Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP... Pre Macth Report...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... cepat sungguh masa berlalu, rasanye baru jer surat jemputan Pertandingan Futsal KL Pendidikan - PSKPP ni dimasukkan dalam pigeon hole sekolah masing-masing... esok lusa dah hari kejadian...

ok, tidak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana pihak penganjur mengadakan sesi taklimat kepada Pengurus-pengurus pasukan 3 hari sebelum Pertandingan, kali ni pendekatan yg baru diambil, dimana taklimat diadakan pada hari pertandingan iaitu pada 6 Mac 2011 jam 8.30 pagi di Centermart Futsal Center... Jadi amat-amat diharapkan agar semua pasukan dapat hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan...

Seterusnya, sehingga jam 7.00 petang tadi (3 Mac 2011), jumlah penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 21 pasukan...sekiranya ada, pihak penganjur akan menerima penyertaan saat saat akhir sehingga hari kejadian... sehingga sekurang-kurangnya 24 pasukan... supaya senang pembahagian kumpulan... tapi sekiranya tiada lagi penyertaan, format tahun ini akan diubah sedikit dimana, hanya ada 4 kumpulan sahaja dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 5 pasukan... jadi setiap pasukan akan main 4 perlawanan... sekiranya format ini digunakan maka, loser pool tidak akan diadakan... jadi war-warkan lah kepada rakan rakan yang masih berminat... peluang masih terbuka...

Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana Centermart Futsal Center ni... Jangan sesat udah ler... harap-harapnyer peta ni dapat membantu... KL ni sempit jer...he..he..he.. kalu sesat, calling...calling lah yer... saya sudi membantu...

oklah, kepada semua pasukan yang menyertai, semoga berjaya... all the best... kita jumpa disana...


adios..

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin