Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Sesi Friendly dan Sesi Mengeluarkan Peluh...post serentak...

Apalah malang nasib, setiap kali nak update blog ni, ada aje yang mengganggu...Pertama sekali monitor PC terpadam...Suspect utama adalah terbakar board dio... terpaksalah pakai laptop...then, conection P1 WiMAX pulak buat hal...jadi slow... Jadi posting hari ni merupakan 2 in 1 posting...Pertama untuk memberi update mengenai Friendly yang telah berlangsung pada 25hb Mac 2009 dan sesi mengeluarkan peluh petang tadi...

Amat mengecewakan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah malah semenjak Melaka dibuka...sesi mengeluarkan peluh kali ni mencatatkan kehadiran yang tidak mencukupi korum... Jam 6.15 petang, hanya 4 orang ahli saja yang tiba...Tunggu..punya tunggu...tak nampak batang hidung lagi...tapi nasib baik ada budak budak Kolej Islam berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi mangsa...he..he..he... selepas 30 minit berlangsung, barulah ahli ahli menunjukkan muka...tapi yang penting enjoy.... sesi kali ni boleh dianggap sebagai sesi mengeluarkan peluh merangkap sesi friendly... terima kasih lah kepada ustaz ustaz semua kerana mencukupkan korum KL Pendidikan...

Berbalik kepada sesi friendly semalam (25hb Mac 2009) KL Pendidikan telah bertemu dengan team NAVY FALCON... daripada risikan, team ni baru saja ditubuhkan...ahli-ahlinya terdiri daripada pemuda harapan bangsa belaka...mula-mula nak berjinak dengan futsal ni tetapi secara kasarnya, kesungguhan yang ditunjukan oleh team ini amat tinggi... beberapa player nyer mempunyai skill yang baik...tetapi, keserasian mereka masih belum tinggi... mereka juga kurang pengalaman dalam mengatur stategi serangan dan men marking... Mereka juga banyak mengentel bola...he..he..he... jadi cepat lemas dan senang pihak KL Pendidikan menutup ruang serangan... kepada FAZLI, teruskan usaha...tingkatkan sefahaman...umur masih muda...

Seperti biasa, KL Pendidikan memulakan jaringan... serangan demi serangan... kawalan pertahanan agak mantap yang diketuai oleh MUSANEEF dan ADHA.... bahagian tengah dikemudi oleh ATAN dan FAIZAL...bahagian Serangan oleh SADLI, WAN FELDA dan AKU...LIM tidak berjaya dicontack sebab Handphone MUSANEEF telah dimasuki VIRUS...hilang display...he..he..he...Chemistry antara player KL Pendidikan semakin meningkat... Keeper RAMLI, agak leka dalam mengawal gawang...bola bergelek je boleh lepas...nampaknya, team KL Pendidikan perlu menyediakan kain pelikat untuk dipakai oleh RAMLi, bagi mengelakkan bola bolos... Line up semalam...RAMLI, SADLI, MUSANNEF, ADHA, ATAN, FAIZAL, WAN FELDA (menyerah diri) dan AKU...

Keputusan semalam...Sekali lagi team KL Pendidikan berjaya menewaskan team NAVY FALCON...


Saksikan lah sedikit gambar dari friendly semalam



0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin