keserasian tu penting jugak, malam tu nampak macam chemistry kurang... Apa yang menarik mengenai team lawan ni...mereka suka membuat passing dengan bola lambung... mungkin menggunakan kelebihan ketinggian mereka. Stamina mereka juga baik...kelebihan mereka juga mempunyai tubuh yang tinggi dan besar...he..he..he...

Tidak pasti dimana silapnya... Kalu nak dibandingkan dengan team sebelum ini, corak permainan mereka hampir sama sahaja... tapi bak kata pepatah... BOLA ITU BULAT... kekalahan itu bisa membuatkan kita semakin kuat...

Keputusan friendly malam tu....


Ok... seterusnya, aku dapat sms daripada KAMARUL... ajak KL Pendidikan friendly 3 penjuru pada 13hb Ogos 2009 ... menurut KAMARUL, friendly ni kira warm-up match utk team FUTSALRIA dan PRESTASI sebelum dio orang masuk grand final piala SERI NILAM... tempatnya...sungguh romantik... ROOFTOP @ The Zon... Kebetulan, petang tu hujan lebat... jadi keadaan court amat basah dan air berkumpul bawah court...sebab court ni jenis Sentetik Turf... KL Pendidikan juga terkesan dengan keadaan ni... Sepanjang kami friendly...ini kali pertama kami main atas court Sentetik Turf ni... Pengalaman baru bagi KL Pendidikan.

Sepanjang hari, ATAN tidak dapat dihubungi... RAMLEE masih lagi injurd... SADLI keluar kawasan... Jadi yang tinggal hanyalah MUSANNEF, NUSI, UST. ZURASNI, AKU, FAIZAL dan BOB...

Mungkin emosi belum stabil dan keadaan court yang basah...dan terkejut dengan pemandangan KLCC...corak permainan agak kelam kabut... Licin... Disini, aku sempat berborak dengan musannef... musannef ada memberikan sedikit komentar mengenai corak permainan lawan... Mereka tidak akan masuk tetapi sekadar berlegar-legar dikawasan mereka... jadi men marking amat ketat... ruang kosong ditutup... Jadi KL Pendidikan terpaksa berkerja keras mencari sedikit ruang diatas court yang licin tu... Mereka seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengawal keadaan... kedua-dua team menunjukkan corak permainan yang sama... Sekali lagi, KL Pendidikan terpaksa menghadapi kenyataan kekalahan yang berturut - turut...


Jangan risau guys, mungkin kita perlu beri perhatian terhadap posisi keeper kita... RAMLEE kelihatan seperti sudah tawar hati... tak pasti dimana silapnya.... tapi yang pastinya, kekalahan ni, boleh buatkan kita bertambah kuat... sebab memberikan kita ruang untuk merenung dan mengatur strategi...

ok... banyak gambar yang aku ambik untuk 2 friendly ni, tapi tak boleh nak upload...Photobucket macam problem...mungkin terdapat gangguan pada cable dasar laut..lepas JEPUN dilanda gempa bumi baru-baru ni...tapi, aku akan upload gambar tu bila server dah ok... Jadi teruskan memberi support anda... kerana kita tiada ultromen untuk membantu... tapi kita ada JIWA...

adios..

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin