Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Friendly lagi.... kali ni dengan team NAKAZATO

Semalam 7hb Okt 2009, bermulalah satu lagi edisi peperiksaan... PMR dah mula, jadi ramailah rakan guru bergerak...bergerak sebab kena jadi pengawas peperiksaan... keadaan ni, sedikit sebanyak mempengaruhi team KL Pendidikan... ada yang suka jadi pengawas peperiksaan ni...dan ada yang sebaliknya...

Kepada ahli KL Pendidikan yang ada anak yang sedang mengambil PMR, selamat mengurus anak - anak....

Aku sempat jugak arrange beberapa friendly sepanjang minggu lepas dan minggu ni, ada 2 -3 team yang aku ajak... disamping friendly ad-hoc...yang orang lain deal... tapi aku yang kena cari player... he..he..he.. tapi tak jadi masalah...sebab keahlian KL Pendidikan ni ramai... sms jer... ramailah yang turun...

Untuk friendly semalam 7hb Okt 2009, aku dapat sms dari FAISAL... aku bagi nama team ni.. NAKAZATO... sempena nick name faisal kat goFUTSAL... Sebenarnya, sebelum raya lagi aku dah ajak team ni untuk friendly, tetapi disebabkan kekangan masa mereka...terpaksalah di tunda...

Berbalik kepada friendly semalam, team NAKAZATO ni turun dengan jersey OREN...terang menyala...confirm tak salah pasing bila main...he..he..he... seperti biasa, team ni terdiri daripada pemuda harapan bangsa...kalu dibandingkan umur mereka dengan team KL Pendidikan...memang jauh beza... ada diantara kami yang dah mencecah umur 40 tahun dan ke atas...he..he..he... ada player mereka yang ada individual skill yang baik... tapi daripada pemerhatian aku... men marking mereka agak longgar... jadi agak mudah bagi KL Pendidikan membuka dan mencari ruang... kemudiannya, di hujung-hujung minit permainan, kelihatan mereka mula keletihan... jadi Stamina kena up sikit...he..he..he...

KL Pendidikan semalam bermain tanpa kehadiran ATAN... wife dia menjalani pembedahan semalam... KL Pendidikan, mendoakan agar semuanya selamat...amin... dan SADLI telah membuat comeback selepas, lama berehat dari kecederaan lutut... masih lagi berbisa... dan yang paling menakjubkan adalah peformance dari keeper RAMLIE... pelik sungguh... banyak menyelamat dari "diselamatkan"... sehingga mendapat pujian dari pihak lawan... apa-apa pun...keeper RAMLIE memang cemerlang semalam... GOOD...GOOD... dan yang menarik jugak semalam, POK CEK juga mula menunjukkan bakat...banyak kali mengegarkan gol... Kombinasi Ust. Zurasni dan FAIZAL..amat-amat mantop....

Walau apa pun keputusan semalam, KL Pendidikan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesuduan NAKAZATO untuk friendly dengan kami... Keputusan semalam....


Sedikit gambar yang berjaya diambil...



Adios,

PS: Liga dalaman KL Pendidikan akan diadakan pada 27 hb Okt 2009... jam 6.00pm - 8.00pm... mari..mari...jangan lepaskan peluang....

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin