Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Kurang...Kemana menghilang?...ada perkara menarik...

Semalam..merupakan hari persekolahan yang pertama selepas bercuti selama seminggu... Banyak perkara yang berlaku dalam minggu lepas seperti yang telah aku tulis dalam blog ni...Satu lagi pengalaman menarik apabila aku berpeluang pergi tengok team WARRIOR main di Alice Smith School dekat Taman Equin... best jugak bilo dapat tengok dengan mata sendiri bagaimana cikgu-cikgu dan kawan-kawan cikgu main bola ni...Rasa seronok bila masih ramai yang mengekalkan gaya hidup yang sihat...

OK...hari ni merupakan hari pertama sesi mengeluarkan peluh...Bagaimana dengan kehadiran?...Kurang dan makin kurang...mungkin ramai ahli yang belum perasaan atau buat buat tak perasan yang sesi pakej dah bermula...walaubagaimanapun, keharian hari ni seramai 12 orang..jadi puaslah bergelumang dengan gol...bergelumang dengan peluh...

Pengumuman daripada pihak pengurusan...ESOK (25hb Mac 2009) sepatutnya ada satu slot sesi mengeluarkan peluh, telah ditunda..telah dianjakkan ker 31hb Mac 2009....pada tempat dan waktu yang sama...Hari Khamis..still on macam biasa... Marilah kito basahkan court tu dengan peluh...

Satu lagi perkara...Terlintas dalam kepala aku untuk buat jersey untuk ahli KL Pendidikan...dan aku dah siapkan design dan pilihan material... kat bawah ni ahli-ahli KL Pendidikan boleh lihat...Aku masih lagi mengekalkan warna tema KL Pendidikan iaitu Putih... Pilihan material adalah dari jenis DRY FIT...ringan dan cepat meresap peluh dan senang peluh nak kering...MOCK Collar dan berzip...logo, wording dan nombor aku wat printing jer...macam standart jersey..aku tak buat sulam...takut baju rosak...

gambar sebenar JERSEY

Design keseluruhan

Logo


Secara kasarnya design keseluruhan adalah seperti diatas... terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja...Harga..jeng..jeng..jeng... RM39.00 sehelai... mungkin dalam seminggu lagi first batch akan siap...aku hanya order 10 helai sahaja.... sebab aku nak tengok kualiti material dan kualiti printing dulu...So kito tungguuuu...

Kalau ada komen, just klik bahagian comment kat bawah ni..dan tinggalkan komen-komen anda...

So kito jumpo lagi nanti pada sesi mengeluarkan peluh hari KHAMIS ni..

Adios...

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin