Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

Star 7 rematch vol: 3 ...dan AKHIRNYA.....

Adusss... Lenguh habis badan...kaki bahagian ankle dah membengkak... semalam semasa main tak de rasa sakit pun...lepas main baru lah semuanya rasa....

Semalam benar-benar menguji semangat, kekuatan mental dan fitness...Star 7 ni benar-benar menguji KL Pendidikan ... mereka mempunyai corak permainan yang pantas dan rata-ratanya player mereka mempunyai personal skill yang tinggi... daripada risikan dan gosip-gosip, team star 7 ni baru saja mendapat beberapa ahli baru...dan mereka masih dalam proses mencari chemistry...tetapi dilihat dari cara permainan semalam...mereka macam dah lama bersama... Game start lewat sikit sebab gangguan daripada lampu yang tak menyala sepenuhnya... kejutan pertama, apabila Star 7 menjaringkan 3 gol berderet... Keeper RAMLI benar-benar diuji... terkangkang, tergolek dan berguling-guling RAMLI dalam misi untuk menyelamatkan gawang...

KL Pendidikan mula mendapat rentak bila jaringan ATAN dari kawasan tengah tidak dapat di tampan oleh keeper mereka...selang beberapa minit, sebiji lagi sepakkan deras daripada ATAN berjaya membolosi gol mereka, menyebabkan keeper mereka agak tergamam... bermula dengan semangat itu, masing masing mula berbalas serangan dan menjaringkan gol... mengikut salah seorang ahli KL Pendidikan..friendly ini merupakan friendly yang terbaik bagi beliau... mungkin mamat ni, tergamam dengan skill yang ditunjukkan oleh team STAR 7 ni...terutamanya AMIR...he..he..he..

Walaupun pihak lawan rata rata muda muda belia belaka, KL Pendidikan tetap bersemangat memberikan tentangan... permainan yang mudah dan simple tetapi pantas banyak membantu... ADHA tak datang semalam..kerana mencari rezeki yang halal begitu juga dengan SADLI tidak dapat hadir... tempat SADLI diganti oleh POK CEK... Line Up KL Pendidikan semalam, MUSANNEF dan POK CEK dibahagian defend, ATAN dan FAIZAL dibahagian midfield, LIM dan AKU dibahagian serangan...RAMLI menjaga gawang...

Dan akhirnya, KL Pendidkan berjaya dengan misi mereka...STAR 7 telah berjaya ditewaskan setelah dikecewakan 2 kali...

Sedikit gambar dari perlawanan semalam...


0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin