Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

2 Friendly.... berbaloi memang berbaloi...Grenland "The Return" & Sala O FC "The Great"

Adus... pening kepala...tak de idea nak tulis apa kali ni... Wal hal banyak yang nak di beritahu... mungkin terlalu banyak...jadi hilang punca...he...he...he...

ok, aku cerita satu persatu... Bermula dengan LIGA DALAMAN KL PENDIDIKAN yang bakal diadakan pada 27hb Okt 2009, jam 6.00pm kat Sport 7, Wangsa Maju... Risau jugak, apabila aku melihat kepada kehadiran pada Selasa dan Khamis minggu lepas... Hari Selasa hanya 9 orang saja yang muncul... kemana hilangnya yang lain... untuk menyedapkan hati, mungkin pakat pakat pergi tengok KELANTAN vs KL PLUS kot... Khamis pulak kehadiran agak memberangsangkan...tapi pengundian kumpulan tak dapat nak dibuat dengan sempurna...sebab masih lagi ramai yang tak datang... Tapi, dari pengalaman aku... ahli KL Pendidikan ni semuanya ada Soul terhadap futsal ni... Insa'allah akan berlansung dengan jayanya LIGA DALAMAN ni...

Kemudiannya, cerita mengenai Friendly KL Pendidikan dengan 2 team yang hebat... GRENLAND FC dan SALA "O" FC... ungkapan yang boleh aku katakan kat sini... hebat, cantik dan berbaloi...

Friendly KL Pendidikan dengan Grenland FC ni merupakan kali ke-3... kebangkitan mereka selepas 2 bulan tak main futsal ni... daripada apa yang aku tengok, banyak perubahan corak permainan mereka... kalu dulu, mereka ni lebih banyak mengunakan skill individu dan mengentel bola...tapi kali ni, simple touch dan pantas... Jenuh jugaklah kami nak tutup lubang... mungkin mereka dah tahu corak permainan kami...he..he..he... (taktik nak menyedapkan hati)...

KL Pendidikan tetap memberikan cabaran... Keeper Ramlie dah mula bersemangat... banyak menyelamatkan gawang... gandingan Defend jugak berjaya mengekang pihak lawan... cuma bahagian serangan agak tumpul, peluang ada tapi kurang berjaya menafaatkan peluang tu.... banyak cubaan yang tersasar... nampaknya kita kene mantapkan lagi serangan ni... jadi apa keputusannya malam tu?... he..he..he... KL Pendidikan tewas...


Sedikit gambar-gambar yang sempat aku snap...



Seterusnya, KL Pendidikan berfreindly dengan team SALA 'O' FC pulak... perghhhh... habis kederat remaja berumur ni... he..he..he... skill dia orang memang berabuk... sefahaman amat tinggi... jeling jer dah tahu nak kemana... yang boleh aku katakan kat sini... corak permainan mereka...dari awal sampai habis masa... sama je.. consistant... stamina tinggi beb... kami ni dah nak masuk warga emas ni..boleh bertahan 1/2 jam jer...he..he..he...(taktik menyedapkan hati lagi)...

aku perhatikan mereka ni... memang mengunakan sepenuhnya skill individu mereka...tapi tak de sampai tahap mengentel bola sorang sorang... bila kami rapat jer... terus passing... then berlari mencari ruang... dimana-mana ada ahli mereka...Kiranya mereka berjayalah mengayamkan KEEPER RAMLIE... he..he..he...

KL Pendidikan cuba bangkit... cuba mengikut corak mereka...tapi tak berdaya... walaubagaimanapun, seperti friendly kami dengan Grenland... banyak cubaan yang jauh menyimpang... serangan agak tumpul... kena perbaiki lagi ni... Keputusannya...he..he..he... KL Pendidikan tewas lagi...


Tahniah kepada kedua dua team ini... GRENLAND FC dan SALA 'O' FC... kerana berjaya menunjukkan satu permainan yang amat bermutu...




Adios

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin